Parkir Wanita Diwajibkan Di Bangunan komersial


Bangunan komersial terutamanya pusat membeli belah di ibu negara diwajib menyediakan unit parkir khusus untuk wanita yang memandu bersendirian. Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, pihak pengurusan yang ingkar mematuhi peraturan itu tidak akan diperbaharui lesen mereka. 

"Sekurang-kurangnya tujuh peratus kawasan parkir perlu disediakan dan ia mesti dilengkapi dengan ciri keselamatan seperti butang panik, lampu yang lebih cerah, akses sekuriti dan berdekatan pintu masuk. "Peraturan ini adalah untuk bangunan-bangunan baharu dan juga sedia ada di Kuala Lumpur,” katanya. 

Raja Nong Chik berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pengumuman garis panduan kadar caj tempat letak kereta persendirian bagi Kuala Lumpur serta perasmian tempat letak kereta wanita dan sistem panduan tempat letak kereta KLCC di sini hari ini. - BERNAMA
Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger