Proton Satria Neo R3


Beberapa hari yang lalu Proton baru sahaja melancarkan model Satria Neo R3 bertempat di PROTON Centre of Excellence. Ia telah disempurnakan oleh Pengerusi Eksekutifnya, YBhg. Dato’ Sri Hj. Mohd Khamil Jamil.

Model ini sebenarnya sama dengan Satria Neo CPS dan masih mengekalkan enjin 1.6 Campro CPS yang mampu menjana 125 hp pada 6,500 rpm dan 150 Nm pada 4,500 rpm. Satria Neo R3 tampil dengan aksesori R3 termasuk spoiler belakang , splitter hadapan, logo R3 hadapan dan belakang, pelindung sisi berwarna titanium dan rim aloi R3 16” untuk gaya yang lebih aggresif. Bahagian dalamannya pula lebih segar dan sporty dengan kerusi semi-bucket R3 kemasan kulit, R3 floor mat, pemain audio 2 DIN multimedia yang diperbaharui dan sistem navigasi GPS.

Selain itu pembeli boleh menaik taraf kereta mereka dengan aksesori pilihan R3 pada harga promosi sehingga hujung tahun ini. Antara yang menarik adalah ECU R3 Satria Neo beserta sistem ekszos pada harga RM2,841, belt dan aluminium pulley R3 berharga RM315 dan set spring R3 berharga RM541. Pelekat sisi dan jalur jeriji hadapan pula dijual pada harga RM140.

Satria Neo R3 didatangkan dengan empat pilihan warna yang menarik iaitu Tranquility Black, Fire Red, GTi Silver dan Canary Yellow yang merupakan warna Satria Neo S2000. Hanya 2 versi ditawarkan iaitu versi Executive Line MT dijual pada RM61,250 dan versi Executive Line AT pula berharga RM64,250. Satria Neo R3 didatangkan dengan jaminan selama tiga tahun atau 100,000km (yang mana terlebih dahulu). Kini tempahannya sudah dibuka dan pembeli boleh membuat tempahan dengan bayaran cuma RM300.00.

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ







 sumber FB Proton
Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2014 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Azelery Published by Shin Chan
Proudly powered by Blogger