DRB-HICOM Mahu Proton Jadi Peneraju Dalam Pengeluaran Kereta 'Asean'


DRB-Hicom Bhd mahu agar Proton Holdings Bhd muncul sebagai peneraju dalam pembangunan dan pengeluaran kereta khusus untuk pasaran Asia Tenggara di masa akan datang. Pengarah urusan Kumpulan Datuk Seri Mohd Khamil Jamil berkata Proton perlu merebut peluang itu kerana setakat ini, tiada pengeluar kereta di rantau ini yang membangunkan kenderaan khusus bagi pasaran. 

Beliau berkata sebagai satu-satunya pengeluar kelengkapan asli di rantau ini, Proton mempunyai keupayaan dan kapasiti berbuat demikian dan seterusnya memanfaatkan pertumbuhan pasaran yang kukuh di rantau ini. "Setakat ini, kenderaan yang dijual di Asean ialah dari negara-negara yang berbeza tetapi tiada pengeluar kereta di rantau ini yang menghasilkan kereta-kereta khusus untuk pasaran ini. 

Sehubungan itu, adalah menjadi impian saya untuk melihat Proton menjadi peneraju dalam menghasilkan kereta khusus untuk pasaran ini," kata beliau dalam taklimat di sini baru-baru ini. -- BERNAMA
Share this article :

+ comments + 2 comments

Tanpa Nama
17 Januari 2013 7:07 PTG

matlamat proton dulu dan kini dah lain. dulu kata global, skrang tumpu asia je? matlamat lotus pulak camne? hutang byk lg tu..

Tanpa Nama
24 Januari 2013 4:33 PTG

proton kena lebih berani..tapi nampak macam pengecut juga akhir2 ini ...model banyak yang menarik tapi tah bila nak lancar...ada prototaip terbaik tapi bila nak pasarkan..

baca n tengok je ar pasal proton ni...

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger