Perodua Alza SR Termurah!

 


PERUSAHAAN Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) akan memperkenalkan varian terbaru kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza SR dengan harga jualan lebih rendah sebagai tambahan kepada varian sedia ada dengan tempahan dibuka mulai esok Khamis. 

Antara ciri perbezaan model Alza SR dengan model varian standard ialah penggunaan satu warna bagi papan pemuka serta hiasan dalaman berbanding dua tona, tidak dilengkapi beg udara keselamatan dan sistem brek anti kunci (ABS) serta tidak dilengkapi sistem kawalan audio di stereng. Ciri lain seperti rim sport, sistem kunci penggera keselamatan, sistem audio pemain cakera padat (CD) dan padanan kerusi fabrik masih ditawarkan kepada pembeli dengan pilihan enjin transmisi manual serta automatik. 

Sumber automotif berkata, model Alza SR yang membawa maksud pemanduan bijak (Smart Ride) itu ditawarkan pada harga jualan RM53,013.50 bagi model manual manakala RM56,013.50 bagi automatik dengan pengurangan harga kira-kira RM2,000 lebih. 


Berdasarkan harga jualan dalam laman web rasmi Perodua, harga jualan bagi model Alza 1.5 L varian GX (manual) ialah RM55,503.50 manakala model varian 1.5L EZ (automatik) ialah RM58,503.50. Bagi model versi Advance pula ditawarkan pada harga RM64,203.50 (automatik). 

Difahamkan, pengenalan model Alza SR pada harga cukup berdaya saing berbanding model standard adalah susulan garis panduan baru Bank Negara Malaysia (BNM) yang memerlukan institusi kewangan tempatan membuat penilaian lebih ketat terhadap kemampuan pembayaran balik individu yang memohon mendapatkan pembiayaan, berkuat kuasa 1 Januari lalu. 

Seorang jurujual kereta Perodua ketika dihubungi berkata, pengenalan harga model Alza SR pada harga rendah membolehkan seseorang pembeli mendapat pembiayaan penuh dalam pinjaman kenderaan berbanding kaedah sekarang yang memerlukan seseorang itu menyediakan deposit tinggi.

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

sumber : Harian Metro / Mudah.my / Malaysia Motoring  News

Klik http://www.socialmediaweek.com.my/awards/category.php?id=17 untuk vote saluran07.blogspot.com undian anda amat saya hargai.
Share this article :

+ comments + 5 comments

Tanpa Nama
1 Februari 2012 3:17 PTG

Mpv serba guna yang murah......

Tanpa Nama
1 Februari 2012 4:31 PTG

kalau pembiayaan penuh, bulan2 berapa yerk?

Tanpa Nama
1 Februari 2012 4:32 PTG

alza sr ada juga gear auto. tp kenapa proton x buat model basic dgn gear auto. tentu ramai yg beli. biasanya mpv lebih ramai guna gear auto sebab nak rasa santai bawa famili.

1 Februari 2012 10:16 PTG

murah 2K tp segala aspek keselamatan dibuang.berbaloi ke??

Tanpa Nama
19 Februari 2012 12:05 PG

Brohai thats a good point

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger