Pemenang Ketiga My Proton Make Over Dah Siap!!


Inilah dia hasilnya Iswara sentuhan R3! Kereta milik seorang Software Test Engineer , Norzamzarini Mohd Bajuri, terpilih sebagai pemenang “Very Important PROTON”  Makeover. Norzamzarini yang berusia 35 tahun dari Muar, Johor menjadi pemenang ketiga program ini selepas Sashideran Radha Krishnan. Kereta Proton Iswara Aeroback 1996 ini dibeli secara second-hand pada tahun 1998 dan bakal diberi sentuhan Makeover dari R3.

Warna baru kereta ini bukan lagi merah tetapi warna oren, bersesuaian dengan citarasa beliau yang meminati F1. Segalanya bertemakan warna oren, dari bahagian badan kereta, pintu, tempat duduk dan dashboard! Enjin juga dah diberi nafas baru. Untung sungguh mana-mana individu yang terpilih dalam peraduan ini! bukan sekadar luaran tetapi keseluruhan telah mendapat sentuhan R3 yang diketuai Tengku Djan Ley.

Untuk melihat keseluruhan gambar-gambar dari mula masuk hingga jadi macam ni, sila klik link ini.

klik untuk besarkan imej



sumber : protoncars
Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger