Chevrolet Captiva Menang Anugerah Nilai Bagi Wang SUV/Crossover Autoworld


Chevrolet Captiva VCDI memenangi anugerah Nilai Bagi Wang SUV/Crossover pada Majlis Anugerah Kereta Terbaik Autoworld 2012. Kereta Chevrolet Captiva turbo-diesel itu diiktiraf bagi nilai lebih baik di dalam beberapa faktor seperti ruang dalaman, spesifikasi enjin dan pemacuan, ameniti, ciri-ciri keselamatan, penetapan harga dan nilai bagi wang keseluruhan.

Anugerah terbaharu itu adalah lanjutan kepada kemenangan baru-baru ini yang dicatatkan bagi SUV/Crossover Terbaik pada Majlis Anugerah Kereta Terbaik Autoworld Shell V-Power 2011, kerana gaya dan dinamik pemanduan yang menarik yang diilhamkan dari Eropah.

"Sejak beberapa tahun lepas, rupa bentuk canggih Captiva, yang disatukan dengan ketangkasan, keselesaan, keselamatan dan prestasi lebih baik, telah mendapat perhatian rakyat Malaysia di dalam pasaran bagi gaya dan kemewahan SUV untuk sebarang keluarga moden," kata Pengerusi Eksekutif Kumpulan Bersama Kumpulan syarikat NAZA Datuk Wira SM Faisal Tan Sri SM Nasimuddin dalam satu kenyataan.

NAZA Quest Sdn Bhd, pengimport dan pengedar Chevrolet di Malaysia, telah melancarkan kereta versi Captiva petrol yang dikemaskinikan pada Ogos 2011 dan variasi turbo-diesel pada Mei 2012. SUV itu pertama kali diperkenalkan ke pasaran Malaysia pada 2007 dan telah dipertingkatkan sebagai SUV premium terlaris.

Kereta Captiva ditetapkan berharga RM158,888 bagi variasi petrol dan RM165,888 bagi variasi diesel dan tersedia di kesemua bilik pameran Chevrolet di seluruh negara. -- BERNAMA
Share this article :

+ comments + 1 comments

dia punya gaya tuh

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger