74000 Myvi Baharu Dipanggil Semula Oleh Perodua


Perodua melalui kempen “Preventive Measure Campaign” memanggil semula 74000 Myvi baru yang dihasilkan antara Mac 2011 dan Mac 2012 untuk menggantikan lajur Electronic Power Steering (EPS). Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Perodua, masalah boleh dikesan apabila penunjuk EPS dinyalakan, selepas itu, pemandu akan merasa stereng berat sedikit pada kelajuan antara 30 km/j dan 40 km/j.

Isu ini boleh diatasi sementara dengan mematikan enjin dan menghidupkan semula kereta. Pihak Perodua meminta pemilik Myvi tersebut ke mana-mana 170 pusat perkhidmatan di seluruh negara bagi penggantian lajur EPS. Selepas membuat temujanji di pusat perkhidmatan, pelanggan akan diberi taklimat penggantian lajur EPS. Latihan ini akan mengambil masa kira-kira 80 minit.

Perodua menggalakkan pelanggan untuk membawa Myvi mereka secepat mungkin. Perodua telah mengeluarkan surat pemberitahuan kepada pelanggan yang terjejas.
Share this article :

+ comments + 9 comments

Tanpa Nama
16 Januari 2013 9:17 PTG

Saya harap Perodua akan meningkatkan prestasi kereta Malaysia agar dapat mengharumkan nama Kereta Nasional selain Proton.....

Tanpa Nama
16 Januari 2013 10:19 PTG

saya pemilik alza, jika alza dipandu x sampai 90kmj, bunyi angin sgt kuat di tepi pintu. apakah penyelesaiannya?

Tanpa Nama
17 Januari 2013 10:18 PG

angin tu di bahagian cermin kecil tepi side mirror. cuba guna visor besar.

Tanpa Nama
18 Januari 2013 7:13 PTG

my


vi baru ada problem? Kasihan betul



Tanpa Nama
2 Februari 2013 5:37 PG

semua kereta ada masalah. lbh2 lg proton dan perodua

Tanpa Nama
16 Februari 2013 11:31 PG

ada sesiapa tau pusat aduan Pelanggan Produa Malaysia? Kereta MYVI 1.0 SR kami mengalami masalah pada sistem oxygen sensor.Tempahan & deposit telah dibuat melalui agen Produa @ 27/12/12 , namun hingga sekarang belum lagi sampai2,alasan yg diberi kerana banyak cuti umum..???

Tanpa Nama
26 Februari 2013 11:50 PG

aku order emblem EZI pun x sampai2 lagi.. samalah nasib..

Tanpa Nama
5 September 2013 5:17 PTG

Sya bru beli myvi 1.3 xsmp 1 mggu running air cond bila on da bunyi bising dan berbau hangit . Knp jd cam tu.?

17 September 2013 9:09 PG

Wish to get all. all are excellent and attractive.Tesla and Elon Musk
www.youtube.com/watch?v=SrzMdoKPPaA

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger