All New Rio Dilancarkan 30 Januari 2013


Naza Kia Malaysia selaku pengedar rasmi kenderaan berjenama Kia di pasaran tempatan telah mengesahkan akan melancarkan generasi baharu Kia Rio pada hari Rabu, 30 Januari 2013 akan datang.

Model berkenaan dikatakan menampilkan reka bentuk baharu yang telah menerima pengiktirafan di peringkat antarabangsa, di samping mempunyai pelbagai ciri-ciri menarik yang menjadi peneraju di dalam kelasnya, tahap keselamatan dan ekonomi bahan api. 

Antara ciri-ciri yang dibekalkan pada Rio baharu termasuklah lampu LED nyala siang hari, bumbung suria, lampu kombinasi belakang dengan LED, sistem audio Arkamys, ESC (electronic stability control) dan enam beg udara. 

Generasi baharu Kia Rio itu disasarkan untuk para pelanggan yang berusia di bawah 35 tahun yang bukan saja mementingkan corak kehidupan bergaya, malah tidak berkompromi dengan tahap keselamatan dan penjimatan bahan api. 

Naza Kia Malaysia juga menjangka volum jualannya berkembang dua digit tahun ini, didorong jualan model baharu, Kia Rio, kata ketua pegawai operasinya Datuk Hafiz Syed Abu Bakar. Beliau berkata tahun lepas adalah tahun yang kukuh bagi syarikat itu di Malaysia, dengan jualan meningkat 13 peratus kepada 12,309 unit. 

Dengan rekaan pemenang anugerah bersama-sama dengan ciri-ciri canggih, All-New Rio dijangka meledak dalam pasaran segmen B.

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ
 


Share this article :

+ comments + 1 comments

Tanpa Nama
29 Januari 2013 10:35 PTG

aku tgk kia dah berdesup keluar mcm2 model. replacement pun dah byk. harap proton x tertinggal. mcm sepi je proton sejak2 kena ambik drb-hicom nih. takkan preve hatchback je tahun ni? proton menang mcm2 lumba rally dan f1 tp x keluar model byk. camne tah korang melabur. tahniah kat korea sebab diorang cepat maju.

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger