DRB-Hicom Rombak Pengurusan Kanan Proton


DRB-Hicom Bhd akan melakukan rombakan kepada kumpulan pengurusan kanan dan ahli lembaga pengarah Proton Holdings Bhd, dengan melantik beberapa muka baru ke dalam syarikat pengeluar kereta nasional itu dalam tempoh dua bulan ini. pengurusan kanan utama yang dijangka akan digantikan, termasuk Pengerusi Proton Holdings, Datuk Seri Mohd Nadzmi Mohd Salleh dan Pengarah Urusannya, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir. 

 Kemungkinan calon yang bakal menggantikan Mohd Nadzmi ialah Datuk Nik Hamdan Nik Hassan, yang kini adalah Pengarah Automotif Kumpulan DRB-Hicom. Calon utama yang disebut-sebut bagi menggantikan tempat Syed Zainal pula ialah Datuk Lukman Ibrahim, yang kini adalah Ketua Pegawai Operasi DRB-Hicom. 

Nik Hamdam pada 1987 dipinjamkan ke Proton Holdings daripada Hicom Bhd bagi menguruskan bahagian Unit Perancangan Produk, khususnya dalam memperkenalkan rangkaian produk baru, manakala Lukman pernah berkhidmat di Proton Holdings selama 17 tahun. Namun, sumber itu berkata, rombakan berkenaan ialah perkiraan awal DRB-Hicom dan masih belum dimuktamadkan kerana ia tertakluk kepada terma kontrak jawatan individu yang terbabit, selain memerlukan kelulusan Lembaga Pengarahnya. 

Melihat keadaan semasa, terdapat perubahan strategi dalam Proton selepas ni. Walaupun ia amalan tradisi dunia koprat apabila pengambilalihan berlaku, saya berpendapat peneraju Syed Zainal harus dikekalkan untuk mengekalkan momentum Proton pada ketika ini yang sedang naik. Saya juga berharap Proton tidak menjadi sebagai pengeluar rebadge atau sekadar pemasang jenama luar yang berada di bawah DRB, perubahan mudah yang harus dilihat adalah kualiti produk yang sering dipertikaikan. - sumber : Berita Harian

* Tun Mahathir tolong jawab sikit mengenai hal ini..

Saya juga ingin meminta jasa baik pengunjung blog ini untuk vote blog saya di Social Media Awards 2012 di kategori Best Auto Blog. Klik http://www.socialmediaweek.com.my/awards/category.php?id=17 untuk vote saluran07.blogspot.com undian anda amat saya hargai.
Share this article :

Catat Ulasan

 
www.azelery.com dahulu dikenali saluran07.blogspot.com
Copyright © 2007-2014 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Azelery Published by Shin Chan
Proudly powered by Blogger