Info Harga & Spesifikasi Proton Prevé!


Boleh dikatakan sangat berbaloi memiliki sebuah kereta sedan mengikut standard global pada harga yang hanya bermula RM59,540! Seperti dalam gambar-gambar di bawah harga yang ditawarkan seperti berikut 

Proton Prevé 1.6 CVT PREMIUM
RM 72,990.00 / Metallic
RM 72,540.00 / Solid

Proton Prevé 1.6 MT EXECUTIVE
RM 59,990.00 / Metallic
RM 59,540.00 / Solid

Proton Prevé 1.6 CVT EXECUTIVE
RM 62,990.00 / Metallic
RM 62,540.00 / Solid

Hasil terbaru Proton ini dibangunkan selama 2 tahun. Ciri-ciri terkini antaranya terdapat lampu posisi LED dan hanya dibuka bila lampu utama dibuka.
Proton mensasarkan keluarga kecil (suami berusia hujung 20-an hingga 40-an) dan juga mereka yang mencari kereta kedua atau menggantikan kereta pertama. Sasaran kedua ialah profesional muda dalam umur pertengahan 20-an yang mahukan sebuah sedan yang sporty. Ia selaras dengan konsep sebuah sedan keluarga yang elegan dan selesa.
Prevé sebenarnya berasal dari perkataan Bahasa Inggeris yang bermaksud “to prove” atau untuk membuktikan. Cara sebutan asal ialah “preev” tetapi Proton telah mengubahnya agar nampak lebih komersil. Cara sebutan Prevé ialah “prae-vae”.
Prevé pada asalnya direka untuk menggantikan model Persona. Namun permintaan pasaran yang masih kuat untuk Persona menyebabkan Proton terpaksa menjual model Persona lagi selepas ini, walaupun speknya akan diturunkan. Bagi pasaran luar, Prevé akan menggantikan Persona dan juga Waja.
Objektif Proton Prevé ialah untuk membawa Proton keluar dari kepompong pasaran tempatan. Oleh itu, kesemua ciri-ciri Prevé lebih ke arah sebuah kenderaan global. Di sini, ia merangkumi rekabentuk, keselesaan, keselamatan, pengendalian, kualiti dan prestasi enjin. Dari segi keselesaaan, Prevé mempunyai kabin yang cukup besar untuk kelasnya (segmen C, sama dengan Toyota Altis, Ford Focus, Honda Civic dan Kia Forte). Ruang kaki belakang ialah yang terbesar di dalam kelasnya (815mm).
Ruang letak barang juga antara yang terluas, 508-liter. Ini mungkin kerana pilihan Proton untuk menggunakan tayar simpanan yang kecil bagi memaksimumkan ruang but. Prevé menggunakan sistem suspensi multilink di belakang, dan bukannya torsion beam namun, ruang but tetap besar dan rata. Prevé juga ialah model Proton pertama yang datang dengan coat-hanger, diletakkan di setiap B-pillar.
Ini ialah kali pertama Proton menghasilkan suspensi belakangnya sendiri (sebelum ini, ia direka oleh Mitsubishi untuk model Waja dan Lotus Engineering untuk model selainnya). Sistem multilink rekaan Proton ini lengkap dengan trailing arm dan coilovers.
Papan pemuka nampak lebih konservatif, dan trim line untuk model CFE nampak lebih menawan dari model IAFM+. Baru untuk Proton ialah sistem audio Double DIN yang datang dengan skrin sentuh dan sistem navigasi. Menggunakan hardware dari Bosch dengan empat speaker, sistem audio ini mudah digunakan dan skrinnya menghasilkan imej yang cantik. Ia juga mempunyai sistem Bluetooth untuk telefon.
Proton akhirnya menambahkan fungsi BCM (Body Control Module) yang diperkenalkan dalam Exora. Diberikan skrin LCD yang besar di antara tolok tachometer dan speedometer, sistem ini dipanggil SID atau Smart Info Display. Ia mirip kepada sistem Multi Info Display di dalam kereta Kia atau Hyundai, namun tidak terdapat di dalam model Honda Civic atau Toyota Altis.
Informasi yang diberikan ialah trip meter, penggunaan minyak, distance to empty (berapa km sebelum tangki kering),bateri kereta dan kunci lemah, amaran mentol terbakar dan sebagainya. Untuk menukar info, cuma tekan butang pada stalk lampu (batang suis di sebelah kanan steering). Selain dari itu, kabin dalam menawarkan ciri-ciri:
- Push/start button (kunci masih perlu dicucuk ke dalam lubangnya, namun kunci Prevé sekarang mirip kepada kunci Kia Forte atau Volkswagen,dengan flip blade dan buatan yang kemas).
- Paddle shifters untuk menggunakan mod transmisi manual 7-kelajuan
- Kerusi dengan fabrik kalis air (seperti pada Honda Jazz atau Accord 2-liter).
- Tingkap Kuasa dengan funsgi anti-trap
- Fungsi auto-fold untuk cermin sisi
- Sensor hujan untuk wiper
- But boleh dibuka ala remote menggunakan kunci.
- Fungsi auto untuk lampu besar dan fungsi Follow-me-Home
- Ruang tempat letak barang yang banyak dan empat tempat menggantung barang (dua coat hanger, satu curry hook di tepi glovebox depan dan satu cangkuk pada batang headrest kerusi penumpang di hadapan)
Prevé pada dasarnya menggunakan platform Exora, namun bahagian depan diubah agar suspensinya lebih compliant dan lebih mantap. Untuk memberikan steering response yang lebih baik, anti-roll bar telah ditukar saiznya agar ia “lembut”. Ini perlu supaya steering angle boleh ditingkatkan dan feedback dapat dirasakan oleh pemandu.
Di jalan berliku, menggunakan mod S pada transmisi CVT ProTronic lebih mengujakan dari menggunakan paddle shifters. Mungkin kerana terlalu banyak “gear” menjadikan pemandu penat menarik paddle. Letak pada mod S dan sudah cukup untuk bersilat dengan Prevé. Turning-in cukup tajam bagi sebuah sedan keluarga dan ekornya stabil mengikut gerak stereng. Brek ketika sedang mengambil sekeloh juga tidak menggangu keseimbangan Prevé.
Untuk pemandu berpengalaman, sistem brek sama pentingnya dengan kebolehan ride and handling. Sistem brek Prevé menggunakan hardware TRW, tetapi sensor dan software untuk ABS dan ESP datang dari Bosch. Hasilnya ialah sistem brek yang linear dan progresif, yang mampu kami gunakan dalam situasi trail braking.
Prevé mempunyai stopping distance (100-0kmh) yang paling dekat – 36.8m berbanding dengan model Kia Forte, Toyota Altis 2.0L, Honda Civic 1.8L dan Ford Focus. Kami cuba membuat brek mengejut di atas garisan lurus dari kelajuan 140km/j dan Prevé mampu berhenti tanpa drama dan dalam keadaan yang sangat stabil. Seperti yang dikatakan, Prevé datang dengan sistem ESP atau Electronic Stability Control. Sebenarnya, Australia telah mewajibkan kesemua kenderaan baru perlu dilengkapi dengan sistem ESP dan oleh kerana Proton memang sudah bertapak di Australia, model Prevé perlu datang dengan ESP.
ESP ialah sistem elektronik yang mengawal stabiliti kenderaan ketika brek mengejut atau ketika tayar hilang cengkaman. Ia seperti pemandu mempunyai empat pedal brek kerana ESP mampu mengawal fungsi setiap brek dengan sendirinya. Cukup penting untuk keselamatan, ESP tidak terdapat dalam banyak model Jepun atau tempatan di bawah harga RM100,000.
Selaind dari ESP, sistem keselamatan lain yang terdapat pada Prevé ialah penggunaan teknology HotPress Forming dalam struktur kenderaan RESS (Reinforced Safety Structure), sistem ABS dengan ESP, brek belakang disk, empat beg udara (depan dan sisi), pre tensioner, active headrest,ISOFIX mounting (untuk kerusi bayi), lampu hazard auto (jika berhenti mengejut dalam kelajuan melebihi 96km/j) dan fungsi auto unlock (pintu akan unlock selepas berlaku pelanggaran).
Prevé juga sebenarnya boleh memuatkan enam beg udara, namun kos menjadi masalah untuk pasaran tempatan. Untuk bakal pemilik, perlu diingatkan dengan adanya beg udara sisi, kemasan kulit pada kerusi perlu dilakukan oleh mereka yang mahir sahaja. Jika tidak, beg udara tidak keluar dan mungkin boleh menyebabkan kecederaan.
Enjin yang digunakan ialah Campro CFE turbo dan Campro IAFM+. Untuk CFE, ia menghasilkan 103kW, sama seperti enjin 2.0L n/a tetapi CFe menghasilkan kadar tork yang lebih tinggi – 205Nm.
Sumber dipetik dari funtastickodesign





klik untuk besarkan imej 






Share this article :

+ comments + 1 comments

Tanpa Nama
10 April 2012 1:37 PTG

x sabar nak tunggu isnin depan..

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger