Proton Bakal Keluarkan Kereta Sport Rakyat Tahun Hadapan.

 kereta konsep Proton Lekir

Menerusi Buletin Utama segment Auto minggu lepas diberitakan Proton bakal melancarkan “kereta sport rakyat” pada tahun hadapan. Berkemungkinan model ini akan dibangunkan menggunakan platform kereta sport Westfield, jenama yang dimiliki oleh Potenza Sports Cars Ltd yang sebelum ini telah memeterai perjanjian bersama DRB-HICOM.

Model ini merupakan kereta sport dua tempat duduk yang menggunakan enjin 1.6 liter turbo berkemungkin enjin CFE dengan suspensi seperti kereta go-kart. Ia juga akan mempunyai bumbung dan direka sepenuhnya oleh anak tempatan bersama tenaga kerja Westfield yang berpangkalan di UK. 

Model ini juga akan memenuhi piawaian keselamatan yang ditetapkan oleh JPJ dan bakal dijual pada harga yang berpatutan. Difahamkan model ini akan dilancarkan penghujung tahun 2013. DRB-Hicom pernah menyatakan akan mengeluarkan sebuah kereta sport mesra-eko dan mampu dimiliki hasil kerjasama dengan Potenza sebelum memiliki Proton. Mungkinkah Lotus menjadi sebahagian dari projek ini?

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ
 
Share this article :

Catat Ulasan

 
www.azelery.com dahulu dikenali saluran07.blogspot.com
Copyright © 2007-2014 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Azelery Published by Shin Chan
Proudly powered by Blogger