Perodua Sedan?



SELEPAS 19 tahun menjadi pengeluar kereta kompak, Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA), dijangka memperoleh kebenaran daripada kerajaan untuk mengeluarkan kereta dengan kapasiti enjin lebih tinggi daripada 1.5 liter tidak lama lagi. 

Sumber berkata, kebenaran itu akan diberikan sebaik kerajaan selesai menyemak semula aturan perjanjian yang dimeterai kedua-dua pihak ketika penubuhan PERODUA pada 1993. 

“Di bawah aturan itu, ia antara lain menyatakan PERODUA hanya dibenar mengeluarkan kereta kompak dengan kapasiti enjin di bawah 1.5 liter dan tidak boleh membuat atau memasang kereta dengan kapasiti enjin lebih daripada yang ditetapkan. 

Sumber berkenaan berkata, jika semakan semula aturan perjanjian itu membuahkan hasil positif, PERODUA akan mula memasang dan mengeluarkan kereta dengan kapasiti enjin antara 1.6 liter hingga 1.8 liter, sekali gus menandakan bermulanya penerokaan syarikat itu dalam segmen kereta sedan.

“Pengenalan model baru dengan enjin kapasiti yang lebih besar dijangka dimulakan dengan model prototaip, Bezza yang kali pertama dipertontonkan kepada umum pada Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2010,” katanya. 

Sumber itu bagaimanapun berkata, walaupun PERODUA akan terbabit dalam pengeluaran kereta dengan enjin kapasiti lebih daripada 1.5 liter, ia tidak bermakna tumpuan terhadap pengeluaran kereta kompak dikurangkan. 

Dari segi persiapan, sumber berkenaan berkata, PERODUA dijangka tidak berdepan sebarang masalah bagi mengeluarkan kereta kapasiti enjin yang lebih tinggi hasil sokongan berterusan rakan kongsi teknikalnya iaitu Daihatsu Motor Corporation Ltd (DMC). 

Selain rakan kongsi teknikal, DMC juga adalah satu daripada pemegang saham utama dengan menguasai kepentingan 51 peratus dalam operasi pengeluaran PERODUA. 

Ini bermakna selepas termeterai NAP, Perodua bakal mengorak langkah dengan melancarkan model sedan. Mungkinkah untuk model pertamanya iaitu Bezza akan menggunakan kepakaran Toyota?

dipetik dan diolah semula dari : Bharian
Share this article :

+ comments + 1 comments

15 Februari 2012 2:11 PTG

" Mungkinkah untuk model pertamanya iaitu Bezza akan menggunakan kepakaran Toyota? "
Mungkinkah?! semuanya ini tidak mustahil kerana "Malaysia Boleh" ^_^

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger