Lotus Mungkin Dijual?


Sebentar tadi saya menonton berita Bisnes di TV1. DRB-Hicom menyatakan mungkin akan menjual Lotus kerana mengalami kerugian sekian lama. Namun katanya ia masih diperingkat awal. Pada pendapat saya, Lotus dibeli bukanlah untuk menjadikan ia satu keuntungan besar berdasarkan nilai wang tetapi Proton telah menggunakan Lotus selama ini untuk mempelajari teknologi yang ada pada Lotus.

Selepas usahasama dengan Mitsubishi berakhir suatu ketika dulu yang tidak membawa apa-apa faedah, Proton telah menggunakan kepakaran yang ada pada Lotus selain menghantar anak-anak Malaysia ke Lotus untuk mempelajari teknologi yang ada pada Lotus. Sejak memiliki Lotus, Proton telah melahirkan beberapa model yang terus dikenali seperti Gen.2 dan Satria Neo. Nama Satria Neo cukup menempah nama di mata dunia melalui arena rali.

Pengenalan enjin Campro tidak dinafikan ada kaitan dengan Lotus.Kita juga tidak lupa dengan Lotus Ride and Handling yang dimiliki di setiap model Proton. Beberapa model baru di masa akan datang seperti P3-21A, P3-22A dan Emas turut di bantu oleh pihak Proton. Begitu juga model SUV yang sedang dibangunkan di China melalui Lotus Youngman. 

Perkongsian modal, tenaga kerja, bahan mentah dan teknologi antara Proton dan Lotus telah membuktikan kedua-dua jenama ini mampu bergerak lebih cepat melalui pelbagai perkara seperti dalam pengeluaran model global, Formula 1, Rally dan sebagainya.

Sesiapa pun nak beli Lotus jika ia dijual semula kerana ia boleh dikatakan jenama lagenda permotoran dunia. Jika ia benar-benar terjadi, sebaiknya tidak dijual ke pihak luar tetapi terus dimiliki oleh rakyat Malaysia seperti NAZA ataupun Caterham.
Share this article :

+ comments + 2 comments

Tanpa Nama
19 Januari 2012 9:43 PG

drb hicom selama ni pun hanya pasang dan jual kenderaan sahaja. mungkin mereka belum nampak sejauh mana kepentingan lotus pada proton. lotus pun dah dpt pinjaman bank tempatan, beberapa tahun lagi dptlah balik modal dan x rugi lg. drb hicom boleh gunakan lotus sebagai platform proton di eropah.

Tanpa Nama
7 Februari 2012 4:48 PG

nk untung segera nak untung lg besar lg banyak jgn jual

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger