Dato' Sri Hj Syed Zainal Abidin Letak Jawatan


KUALA LUMPUR 29 Mei - Proton Holdings Bhd mengesahkan peletakan jawatan Pengarah Urusan Kumpulannya, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkuatkuasa 4 Julai ini. 

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Bernama, Syarikat itu turut mengumumkan peletakan jawatan Ketua Pegawai Kewangannya, Azhar Othman berkuatkuasa 6 Julai ini. 

"Syed Zainal sudah bersama Proton lebih enam tahun dan kami menghargai sumbangannya kepada syarikat. Beliau membuat keputusan untuk meninggalkan Proton bagi meneruskan cita-citanya dan kami menghormati keputusan itu,” kata syarikat pengeluar kereta negara dalam satu kenyataan di sini, hari ini. 

Susulan peletakan jawatan Syed Zainal, Pengerusi Eksekutif Proton, Datuk Seri Mohd Khamil Jamil akan menyambung tugas menerajui syarikat itu.
0 comments
 
www.azelery.com dahulu dikenali saluran07.blogspot.com
Copyright © 2007-2014 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Azelery Published by Shin Chan
Proudly powered by Blogger