Proton Akan Beli Aset Dan Teknologi Dari Petronas?


Biz.thestar.com.my hari ini melaporkan bahawa Proton bakal membeli aset dan teknologi Petronas Technologies Bhd. Majlis menandatangani perjanjian pengambilalihan tersebut akan dibuat pada selasa dan turut dihadiri oleh Penasihat Proton yang juga Penasihat Petronas Tun Dr Mahathir Mohamad.

Suatu ketika dahulu, terdapat syarikat dari China juga pernah menggunakan enjin EO1 dari Petronas.  Ia sekitar 2005, iaitu Nanjing Automobile Corporation (NAC) dan Brilliant Culture Group (BCG) untuk penggunaan pada kereta keluaran NAC. 

Katanya, usaha sama itu tidak melibatkan sebarang perbelanjaan sebaliknya syarikat petroleum negara hanya melesenkan teknologi Petronas E01 kepada NAC untuk kereta penumpang keluaran syarikat berkenaan.


Sebelum ini juga terdapat desas desus bahawa Proton bakal menggunakan enjin EO1 Petronas. Enjin Petronas lahir pada tahun 1998 selepas tiga tahun penyertaan Petronas dalam dunia formula satu dan dipasang kereta rasmi Petronas Formula 1 Grand Prix pada 1999.

Sama-sama kita tunggu pengumuman rasmi dari Pihak Proton nanti.

Share this article :

Catat Ulasan

 
www.azelery.com dahulu dikenali saluran07.blogspot.com
Copyright © 2007-2014 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Azelery Published by Shin Chan
Proudly powered by Blogger