Separuh Akhir Kedua : Harimau Malaya VS Gajah Putih


Semangat Harimau Malaya tetap membara walaupun sering berdepan onak dan duri. Ia tetap tidak menjejaskan rentak pasukan bola sepak Negara kita walaupun perlawanan pertama kita tewas. Hari ini juga merupakan perlawanan yang diibaratkan cukup penting kerana Harimau Malaya berdepan Gajah Putih setelah seri 1-1 di Bukit Jalil sebelum ini. 

Sokongan padu dari pelbagai pihak dari Negara kita amat diperlukan selain sokongan setia Ultras Malaya. Apa yang dilakukan antara Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) bersama Air Asia merupakan satu tindakan yang cukup murni di mana menyediakan perkhidmatan pergi balik kepada peminat untuk ke Bangkok dengan kadar murah.

Sokongan dari badan-badan Korporat Negara kita amat diperlukan melalui tajaan kepada pasukan dan peminat. Inilah yang sebenarnya menunjukkan nilai tahap keamanan Negara kita meliputi pelbagai aspek.

Apa yang saya harapkan suatu hari nanti, Piala Suzuki AFF ini akan bertukar nama menjadi Piala Proton AFF atau Piala Air Asia AFF ataupun sebarang Jenama dari Malaysia. Disamping penajaan, Jenama seperti Proton mampu untuk meningkatkan prestasi dan tahap kepercayaan di peringkat global. Sepertimana yang kita ketahui, bola sepak merupakan sukan paling berpengaruh di serata dunia.




Share this article :

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2014 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Azelery Published by Shin Chan
Proudly powered by Blogger