Hyundai Motor Menyasar Untuk Menjual 4.66 Juta Kenderaan Di Seluruh Dunia


Syarikat kenderaan Korea Selatan, Hyundai Motor menyasar untuk menjual 4.66 juta kenderaan di seluruh dunia tahun ini, naik 5.7 peratus daripada tahun lepas meskipun pasaran kenderaan dunia termasuk di beberapa pasaran yang pesat berkembang, berdepan dengan kelembapan dalam persaingan sengit serta dasar kerajaan yang lebih sukar. 

Hyundai merancang untuk merealisasikan sasaran jualan dengan mengukuhkan asas, mempromosikan pertumbuhan kualitatif dan memperoleh daya saing masa depan daripada hanya pertumbuhan kuantitatif.

Hyundai menjual 4.41 juta kenderaan di seluruh dunia dengan Korea Selatan mencatatkan 667,496 unit manakala pasaran seberang laut sebanyak 3.74 juta unit pada 2012, peningkatan 8.6 peratus daripada 2011. 

Menurut Hyundai, walaupun jualannya di Korea Selatan susut 2.2 peratus kepada 667,496 unit daripada tahun sebelumnya, jualan luar negara naik 10.8 peratus, katanya. Jualan melonjak lebih 10 peratus di Eropah kepada 444,000 unit, menongkah trend pasaran yang permintaannya berkurangan, kata Hyundai.

sumber Bernama
Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger