Volkswagen Polo Direka Bentuk Semula Menjadi Model Proton

[klik untuk besarkan imej]

Volkswagen (VW) dilaporkan akan menggunakan Polo sebagai model untuk tujuan direka bentuk semula menjadi model terbaru Proton. VW juga dikatakan telah menubuhkan sebuah pasukan khas yang diketuai Soh Wei Ming (ketua operasi VW Asia Pasifik) untuk mengenal pasti kemungkinan pemodelan VW Polo sebagai model terbaru keluaran Proton Holdings Berhad.

Harga seunit model VW Polo yang dijual di pasaran tempatan ketika ini ialah RM113,888, namun dengan mengeluarkannya di bawah jenama Proton melalui pemilik barunya DRB-HICOM, ia mampu dijual dengan harga kompetetif di bawah RM70,000.

Awal tahun ini, DRB-HICOM membeli 42.7 % saham Khazanah dalam Proton pada harga RM1.29 bilion atau RM5.50 sesaham. VW dan DRB-HICOM mempunyai hubungan kerja yang kukuh sebagai syarikat Malaysia yang membantu memasang enjin Passat 1.8 liter sedan di kilang di Pekan, Pahang.

Selepas Inspira model dari Mitsubishi Lancer, Kini VW Polo pula bakal jadi model Proton. Apa yang perlu dilaksanakan selepas keluarnya P3-21A ini, saya berpendapat model GSC harus menjadi keutamaan bukannya rebagde model-model jenama lain untuk Proton.

sumber info : Business Times
Share this article :

+ comments + 1 comments

Tanpa Nama
6 Mac 2012 2:02 PTG

saga/wira replacement model.

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger