Youngman-Lotus SUV didedahkan?! Rekaan Baharu L5!


Maklumat yang saya terima dari tembok besar China ini pasti yang dinanti-nantikan oleh saya sendiri. Inikah yang dimaksudkan Projek Pembangunan SUV oleh Proton di sana melalui usahama Lotus dan Youngman? Model SUV ini berasaskan model Lotus APX di mana ia sebuah SUV 5+2 tempat duduk.

Model SUV tersebut bakal di pertontonkan pada Beijing Auto Show pada tahun ini. Terdapat ciri-ciri Preve terutama bahagian hadapan dan sisi. Perkembangan terbaru ini menunjukkan Proton begitu komited untuk lebih baik.

Dalam perkembangan lain pula, model Lotus L5 telah diberi sentuhan rupa baru, ia juga dipertontonkan di Beijing Auto Show nanti. Rekaan hadapan telah dikemaskini di mana tiada lagi grill ternganga dan lampu hujung tirus. Lampu hadapan dan bumper rekaan baru telah menampakkan model ini lebih sporty dan sesuai untuk golongan muda. Bahagian belakang tiada apa-apa perubahan selain pertambahan rim sukan yang lebih menarik.
KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

 Youngman Lotus SUV


KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ
New Lotus L5



sumber bagi model SUV: sohu.com
sumber bagi model L5 : sohu.com
Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger