P3-21A : Proton Preve!!


Pada asalnya ia dikenali sebagai Persona R, dan tidak lama kemudian kita dapat tahu ia menggunakan kod P3-21A. Pada hari ini secara rasminya, model Proton yang akan dilancarkan tidak lama lagi ini dikenali sebagai Proton Preve dengan tagline Drive It To Belive It.  Bakal dijual dengan harga RM65000 hingga RM75500. Dikatakan akan menemui anda sekitar awal bulan April 2012. Saya juga dapat info mengenai Saga FLX cfe harga sekitar RM47000  tapi belum detail sangat.

[Klik Untuk Besarkan Imej]






sumber : funtastickodesign / arenakereta
3 comments

Volkswagen Polo Direka Bentuk Semula Menjadi Model Proton

[klik untuk besarkan imej]

Volkswagen (VW) dilaporkan akan menggunakan Polo sebagai model untuk tujuan direka bentuk semula menjadi model terbaru Proton. VW juga dikatakan telah menubuhkan sebuah pasukan khas yang diketuai Soh Wei Ming (ketua operasi VW Asia Pasifik) untuk mengenal pasti kemungkinan pemodelan VW Polo sebagai model terbaru keluaran Proton Holdings Berhad.

Harga seunit model VW Polo yang dijual di pasaran tempatan ketika ini ialah RM113,888, namun dengan mengeluarkannya di bawah jenama Proton melalui pemilik barunya DRB-HICOM, ia mampu dijual dengan harga kompetetif di bawah RM70,000.

Awal tahun ini, DRB-HICOM membeli 42.7 % saham Khazanah dalam Proton pada harga RM1.29 bilion atau RM5.50 sesaham. VW dan DRB-HICOM mempunyai hubungan kerja yang kukuh sebagai syarikat Malaysia yang membantu memasang enjin Passat 1.8 liter sedan di kilang di Pekan, Pahang.

Selepas Inspira model dari Mitsubishi Lancer, Kini VW Polo pula bakal jadi model Proton. Apa yang perlu dilaksanakan selepas keluarnya P3-21A ini, saya berpendapat model GSC harus menjadi keutamaan bukannya rebagde model-model jenama lain untuk Proton.

sumber info : Business Times
1 comments

Proton Saga Serendah RM333

[klik untuk besarkan imej]

Kepada yang baru nak mula pakai kereta terutama yang berkeluarga, inilah pilihan paling baik kerana ia sesuai untuk anda dan bayaran bulanan sangat berpatutan. Inilah salah satu inisiatif Proton untuk orang ramai.  Konsep jual beli kereta macam ini sepatutnya dilaksanakan sejak dulu lagi.
0 comments

Proton Power Of 1


Apa lah agaknya Proton Power Of 1 ni ye? tengok pada grill dan logo macam model GSC je. Pameran besar-besaran Proton nampak gayanya. Pastinya model Inspira, Neo, Saga dan mungkin P3-21A jadi tumpuan. apapun kita tunggu dan lihat pada 14~16 Mac ini di Stadium Bukit Jalil.
1 comments
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2014 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Azelery Published by Shin Chan
Proudly powered by Blogger