Gambar Jentera Lotus F1 Team : Lotus E21


Lotus E21 telah menjadi kereta pertama baru F1 pada 2013 yang dilancarkan semalam. Menurut orang kuat Lotus F1 Team, Eric Boullier, skuad mensasarkan untuk menduduki tiga teratas dalam kejohanan pengeluar dengan kereta baru mereka. 

Pasukan ini telah mengekalkan Kimi Raikkonen dan Romain Grosjean untuk kempen 2013 dan pasangan itu bersama-sama sebagai rakan sepasukan bagi tahun kedua. Juga tidak berubah adalah pembekal enjin pasukan, Renault. Ini adalah kereta kedua pasukan itu sejak menukar namanya kepada Lotus (sebelum ini Lotus Renault GP).

E21 adalah kereta ke-21 yang dihasilkan oleh pasukan ini melalui empat identiti bermula dari era 80an hingga kini iaitu Pasukan Toleman, Benetton, Renault dan Lotus. Di sini saya sajikan mata anda dengan gambar Lotus E21.

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Imej © Lotus/LAT
sumber : f1fanatic.co.uk
Share this article :

+ comments + 2 comments

Tanpa Nama
29 Januari 2013 10:29 PTG

yg ni lotus mana satu? x paham la sbb tu hari kan diorang ni ada rebut nama lotus kat makamah..

Tanpa Nama
29 Januari 2013 10:30 PTG

takde ape2 tanda nama malaysia pon.. nama proton pun xde..

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger