Kilang Baru Perodua


Perodua mengumumkan bakal membina kilang baru bersebelahan kilang sedia ada bernilai RM790 juta. Kilang yang terletak di Sungai Choh itu bakal menyediakan 1200 peluang kerja dan bakal menambah 100 ribu unit kenderaan Perodua bagi setahun.

Kilang baru itu merupakan sebahagian proses transformasi Perodua menghadapi liberalisasi pasaran selepas 2016.

sumber : paultan.org
1 comments

P3-22A Ditemui Lagi!!


Semakin hari semakin rancak Pihak Proton melakukan ujian bagi model P3-22A. Model yang dijangka hadir di pasaran pada tahun depan ini ditemui lagi oleh pembaca blog FD, Faidzal Alang. Rekaan lampu belakang seolah-olah menarik kerana sedikit timbul dan rim mungkin yang sebenar.
1 comments

Proton Preve Hatchback P3-22A Ditemui Lagi!!!


Sekali lagi Proton Preve Hatchback P3-22A ditemui lagi. Untuk kali ini, gambar yang diperolehi lebih jelas walaupun ia sedang diuji pada waktu malam. Terdapat perubahan di bahagian bumper hadapan terutama bahagian grill. Saya juga merasakan rekaan bahagian dalam lampu depan ada perubahan. Bumper hadapan model Preve sedan terlalu ringkas, kemungkinan Preve P3-22A lebih sporty jika ia berciri Preve Sapphire.

Pada bahagian belakang, rekaan nyalaan jalur lampu mungkin CCFL (cold cathode fluorescent lamp) yang ada pada model Proton Emas. Mungkin terdapat bar melintang antara lampu. Jika rekaan belakang seperti model Astra ketika spyshot beberapa bulan yang lalu digunapakai, Preve P3-22A tentu tidak menghampakan. Rim sukan seperti bersaiz 17 inci yang diguna pada Inspira 2.0 premium.

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ


sumber : paultan.org
3 comments

Unit Rondaan Bermotosikal PDRM


Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Polis Di Raja Malaysia memulakan operasi Khamis yang lepas. Ia sebagai langkah mengurangkan kadar jenayah di kawasan tumpuan ramai. Unit ini bertujuan untuk mengurangkan kadar jenayah jalanan yang menjadi kebimbangan orang ramai.

Menurut tinjauan Bernama, URB Ibu Pejabat Polis Dang Wangi beroperasi 24 jam bertumpu kawasan tumpuan orang ramai dan kawasan panas yang sering berlaku jenayah. Lima anggota ditugaskan setiap syif dan IPD Dang Wangi mempunyai 24 buah Motosikal untuk kegunaan URB. Motosikal URB adalah model Kawasaki Ninja 250 (STD)X.
0 comments

Daihatsu Move Generasi Kelima Di Jepun!


Daihatsu telah memperkenalkan facelifted generasi kelima di Jepun, namun tidak ada apa-apa perubahan besar jika dibandingkan model yang diperkenalkan dua tahun lalu. Kali ini sistem pengelak kemalangan ditawarkan, yang pertama dalam segmennya . 

Ia merujuk bahawa sistem menggunakan laser untuk mengesan halangan di hadapan kereta, dan brek secara automatik untuk mengelakkan perlanggaran. Mempunyai empat varian gred, L, L "SA" serta X dan X "SA," dalam bentuk kedua-dua 2WD dan 4WD. 3,39 meter panjang dengan KF-VE 660cc 52 PS pada 6800 rpm dan 60 Nm pada 5200 rpm, dengan kotak gear CVT. 

Penggunaan minyak bagi Move baru adalah baik untuk 29 km seliter dari segi kecekapan bahan api, Adakah   Perodua Kenari akan diperkenalkan semula berdasarkan model ini? Saya berpendapat model Daihatsu Ayla dari Indonesia boleh juga dipadankan dengan kecekapan enjin Move baru ini.

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ




1 comments

Preve Hatchback (P3-22A)!!!


Menurut Funtastickodesign,inilah spyshots pertama P3-22A (Prevé hatchback). Gambar Preve ini telah dirakamkan oleh Ramulo di exit Shah Alam. Ramulo juga terserempak dengan sebuah Prevé sedan yang mempunyai chrome bar dibelakang dengan sportrim yang berbeza.

Adakah spyshot ini melibatkan penggunaan enjin EO1?


0 comments

AES : Perlaksanaan,Keselamatan Dan Keterimaan


Sejak akhir-akhir ini, beberapa kamera AES sekitar Perak dan Selangor rosak akibat perbuatan khianat. Di Perak, dua daripada kamera AES itu terletak di Lebuh Raya Utara-Selatan iaitu di Kilometer 376 Slim River dan Kilometer 205.6 Taiping. Dua lagi kamera yang dirosakkan terletak di Jalan Pasir Putih di Ipoh dan Kilometer 85.5 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur dekat Sungkai. 

Di Selangor pula, kamera AES yang menjadi sasaran adalah di KM 301.6 Lebuh Raya PLUS berhampiran Sungai Besi dan KM 6.6 Lebuh Raya South Klang Valley Expressway. Di luar negara, penggunaan teknologi AES sudah lama diguna pakai, mungkin di Negara ini, AES sesuatu yang sangat baru dengan suasana di sini.

AES mempunyai kelebihan dan juga kelemahan. Apa yang sewajarnya dilakukan adalah pelaksanaan AES mungkin perlu diperbaiki. Sebagai contoh, sistem AES pada waktu malam perlu lebih fleksibel di mana waktu itu kenderaan yang berada di jalan raya kurang berbanding waktu siang.

Pada saya AES mungkin perlu ada, cuma perlu dibaiki kaedah dan cara perlaksanaan supaya selaras dengan perkembangan semasa Negara kita. Kempen kesedaran terhadap keselamatan jalan raya adalah perlu berterusan kerana pengguna jalan raya bukanlah individu yang sama saban hari.

Pengguna jalan raya tidak perlu risau kerana terdapat papan tanda AES sebelum kamera itu terletak. Kesemua AES diletak di lokasi-lokasi maut, namun adakah matlamat kerajaan dapat mengurangkan kadar kemalangan tersebut? sedangkan pengguna merasakan sesetengah lokasi AES tidak sesuai?

Kini pengguna telefon pintar boleh memuat turun aplikasi AES, di mana aplikasi ini boleh memberitahu kedudukan AES. Mungkin anda juga mempunyai pendapat yang lebih bernas? kongsikan di sini.

0 comments

Separuh Akhir Kedua : Harimau Malaya VS Gajah Putih


Semangat Harimau Malaya tetap membara walaupun sering berdepan onak dan duri. Ia tetap tidak menjejaskan rentak pasukan bola sepak Negara kita walaupun perlawanan pertama kita tewas. Hari ini juga merupakan perlawanan yang diibaratkan cukup penting kerana Harimau Malaya berdepan Gajah Putih setelah seri 1-1 di Bukit Jalil sebelum ini. 

Sokongan padu dari pelbagai pihak dari Negara kita amat diperlukan selain sokongan setia Ultras Malaya. Apa yang dilakukan antara Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) bersama Air Asia merupakan satu tindakan yang cukup murni di mana menyediakan perkhidmatan pergi balik kepada peminat untuk ke Bangkok dengan kadar murah.

Sokongan dari badan-badan Korporat Negara kita amat diperlukan melalui tajaan kepada pasukan dan peminat. Inilah yang sebenarnya menunjukkan nilai tahap keamanan Negara kita meliputi pelbagai aspek.

Apa yang saya harapkan suatu hari nanti, Piala Suzuki AFF ini akan bertukar nama menjadi Piala Proton AFF atau Piala Air Asia AFF ataupun sebarang Jenama dari Malaysia. Disamping penajaan, Jenama seperti Proton mampu untuk meningkatkan prestasi dan tahap kepercayaan di peringkat global. Sepertimana yang kita ketahui, bola sepak merupakan sukan paling berpengaruh di serata dunia.




0 comments

Info Mengenai Enjin Petronas EO1

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ
0 comments

Proton Saga 1.3 (M) 2009 Untuk Dijual RM25500


Sebuah Proton Saga 1.3 Manual M-Line tahun 2009 hendak dijual. Harga adalah RM25500 atas jalan (termasuk semua kos perjanjian jual-beli,JPJ, Puspakom,Insuran dan sebagainya). Kereta berkeadaan sangat baik, tidak mengalami apa-apa kemalangan.

Tayar baru sahaja ditukar ketika raya Aidilfitri tahun ini, pemilik menukar keempat-empat tayar jenis Michelin MX 2. Tayar ini sangat mudah bila dipandu dan sangat senyap. Bateri juga ditukar tahun ini jenis Yokohama Sel Kering.

Semua servis dan maintainance dibuat di Proton di mana enjin dan gear box masih dalam jaminan Proton selama 2 tahun. Tiada sebarang perubahan atau modifikasi dilakukan pemilik. Ia adalah standard sepertimana ketika dibeli dulu.

Saga merupakan sebuah sedan kecil yang sangat mudah dipandu dalam bandar dan untuk perjalanan jauh kerana walaupun saiz sedikit kecil ia mempunyai saiz kabin dan bonet yang luas. Fuel consumption adalah jimat terutama ketika perjalanan jauh.

Kepada anda yang berminat sila hubungi 013-4590433(Zali).

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ







*ini adalah artikel iklan berbayar
0 comments

Kenderaan Proton Bakal Guna Enjin Petronas


Berita yang mungkin anda nanti-nantikan kini terjawab! Hari ini Proton Holdings Bhd. (Proton) melalui anak syarikat milik penuhnya, Perusahaan Otomobil Nasional Sdn. Bhd. (PONSB) mengambil alih teknologi, aset dan pengetahuan daripada Petronas Technology Ventures Sdn. Bhd. (PTVSB) dengan nilai RM63 juta. 

Pengambilalihan itu melibatkan enjin beraspirasi semulajadi dan juga enjin turbo 2.0 liter serta 2.2 liter yang telah dibangunkan Petronas sejak 1997. Pengerusi Eksekutif Proton, Datuk Seri Mohd. Khamil Jamil berkata, pengambilalihan itu akan mempelbagaikan lagi varian model-model enjin yang dimiliki Proton pada waktu ini, selain CamPro. 

Pihaknya akan mempertimbangkan untuk menggunakan enjin-enjin tersebut bagi model-model baharu Proton atau model-model sedia ada seperti Proton Exora dan Proton Preve. Proton mungkin menggunakan enjin-enjin tersebut bagi keluaran model sedia ada atau baharu pada suku ketiga tahun depan. "Kami mungkin memikirkan untuk menggunakan enjin-enjin turbo 2.0 liter dan 2.2 liter dari PTVSB bagi kenderaan Proton yang lebih besar berikutan keupayaannya enjinnya yang lebih baik, lebih ringan, jimat minyak dan mesra alam.

"Enjin-enjin tersebut juga boleh digunakan untuk kenderaan Lotus,’’ katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis menandatangani perjanjian di antara PONSB dan PTVSB di sini hari ini. PTVSB merupakan cabang pengkomersialan teknologi Petroliam Nasional Bhd. (Petronas). 

Turut hadir pada majlis itu adalah bekas Perdana Menteri yang juga penasihat Proton dan Petronas, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Perjanjian itu bagi mengambilalih aset-aset dan teknologi PTVSB oleh PONSB.

sumber dipetik dari Utusan
0 comments

Proton Akan Beli Aset Dan Teknologi Dari Petronas?


Biz.thestar.com.my hari ini melaporkan bahawa Proton bakal membeli aset dan teknologi Petronas Technologies Bhd. Majlis menandatangani perjanjian pengambilalihan tersebut akan dibuat pada selasa dan turut dihadiri oleh Penasihat Proton yang juga Penasihat Petronas Tun Dr Mahathir Mohamad.

Suatu ketika dahulu, terdapat syarikat dari China juga pernah menggunakan enjin EO1 dari Petronas.  Ia sekitar 2005, iaitu Nanjing Automobile Corporation (NAC) dan Brilliant Culture Group (BCG) untuk penggunaan pada kereta keluaran NAC. 

Katanya, usaha sama itu tidak melibatkan sebarang perbelanjaan sebaliknya syarikat petroleum negara hanya melesenkan teknologi Petronas E01 kepada NAC untuk kereta penumpang keluaran syarikat berkenaan.


Sebelum ini juga terdapat desas desus bahawa Proton bakal menggunakan enjin EO1 Petronas. Enjin Petronas lahir pada tahun 1998 selepas tiga tahun penyertaan Petronas dalam dunia formula satu dan dipasang kereta rasmi Petronas Formula 1 Grand Prix pada 1999.

Sama-sama kita tunggu pengumuman rasmi dari Pihak Proton nanti.

0 comments

Proton Bakal Keluarkan Kereta Sport Rakyat Tahun Hadapan.

 kereta konsep Proton Lekir

Menerusi Buletin Utama segment Auto minggu lepas diberitakan Proton bakal melancarkan “kereta sport rakyat” pada tahun hadapan. Berkemungkinan model ini akan dibangunkan menggunakan platform kereta sport Westfield, jenama yang dimiliki oleh Potenza Sports Cars Ltd yang sebelum ini telah memeterai perjanjian bersama DRB-HICOM.

Model ini merupakan kereta sport dua tempat duduk yang menggunakan enjin 1.6 liter turbo berkemungkin enjin CFE dengan suspensi seperti kereta go-kart. Ia juga akan mempunyai bumbung dan direka sepenuhnya oleh anak tempatan bersama tenaga kerja Westfield yang berpangkalan di UK. 

Model ini juga akan memenuhi piawaian keselamatan yang ditetapkan oleh JPJ dan bakal dijual pada harga yang berpatutan. Difahamkan model ini akan dilancarkan penghujung tahun 2013. DRB-Hicom pernah menyatakan akan mengeluarkan sebuah kereta sport mesra-eko dan mampu dimiliki hasil kerjasama dengan Potenza sebelum memiliki Proton. Mungkinkah Lotus menjadi sebahagian dari projek ini?

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ
 
0 comments

NST-Maybank Cotty Awards 2012 - Ford Ranger Model Terbaik!


Menurut Blog Autoworld, Ford Ranger adalah juara keseluruhan NST-Maybank Cotty Awards 2012. Berikut adalah pemenang setiap kategori:

Compact Car of the Year – Honda CR-Z



Premium Compact Car of the Year – Mercedes-Benz B 200



Family Car of the Year – Ford Focus



Executive Car of the Year – Peugeot 508


Premium Executive Car of the Year (below RM300,000) – BMW 328i



Premium Executive Car of the Year (above RM300,000) – BMW 528i



Performance Car of the Year – Toyota 86



Coupe/Cabriolet of the Year – Mercedes-Benz SLK



Station Wagon of the Year – Peugeot 508 SW



SUV of the Year – Mazda CX-5



Premium SUV of the Year – Range Rover Evoque



MPV of the Year – Proton Exora Bold



Premium MPV of the Year – Nissan Elgrand



Pick-Up Truck of the Year – Ford Ranger 2.2
Overall Car of the Year 2012 – Ford Ranger 2.2



Automotive Man of the Year 2012 – Datuk Samson Anand George, Chief Operating Officer, Nasim Sdn Bhd
People’s Choice Award 2012 – Kia Optima



Best Value Compact Sedan of the Year – Proton Saga FLX SE



Eco Innovation Award of the Year – Nissan Leaf



Good Design Award of the Year – Hyundai Elantra

0 comments
 
www.azelery.com dahulu dikenali saluran07.blogspot.com
Copyright © 2007-2014 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Azelery Published by Shin Chan
Proudly powered by Blogger