AES : Perlaksanaan,Keselamatan Dan Keterimaan


Sejak akhir-akhir ini, beberapa kamera AES sekitar Perak dan Selangor rosak akibat perbuatan khianat. Di Perak, dua daripada kamera AES itu terletak di Lebuh Raya Utara-Selatan iaitu di Kilometer 376 Slim River dan Kilometer 205.6 Taiping. Dua lagi kamera yang dirosakkan terletak di Jalan Pasir Putih di Ipoh dan Kilometer 85.5 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur dekat Sungkai. 

Di Selangor pula, kamera AES yang menjadi sasaran adalah di KM 301.6 Lebuh Raya PLUS berhampiran Sungai Besi dan KM 6.6 Lebuh Raya South Klang Valley Expressway. Di luar negara, penggunaan teknologi AES sudah lama diguna pakai, mungkin di Negara ini, AES sesuatu yang sangat baru dengan suasana di sini.

AES mempunyai kelebihan dan juga kelemahan. Apa yang sewajarnya dilakukan adalah pelaksanaan AES mungkin perlu diperbaiki. Sebagai contoh, sistem AES pada waktu malam perlu lebih fleksibel di mana waktu itu kenderaan yang berada di jalan raya kurang berbanding waktu siang.

Pada saya AES mungkin perlu ada, cuma perlu dibaiki kaedah dan cara perlaksanaan supaya selaras dengan perkembangan semasa Negara kita. Kempen kesedaran terhadap keselamatan jalan raya adalah perlu berterusan kerana pengguna jalan raya bukanlah individu yang sama saban hari.

Pengguna jalan raya tidak perlu risau kerana terdapat papan tanda AES sebelum kamera itu terletak. Kesemua AES diletak di lokasi-lokasi maut, namun adakah matlamat kerajaan dapat mengurangkan kadar kemalangan tersebut? sedangkan pengguna merasakan sesetengah lokasi AES tidak sesuai?

Kini pengguna telefon pintar boleh memuat turun aplikasi AES, di mana aplikasi ini boleh memberitahu kedudukan AES. Mungkin anda juga mempunyai pendapat yang lebih bernas? kongsikan di sini.

Share this article :

Catat Ulasan

 
www.azelery.com dahulu dikenali saluran07.blogspot.com
Copyright © 2007-2014 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Azelery Published by Shin Chan
Proudly powered by Blogger