Kamera AES bermaksud Automated Enforcement System. AES mengesan dan merekodkan kesalahan trafik secara automatik
menggunakan sistem termaju di mana kamera diletakkan di beberapa
kawasan kerap berlaku kemalangan yang dikenal pasti di sepanjang lebuh
raya,jalan utama dan persimpangan trafik. Sistem ini terdiri daripada
kamera tetap dan kamera mudah alih.
Lokasi kamera AES yang mengesan had laju dapat dilihat antara jarak 2 hingga 3 kilometer sebelum lokasi kamera berkenaan.
Dalam
pada itu bagi lokasi kamera yang mengesan pesalah trafik lampu isyarat,
ia akan diletakkan antara 50 sehingga 500 meter daripada persimpangan
lampu isyarat berkenaan.
Solah berkata imej yang akan dirakam
kamera AES dihantar secara automatik ke pusat kawalan AES dan nombor
pendaftaran kenderaan tersebut akan direkodkan dalam pangkalan data JPJ,
sebelum saman dikeluarkan kepada pemilik kenderaan terbabit.
Menurut Solah proses semakan mengenal pasti kesalahan serta pengeluaran notis saman akan dibuat oleh pegawai JPJ terlatih yang ditempatkan di pusat kawalan AES.
Jelas beliau notis saman yang telah
diproses akan dihantar kepada pemilik kenderaan dalam tempoh 5 hari
daripada tarikh kesalahan dan imej kenderaan yang dirakamkan.
“Bagaimanapun, jika pemilik berdaftar bukan
pemandu kenderaan tersebut sewaktu kesalahan direkodkan, mereka boleh
mengemukakan butiran pemandu berkenaan kepada JPJ setelah tempoh 30 hari
daripada tarikh menerima notis saman mereka.
Katanya untuk kesalahan yang direkodkan di
Perak, pemandu yang menerima notis saman AES boleh menghubungi pusat
kawalan AES menerusi talian 03-78464400, manakala kesalahan yang
direkodkan di Selangor, Putrajaya serta Kuala Lumpur mereka boleh
menghubungi talian 03-7628 8268
KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ







