Mungkin Model Proton Di Masa Depan?


Jika tahun ini, Proton bakal mengeluarkan model Preve Hatchback P3-22A, apakah model seterusnya? di luar negara, Proton sebenarnya melalui projek di China telah menghasilkan model SUV yang dipanggil Lotus T5, selain itu terdapat juga model Artiga (Satria Neo).

Maklumat dari dalam negara, kita juga terdengar Proton bakal mengeluarkan model Emas. Model Emas ini juga dikenali Lotus City Car, mungkinkah Projek ini dilakukan bersama anak syarikat iaitu Lotus? Beberapa siri Projek Proton di luar negara ini sebenarnya jika diperkenalkan dalam negara kita, memungkinkan Proton akan memperkenalkan beberapa siri model SUV, City Car dan Satria baharu berturut-turut.

Dengan pemilikan enjin dari Petronas baru-baru ini, siri model di atas dapat direalisasikan dengan lebih cepat, cuma modal kewangan yang cukup perlu disuntik segera untuk projek ini kerana persaingan dalam negara juga sengit di mana khabar angin mengatakan Toyota bakal memintas prestasi jualan Proton untuk meletakkan Toyota di tempat kedua dan Proton di tempat ketiga. Perodua mungkin kekal di tempat pertama.

Selain itu, Pihak DRB-Hicom juga telah memaklumkan kepada kita bahawa sebuah kereta Sport mampu milik juga bakal diperkenalkan. Di dalam negara, saya berpendapat Proton perlu memperkenalkan model kereta dalam bandar Proton Emas sekurang-kurangnya pada 2014 disamping memperkenalkan model MPV yang lebih besar.

Di sini saya sertakan beberapa keping model SUV Lotus T5.

 


Share this article :

+ comments + 2 comments

Tanpa Nama
15 Januari 2013 12:10 PTG

kalau benar kan bagus...ape cite lotus apx, proton msx,,,semua ni teknologi yang mampu membawa proton dan lotus ke tahap yang sangt membanggakan..kalau berani...pe pun, pengurusan tak boleh tunggu lama lagi untuk pasarkan kereta ini dan juga lotus t5 ini ke pasaran dengan harga yang sangat kompetitif..

harga2 kereta lotus patut d revised balik untuk mengecilkan perbandingan harga..bila nak sampai malaysia lotus t5 ni

gie7

Tanpa Nama
17 Januari 2013 10:27 PTG

lotus t5 ni la lotus apx tu. model apx dibangunkan semula. kat china dah ada, kat malaysia bila lagi? xkan nk tunggu dah expired br nk jual? pada saya mpv dan small car dua model yg dpt permintaan tinggi kat malaysia. jd proton kena fikir cepat sebelum rugi lagi.

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger