Teka-teki P3-21A Semakin Terjawab?


Teka-teki mengenai P3-21A semakin menjadi pebualan hangat sejak mutahir ini. Dikatakan pelancarannya semakin dekat, kita sekali lagi dapat lihat sesuatu yang baru untuk P3-21A. Jika sebelum ini trilogi P3-21A, kita lihat bahagian depan diikuti interior dan hari ini bahagian belakangnya pula. Setakat ini sajakah sentuhan terakhir untuk bahagian belakang?

Apakah rakyat Malaysia berpuas hati dengan rekaan yang dihasilkan oleh Proton untuk kali ini? saya sempat meninjau beberapa blog automotif tempatan dan melihat komen mereka, ada yang mengatakan Persona lebih cantik, ada yang merasa kecewa kerana ia dikatakan sentuhan dari Itali tetapi hasilnya kurang menarik.

Pada pendapat saya, Proton melahirkan P3-21A dengan rekaan asas yang tidak ekstrem tetapi menampilkan ciri-ciri cool sporty seperti model-model keluaran VW. Rekaan luaran seperti ini mudah dimodifikasi untuk beberapa siri P3-21A akan datang kerana selepas P3-21A, akan muncul pula model hathback dengan kod P3-22A. Jika dilihat pada interior cukup memuaskan kerana gaya penampilan moden memenuhi citarasa dan kehendak pengguna.

Kita masih tidak dapat melihat secara lebih jelas kerana kebanyakan gambar-gambar yang diperolehi sangat kabur. Tetapi saya percaya jika dilihat beberapa gambar lain seperti di jalan raya, P3-21A ini nampak setanding Honda City dan Kia Forte. Ramai yang rasa berpuas hati dengan rekaan P3-21A tetapi bagaimana pula prestasi dan kualiti penggunaan? Untuk mengetahui perkara tersebut anda mungkin perlu test drive Exora Bold.

*Saya juga ingin meminta jasa baik pengunjung blog ini untuk vote blog saya di Social Media Awards 2012 di kategori Best Auto Blog. Klik http://www.socialmediaweek.com.my/awards/category.php?id=17 untuk vote saluran07.blogspot.com undian anda amat saya hargai.


KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

sumber gambar : Paultan.org / Funtastickodesign
2 comments

DRB-Hicom Rombak Pengurusan Kanan Proton


DRB-Hicom Bhd akan melakukan rombakan kepada kumpulan pengurusan kanan dan ahli lembaga pengarah Proton Holdings Bhd, dengan melantik beberapa muka baru ke dalam syarikat pengeluar kereta nasional itu dalam tempoh dua bulan ini. pengurusan kanan utama yang dijangka akan digantikan, termasuk Pengerusi Proton Holdings, Datuk Seri Mohd Nadzmi Mohd Salleh dan Pengarah Urusannya, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir. 

 Kemungkinan calon yang bakal menggantikan Mohd Nadzmi ialah Datuk Nik Hamdan Nik Hassan, yang kini adalah Pengarah Automotif Kumpulan DRB-Hicom. Calon utama yang disebut-sebut bagi menggantikan tempat Syed Zainal pula ialah Datuk Lukman Ibrahim, yang kini adalah Ketua Pegawai Operasi DRB-Hicom. 

Nik Hamdam pada 1987 dipinjamkan ke Proton Holdings daripada Hicom Bhd bagi menguruskan bahagian Unit Perancangan Produk, khususnya dalam memperkenalkan rangkaian produk baru, manakala Lukman pernah berkhidmat di Proton Holdings selama 17 tahun. Namun, sumber itu berkata, rombakan berkenaan ialah perkiraan awal DRB-Hicom dan masih belum dimuktamadkan kerana ia tertakluk kepada terma kontrak jawatan individu yang terbabit, selain memerlukan kelulusan Lembaga Pengarahnya. 

Melihat keadaan semasa, terdapat perubahan strategi dalam Proton selepas ni. Walaupun ia amalan tradisi dunia koprat apabila pengambilalihan berlaku, saya berpendapat peneraju Syed Zainal harus dikekalkan untuk mengekalkan momentum Proton pada ketika ini yang sedang naik. Saya juga berharap Proton tidak menjadi sebagai pengeluar rebadge atau sekadar pemasang jenama luar yang berada di bawah DRB, perubahan mudah yang harus dilihat adalah kualiti produk yang sering dipertikaikan. - sumber : Berita Harian

* Tun Mahathir tolong jawab sikit mengenai hal ini..

Saya juga ingin meminta jasa baik pengunjung blog ini untuk vote blog saya di Social Media Awards 2012 di kategori Best Auto Blog. Klik http://www.socialmediaweek.com.my/awards/category.php?id=17 untuk vote saluran07.blogspot.com undian anda amat saya hargai.
0 comments

Dua Model P3-21A Di Lebuh Raya Karak!


Menurut FD, satu lagi spyshot P3-21A ditemui oleh pembaca mohderic di lebuh raya Karak. Terdapat dua model P3-21A dan ini menunjukkan perbezaan mudah pada rim yang digunakan. Dijangkakan model ini dilancarkan pada bulan Mac namun kita diberitakan sebelum ini mengenai pembelian DRB-Hicom terhadap Proton. Dikhabarkan juga akan berlaku rombakan di mana orang kuat Proton sekarang akan digantikan oleh orang lain.

Saya juga ingin meminta jasa baik pengunjung blog ini untuk vote blog saya di Social Media Awards 2012 di kategori Best Auto Blog. Klik http://www.socialmediaweek.com.my/awards/category.php?id=17 untuk vote  saluran07.blogspot.com undian anda amat saya hargai.

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ


0 comments

Undilah AANS saluran07.blogspot.com!!



Salam semua. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih di atas sokongan anda semua selama ini yang sentiasa mengunjungi blog ini setiap masa. Di sini saya ingin merayu dan memberikan kepercayaan sepenuhnya kepada anda semua supaya memilih Blog saya www.saluran07.blogspot.com sebagai Best Auto Blog 2012 dengan memberikan UNDIAN di link ini : http://www.socialmediaweek.com.my/awards/category.php?id=17 

Mungkin tiada janji-janji yang saya taburkan seperti di pilihan raya tetapi saya akan terus menulis mengenai dunia automotif tempatan kerana saya tahu info yang saya cuba sampaikan di blog mungkin juga berguna bagi anda. SETIAP UNDIAN ANDA AMAT SAYA HARGAI. terima kasih.
5 comments

House Of R3 di Glenmarie!




GLENMARIE, di mana terletaknya himpunan showroom & pusat servis kenderaan dari pelbagai jenama kereta tempatan, Japan, Korea, China, Eropah, Recon dan lain-lain. Lokasi strategik terletak di tengah-tengah antara Subang Jaya, Shah Alam, USJ dan Kelana Jaya menjadikan Glenmarie sebagai tumpuan syarikat-syarikat pengeluar kenderaan dan menjadikan Glenmarie sebagai pusat automotif negara.

Antara yang ada di sana adalah showroom Volkswagon, Volvo, Audi, Porsche, Proton, Lamborghini, Kia, Perodua, Honda, Mazda, Skoda, Mercedes Benz, Hyundai, Peugeot, Mitsubishi, Jaguar, Chery, EON HQ, BMW, MINI, beberapa showroom kenderaan Recon, dan terbaru sekali dijangkakan akan dibuka pertengahan tahun ini, iaitu 'House of R3'!!!.

Jenama R3 memang tidak asing lagi dikalangan peminat-peminat sukan automotif negara terutamanya pengguna kereta Proton. Badan 'tuner' Proton ini yang diasaskan oleh Tengku Djan Ley, drifter terkemuka Asia, telah berjaya memikat hati ramai peminat sukan permotoran tempatan dengan produk-produknya yang unik dan tersendiri. Ini merupakan salah satu usaha mereka untuk menaikkan lagi nama R3 & Proton Motorsports memandangkan jenama dan permintaannya semakin menggalakkan.

Antara yang akan anda boleh dapati di sana adalah barangan-barangan tulen buatan R3 seperti aksesori kereta, body kit, sport rim, performance parts, cenderahati, t-shirt dan banyak lagi. Usaha untuk membuka 'House of R3' ini sudah lama dirancang dan akhirnya ia bakal direalisasikan tak lama lagi. Ini pastinya merupakan satu berita gembira buat peminat-peminat dan pengguna R3, kerana sebelum ini mereka mungkin lebih mudah mendapatkan badge R3 atau barangan-barangan R3 lain di kedai-kedai aksesori kereta seperti 'Brothers' dan lain-lain. 

Setakat ni, ini sahaja info yang dapat saya kongsikan mengenai 'House of R3' ini. Sekiranya ada apa-apa berita lain akan saya updatekan kemudian. So sama-sama kita doakan 'House of R3' ini cepat dibuka dan seterusnya memajukan lagi industri permotoran tempatan sekali gus menaikkan lagi jenama R3 setanding dengan jenama-jenama luar yang lain seperti Ralliart, Type-R, TRD, Nismo dan lain-lain. Syabas!!!

sumber : Proton-sales
1 comments

Review: P3-21A First Impressions


Sebelum Pelancarannya yang dijangka Mac ini, saya ingin kongsikan dengan anda artikel di bawah. Kira seperti macam pre-launch lah untuk kita :

Selepas pulang dari 'Proton Sales Conference & Introductions P3-21A' yang disampaikan oleh DSZ sebentar tadi, saya berasa begitu tidak sabar untuk mengulas sedikit sebanyak tentang produk terbaru proton iaitu P3-21A yg bakal dilancarkan pada akhir suku pertama tahun ini, iaitu March 2012. 

 Apa yang saya dapat lihat dan ingin dikongsikan mengenai produk ini selepas saya dapat menyaksikan sendiri secara 'live' di depan mata buat kali pertamanya, P3-21A merupakan model yang bakal menjawab segala kritikan dan pandangan yang telah diberikan oleh seluruh rakyat Malaysia kepada Proton, secara tak langsung membuktikan DSZ telah mendengar dan membaca komen-komen, idea dan pandangan anda semua di blog-blog automitive negara mahupun di tempat-tempat lain. segala 'features & functions' yang kita semua mahukan, hampir semuanya ada di dalam P3-21A ini, meyakinkan lagi P3-21A ini mampu bersaing menjadi produk global. 

Suka untuk saya jelaskan, bukan mudah untuk memuaskan hati semua pihak. Setibanya waktu P3-21A ini dilancarkan March nanti, pastinya masih ada suara-suara yang akan terus mengkritik lagi dan lagi. Tidak menjadi rahsia lagi, majoriti citarasa pengguna di Malaysia ini lebih kearah rekabentuk 'Japanese/Korean'. Tak salah.. Tetapi yang sukarnya di sini, P3-21A ini bukan sahaja mahu memenuhi citarasa pengguna di Malaysia, malah juga di 28 buah negara lain yang bakal dipasarkan dan citarasa kesemua pengguna di 28 buah negara ini berbeza-beza dan pastinya setiap keputusan yang diambil dalam pembinaan P3-21A ini memerlukan keputusan teliti dan 'collective decisions'. 

Yang pertama, bab ciri keselamatan, P3-21A mempunyai NCAP 5 Star rating, yang pastinya memberikan kelebihan ketara kepada pesaing-pesaing terdekatnya terutama Vios & City. Rangkanya lebih kukuh dan selamat serta mempunyai Airbag depan dan sisi. Ia juga merupakan kereta yang paling selamat di Malaysia jika diletakkan dalam segmennya, kerana ciri pemanduan 'Lotus Ride & Handling' yang amat stabil & menggunakan 'Multilink rear suspension' yang tiada dalam pesaing-pesaingnya seperti Vios, City, Forte, mahupun Corolla Altis, bak kata DSZ "guarantee best handling in it's class". Ciri-ciri keselamatan lain yang dilengkapi P3-21A ini adalah ABS & EBD with 4 wheels Disc Brake dan satu lagi ciri keselamatan terbaru diperkenalkan iaitu ESC (lebih kurang mcm VSA-Vehicle Stablity Assist). 

Bab aksoseri pula, kereta ini dilengkapi dengan Keyless Push start Button, Light Sensor, Rain Sensor, Build-in GPS, front LED light untuk pemanduan waktu siang seperti Audi, ruang boot yang amat besar, lebih kurang besarnya seperti ruang boot Persona Elegance, menggunakan spotrim 16" inci dan lebar tayar saiz 205, logo badge proton yang diletakkan di bahagian depan dan belakang lebih besar menampakan kereta lebih gah dan pelbagai lagi. 

Bab performance pula, variant teratas P3-21A akan menggunakan enjin Campro 1.6L CFE dengan 7-speed gearbox CVT, 140PS/205 torque. Wowww!!! dan tak lupa ia juga dilengkapi dengan Paddle shift steering, dan sport mode +/- di gear column seperti Inspira 1.8CVT dan 2.0CVT. Bagi variant pertengahan dan bawah, engine yang digunakan ialah Campro 1.6L IAFM+ dengan gearbox CVT 6-speed. 

Akhir Sekali bab finishing, bab ni ramai yang musykil dan bimbang, terutamanya mengenai badge Proton di Steering. Jadi komentar-komentar di blog funtasticko, paultan dan lain-lain tak perlu lagi bimbang, kerana badge proton warna hitam-putih (sama seperti badge di bumper depan) disertakan lining chrome nipis disekelilingnya ada diletakkan di steering P3-21A ini. Steeringnya pula menggunakan steering Exora, tetapi ada sedikit 'design improvement' di bahagian 'Audio switch control' sekaligus menampakkan steeringnya lebih kemas, kompak dan elegan. Dashbord & door trim pula menggunakan soft material seperti Wira, bukan keras seperti Persona, Saga, Exora & Satria Neo. 

Banyak lagi yang boleh diulaskan mengenai P3-21A ini. Tetapi biarlah yang selebihnya dirahsiakan sehingga hari perlancaran nanti. Rumusan saya design P3-21A ini 'Clean & Simple'. Tiada geometri-geometri 'futuristik' yang keterlaluan ditonjolkan seperti yang selalu digunakan oleh Kia, Hyundai & Honda. Sebaliknya ia lebih banyak menggunakan 'safe & long lasting design' seperti BMW, Audi & toyota. Apa pun Tahniah diucapkan kepada DSZ, 400 orang juruteta P3-21A dan seluruh warga kerja Proton yang terlibat bertungkus-lumus selama 24 bulan. Great Job!!! 

Cuma tinggal satu lagi yang masih menjadi tanda tanya sehingga hari ini, apakah nama sebenar model Proton P3-21A ini? Persona? Tuah? Espire? atau Wira?

sumber dipetik : Proton-sales
1 comments

P3-21A Di Bukit Fraser!!


Tahun Baru Cina pun mereka tetap berkerja. Gambar-gambar ini telah dikirim oleh bro Kamarul melalui blog funtastickodesign. Menurutnya 2 buah p321-A bersama dengan 2 buah Exora BOLD telah ditemuinya di Bukit Fraser.

Bro Kamarul juga sempat melihat interior P3-21A semasa mereka berhenti seketika di Shahzan Inn, tapi malangnya staff Proton tak bagi ambil gambar. Interiornya memang menarik, steeringnya masih mengekalkan steering Exora, tapi ada logo berbentuk bulat yang ditampal dengan koyok hitam. Gear knob pula dari model Persona, tapi yang pastinya ini bukan model sebenar sebab gearknobnya memanglah berbeza sama sekali.
KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ


dipetik dari funtastickodesign
1 comments

Proton P3-21A di Lebuhraya Guthrie



Menurut pembaca blog paultan.org  Iwan, dua unit Proton P3-21A ini diangkut di sepanjang Lebuhraya Koridor Guthrie awal hari ini. Tiada apa-apa banyak pendedahan, kerana ia tersembunyi, tetapi penutup kereta nipis cukup untuk menampakkan stylish kenderaan itu, juga terdapat pelekat putih di hadapan, belakang dan tepi yang menyembunyikan identiti kereta tersebut.Ini menunjukkan model ini semakin hampir ke kemuncak pelancarannya. Kemungkinan juga P3-21A ini sudah mempunyai nama sebenar, Proton Tuah agaknya..

Klik Untuk Besarkan Imej





5 comments

Review Toyota Avanza 2012



Toyota telah melancarkan kenderaan MPV mereka yang terbaru. Masih mengekalkan nama yang sama iaitu Avanza tetapi diberikan nafas baru dari segi spesifikasi.

Didatangkan dalam 4 variasi yang berbeza dengan kapasiti enjin 1.3 liter dan juga 1.5 liter yang mana enjin berkapasiti 1.3 liter menggunakan kotak gear manual, tiada lagi gear automatik manakala 1.5 liter menggunakan kotak gear automatik. 4 variasi MPV Avanza tersebut adalah 1.3E (MT), 1.5E (AT), 1.5G (AT) dan 1.5S (AT)

Harga bagi Toyota MPV Avanza baru yang ditawarkan bermula dari harga RM63,864,00 sehingga RM79,590,00 seunit. 

Klik Untuk Besarkan Imej






0 comments

Suzuki Swift Dzire sedan!



Maruti Suzuki telah memperkenalkan model variasi sedan untuk Swift yang dipanggil Swift Dzire. Walaupun kelihatan ganjil, tetapi ia  terbukti popular di sana. Nama Dzire telah diteruskan. Dilihat dari belakang,Swift sedan kelihatan baik, tetapi mungkin juga sedikit lucu dari pandangan beberapa sisi. 

Maruti Suzuki mahu ia berada di bawah saiz empat meter panjang untuk menikmati faedah eksais kerajaan India untuk kereta kecil. Hasilnya, Dzire baru adalah lebih pendek daripada yang lama, 4160 mm panjang.

Bahagian hadapan didatangkan dengan grill jeriji baru beserta lampu kabus. Pilihan enjin adalah termasuk K Siri 1.2-liter petrol dan 1.3 liter Multijet diesel dari Fiat, enjin yang sedia ada dalam pelbagai model keluaran Maruti.
klik untuk besarkan imej




0 comments

Lotus L5 dengan enjin 1.8 4G93M Mitsubishi?!


Jenama Lotus-Youngman sedang meningkat naik sejaka kebelakangan ini di China. Dengan pengenalan beberapa model seperti  L3 dan L5 , L6 akan dilancarkan diikuti model L7, L8, L9, MPV , SUV , dan beberapa siri model lagi. Kemungkinan model SUV yang sedang dibangunkan bersama Proton iaitu Lotus APX dan MPV dari model Proton EXORA. Kebanyakan model-model lain adalah berasaskan dari model Proton.

Dan yang terbaru, satu ujian jalan raya model L5 menggunakan enjin 1.8L, ia dikatakan buatan Mitsubishi dengan kod 4G93M. Setahu saya Proton Putra suatu ketika dulu juga menggunakan enjin 1.8 dengan kod 4G93. Berbanding Proton Inspira menggunakan enjin 1.8L Mitsubishi 4B10.

Tiada perubahan ketara bagi model L5 1.8 ini. Difahamkan Lotus L5 1.8L ini dilihat sedang diuji menggunakan enjin Mitsubishi 4G93M sebaris empat silinder dengan teknologi VVT injap berubah-ubah, maksimum kuasa 110KW. Umum juga mengetahui enjin Mitsubishi dikenali dengan prestasi yang kukuh, penggunaan bahan api yang cemerlang sepertimana model Proton Inspira.

Dalam Lotus L5 1.6L, ia dilengkapi dengan enjin S4PH Campro CPS DOHC 16V enjin , kuasa maksimum 90.5KW, berbanding L5 1.8L berkelebihan hampir 20KW. Tentunya harga L5 1.8L pasti lebih tinggi berbanding L5 1.6L. Perbezaan L5 1.8L yang dapat dilihat tentunya adalah dari segi enjin, emblem 1.8L, tempat duduk, dalaman kulit, stereng baru, dan konsol gear krom memenuhi citarasa sporty dan kemewahan.

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ




sumber : auto.sohu.com
0 comments

Lotus Mungkin Dijual?


Sebentar tadi saya menonton berita Bisnes di TV1. DRB-Hicom menyatakan mungkin akan menjual Lotus kerana mengalami kerugian sekian lama. Namun katanya ia masih diperingkat awal. Pada pendapat saya, Lotus dibeli bukanlah untuk menjadikan ia satu keuntungan besar berdasarkan nilai wang tetapi Proton telah menggunakan Lotus selama ini untuk mempelajari teknologi yang ada pada Lotus.

Selepas usahasama dengan Mitsubishi berakhir suatu ketika dulu yang tidak membawa apa-apa faedah, Proton telah menggunakan kepakaran yang ada pada Lotus selain menghantar anak-anak Malaysia ke Lotus untuk mempelajari teknologi yang ada pada Lotus. Sejak memiliki Lotus, Proton telah melahirkan beberapa model yang terus dikenali seperti Gen.2 dan Satria Neo. Nama Satria Neo cukup menempah nama di mata dunia melalui arena rali.

Pengenalan enjin Campro tidak dinafikan ada kaitan dengan Lotus.Kita juga tidak lupa dengan Lotus Ride and Handling yang dimiliki di setiap model Proton. Beberapa model baru di masa akan datang seperti P3-21A, P3-22A dan Emas turut di bantu oleh pihak Proton. Begitu juga model SUV yang sedang dibangunkan di China melalui Lotus Youngman. 

Perkongsian modal, tenaga kerja, bahan mentah dan teknologi antara Proton dan Lotus telah membuktikan kedua-dua jenama ini mampu bergerak lebih cepat melalui pelbagai perkara seperti dalam pengeluaran model global, Formula 1, Rally dan sebagainya.

Sesiapa pun nak beli Lotus jika ia dijual semula kerana ia boleh dikatakan jenama lagenda permotoran dunia. Jika ia benar-benar terjadi, sebaiknya tidak dijual ke pihak luar tetapi terus dimiliki oleh rakyat Malaysia seperti NAZA ataupun Caterham.
2 comments

‘PROTON tetap kereta nasional’


SEMPORNA: Pengambilalihan Proton Holdings Bhd (Proton Holdings) oleh DRB-Hicom daripada Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) tidak akan melenyapkan fungsi syarikat berkenaan sebagai pengeluar kereta nasional, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sebaliknya, kata Timbalan Perdana Menteri, ia bakal membawa PROTON kekal berdaya saing dengan pengeluar kereta lain dalam persaingan industri automotif yang amat mencabar sekarang dan pada masa depan. 

Beliau berkata, kerajaan tidak menghalang Khazanah melepaskan kepentingannya dalam PROTON kerana yakin DRB-Hicom sebagai konglomerat tempatan dan diterajui tokoh perniagaan Bumiputera, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary, mempunyai strategi perniagaan untuk kekal berdaya saing. 

“Ini untuk memastikan PROTON berada dalam tangan orang kita kerana kita yakin ia mampu berdaya saing dan boleh mengeksport kereta nasional ke lebih banyak negara.

“Hal ini diambil kira oleh kerajaan. Ia masih dalam tangan rakyat Malaysia dan tidak mengubah kedudukan PROTON sebagai kereta nasional,” katanya selepas program bertemu pegawai dan kakitangan sektor awam daerah Semporna di Dewan Masyarakat Semporna, di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) yang juga Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Pada majlis itu, Muhyiddin turut menyampaikan bantuan RM21,974 kepada 76 Sekolah Agama Rakyat (SAR) serta kelas Fardu Ain dan al-Quran (KAFA) daerah ini.

Ditanya mengenai faktor utama Khazanah melepaskan ekuiti berkenaan, Muhyiddin berkata, ia bukan perkara utama kerana yang penting kerajaan membuat keputusan terbaik bagi memastikan PROTON bukan setakat kekal berdaya saing di pasaran automotif dunia, malah terus berfungsi sebagai antara penyumbang kepada industri negara.

“Itu tidak perlu saya ulas kerana kerajaan sudah membuat keputusan. Syarikat yang beli itu syarikat awam,” katanya.

DRB-Hicom, konglomerat dimiliki Syed Mokhtar dipilih mengambil alih Proton Holdings dalam satu janji niaga, yang keseluruhannya dianggar bernilai lebih RM3 bilion. Khazanah mengumumkan penjualan 42.74 peratus kepentingannya dalam Proton Holdings kepada DRB-Hicom Bhd pada harga RM5.50 sesaham atau RM1.291 bilion.

sumber : Berita Harian
1 comments
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2014 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Azelery Published by Shin Chan
Proudly powered by Blogger