Interior P3-21A! Cukup Panas!


Yang dinanti-nantikan dah tiba! Akhirnya dapat juga tengok interior P3-21A terutama bahagian dashboard. Menurut paultan.org, 3 model test unit ini dijumpai oleh pembaca Daud di tempat letak kereta Genting Sempah.

Perubahan amat ketara dalam rekaan dashboard nampak mewah & lebih cenderung kepada gaya rekaan Eropah. Kita boleh lihat ada push start button, paddle shifter & steering wheel yang sama dengan Exora, namun sedikit berlainan pada susunan butang. Tombol gear CVT cukup mengujakan ditambah pula meter panel ada berlatar belakangkan merah. 

Logo pada steering wheel masih ditampal. Adakah terdapat sesuatu yang menarik berbanding model-model Proton sebelum ini? atau telah dibuat chrome yang akan memberi ciri-ciri sporty dan mewah? Rekaan rim juga jelas kelihatan, dan rasa tidak sabar untuk melihat model sebenar semakin meluap-luap rasanya.

KLIK PADA GAMBAR UNTUK BESAR





7 comments

Pemenang Ketiga Makeover Dari R3!


Seorangt lagi pemenang program makeover oleh Proton. Kereta milik seorang Software Test Engineer , Norzamzarini Mohd Bajuri, bakal menerima Makeover dari R3 setelah terpilih sebagai pemenang “Very Important PROTON”  Makeover. Norzamzarini yang berusia 35 tahun dari Muar, Johor menjadi pemenang ketiga program ini selepas Sashideran Radha Krishnan. Kereta Proton Iswara Aeroback 1996 ini dibeli secara second-hand pada tahun 1998 dan bakal diberi sentuhan Makeover dari R3.
Norzamzarini juga seorang peminat F1 dan amat meminati lagenda F1, Michael Schumacher. Banyak pengalaman manis beliau bersama dengan kereta kesayangannya ini & tambah menggembirakan beliau baru sahaja menimang cahaya matanya yang ke-4, Nur Mawaddah pada minggu lepas.

Beliau dijangka menerima kereta “versi barunya” pada bulan Januari 2012. Pastinya team R3 yang diketuai Tengku Djan Ley bakal memberikan sentuhan terbaiknya untuk Proton Iswara Aeroback ini. Kita nantikan hasilnya nanti. Beberapa model makeover sebelum ini anda semua boleh lihat di sudut R3 di sebelah bawah kiri blog saya.


0 comments

P3-21A ditemui lagi!

video

Sekali lagi P3-21A ditemui. Kali ini ia dirakamkan oleh Pak Teh dan kenderaan ini diikuti oleh sebuah Proton Inspira Hitam di Lebuhraya NKVE dan diuploadkan di youtube. Ini menunjukkan kemungkinan besar 90% model ini siap sepenuhnya. Apa yang menarik sekali ialah daya pickup cukup luar biasa kerana model ini boleh memecut dan memintas kenderaan di hadapan sekelip mata. Kita juga dapat melihat rekaan dashboard yang lebih jelas namun masih dilindungi. Mungkin model ini menjadi titik tolak cukup besar bagi Proton untuk bersaing di peringkat global. Syabas dan tahniah Proton.


0 comments

Kenderaan Konsep Global Lotus - Penunjuk untuk Lotus City Car?

  
Lotus Engineering mendedahkan satu rekaan terbaru supermini padat yang direka lebih efektif dari segi reka bentuk serta kurang pelepasan CO2. Projek ini telah dijalankan oleh Lotus Engineering Amerika Utara di bawah dana Majlis Antarabangsa mengenai Pengangkutan Bersih.

Apa yang uniknya, kedudukan pemandu di tengah, dua tempat duduk kedua sedikit di belakang pemandu dan kerusi keempat sedikit di belakang penumpang baris kedua, betul-betul di tengah. Penyelesaian ini membolehkan tempat duduk sekali-sekala empat, atau sebagai ruang bagasi yang berjumlah 255L.  
 
Pertindihan penumpang dan bagasi membolehkan hanya 3100 mm panjang, 1.420 mm tinggi dan 2.240 mm jarak roda. Untuk mengurangkan keluasan hadapan dalam usaha kecekapan aerodinamik (Cd 0,19), dan untuk menjimatkan lagi ruang, tayar (155/80 R13) telah dipasang sangkut. Bukan sahaja penyelesaian ini mengurangkan keluasan hadapan, ia juga meningkatkan kestabilan Penjejakan.
 
Konsep yang telah ditetapkan dengan kuasa 600cc dengan 50bhp dilengkapi elemen reka bentuk kritikal untuk jenis kereta kecil padat di dalam bandar. Kelebihan lain dapat dilihat dari segi dinamik kenderaan. Bahan material berkualiti tinggi digunakan untuk membendung berat iaitu keluli kekuatan tinggi, aluminium, magnesium dan komposit yang diketengahkan di dalam komponen-komponen struktur, menjadikan berat badan kepada 521kg.
 
Paling penting Lotus City  Car begitu berkaitan dengan model Proton baru pada masa akan datang iaitu EMAS. Begitu juga dengan projek GSC(Global Small Car) dikatakan dibangunkan dengan kerjasama rakan kongsi Proton iaitu Mitsubishi, dan mungkinkah ia berkongsi komponen utama dengan Mitsubishi Colt baru atau i miev?
 
 
 


0 comments

Exora Bold Update Brochure!


Info yang saya perolehi melalui paultan.org iaitu mengenai brochure Exora Bold terkini. Kod di bahagian bawah mempunyai kod "161211REV3" mungkin bermaksud seperti tarikh kelulusan atau cetakan 16-12-2011, "REV" membawa maksud semakan, dan 3 untuk kali ketiga mungkin, Jadi di manakah perbezaannya? ia adalah angka pecutan 0-100 km/h. Dalam risalah sebelum ini, CVT Premium (Campro CFE) 000-100 dalam 13.3 saat, Eksekutif AT (Campro CPS) dalam 15.7 saat dan varian manual  pada 13.1 saat. 

Dalam risalah yang baru, seperti yang anda boleh lihat di sini, Bold turbocharged adalah 11.3 saat, dua saat lebih cepat . CPS + varian 4AT 15.5 saat dan CPS + 5MT 12.9 saat dan 11.3 saat untuk CFE 1.486 kg.
 
Perubahan-perubahan lain termasuk penghapusan berturut-turut Bore X Stroke menyeluruh (76 X 86 untuk CFE) dan nisbah mampatan untuk CFE, iaitu 8.9:1, tidak 10.0:1 sebagai satu CPS. Kapasiti tangki bahan api telah diturunkan daripada 60 liter ke 55 liter. Kelajuan tertinggi dan "Penggunaan Bahan Api @ 90 km / h" data kekal tidak berubah. KLIK PADA GAMBAR UNTUK BESAR

risalah sebelum ini
 
1 comments

Inspirasi Rakyat Malaysia : Proton Zaara


Beberapa hari lalu saya ada menerima sekeping gambar yang cukup menarik dari saudara Rosdi Haji Osman. Apa yang ingin beliau kongsikan adalah suatu inspirasi dan cetusan idea yang mungkin pihak Proton boleh ambil kira. Dengan rekaan sebegini sudah pasti model ini sebuah kereta super mini dengan prestasi yang cukup tinggi.

Sudah banyak cetusan idea yang diluahkan oleh ramai rakyat Malaysia. Pada pendapat saya, Proton perlu tahu ini adalah kemahuan dan permintaan mengenai sebuah kereta. Jika diilhamkan kepada sebuah model prototaip saiz sebenar dengan beberapa ubahsuai, nescaya Proton Zaara rekaan saudara Rosdi Haji Osman sangat menarik. Syabas saya ucapkan mengenai rekaan beliau ini.
0 comments

P3-21A di Klang Valley dan Pedas



Menurut sumber dari Paultan.org, P3-21A ini dijumpai berhampiran sekitar Klang Valley dan sekitar Pedas (waktu hujan). Nampaknya jenama Proton terus meniti bibir dan mata rakyat Malaysia kerana hampir setiap bulan akan keluar model baru. KLIK PADA GAMBAR UNTUK BESAR





1 comments

Akhirnya SAAB Automobile Tersungkur..


Selepas lebih 60 tahun SAAB Automobile dalam perniagaan akhirnya diisytihar bankrap, walaupun ada cubaan terakhir oleh pelabur Cina Zhejiang Youngman Lotus Automobil tidak menjadi kerana cuba disekat oleh bekas pemilik dan pemegang lesen utama General Motors. Pembuat kenderaan Sweden itu, yang tidak membuat apa-apa kenderaan sejak April, memfailkan untuk muflis dan mahkamah meluluskan permohonan kebankrapan.
 
Pemilik Saab berkata dalam satu kenyataan, pembiayaan untuk meneruskan dan menyempurnakan penyusunan semula Saab Automobil tidak boleh dilaksanakan Youngman. Youngman Lotus, sebuah usahasama antara Lotus Engineering dan Youngman Auto. Jika pengambilalihan tersebut berlaku, maka manfaat yang cukup baik bagi Proton kerana teknologi dalam SAAB itu sendiri. Mungkin pengembangan teknologi Proton mampu lebih cepat dari sekarang.

Jika diukur pencapaian, SAAB pernah dapat Top 10 WORLD'S BEST ENGINE in the world pada tahun 1995, 1996 dalam majalah Ward's AutoWorld magazine. Pada tahun 1976, SAAB adalah syarikat pertama di dunia yang buat teknologi enjin TURBO. Pada tahun 1979 Stig Blomqvist menang Rally Sweden dengan kereta TURBO Saab 99. Kereta turbocharged di dunia yang menang World Rally Championship (WRC). Pelbagai teknologi enjin terutama sistem TURBO telah SAAB buat setakat ini dan amat terkenal dengan sistem TURBO yang paling maju di dunia. SAAB juga maju dalam teknologi enjin, kapal terbang. KLIK PADA GAMBAR UNTUK BESAR


 
2 comments

DAIHATSU MIRA e:S PERODUA VIVA MASA DEPAN?


Daihatsu telah memperkenalkan model Mira e:S di Jepun. Ia model berteraskan model konsep tiga pintu yang diperkenalkan dua tahun yang lalu dalam bentuk lima pintu dengan empat varian tahap (G, X, L dan D)

Semua versi memakai tiga silinder berkembar 658 cc, yang menawarkan 52 PS pada 6.800 rpm dan 60 Nm pada 5200 rpm, untuk transmisi CVT bagi versi 2WD mod baru JC08 dengan ujian kitaran 30km seliter hampir setaraf teknologi hybrid.

Ciri-ciri pada kenderaan 730 kg (790 kg bagi versi 4WD), 60 kg lebih ringan daripada Mira lama dan semua model memakai roda 14 inci dan tayar bersaiz 155/65.

Sebelum ini juga, kita melihat model terbaru Daihatsu yang kini adalah model pengganti Myvi 2011. Jadi mungkin tidak mustahil juga model Mira e:S akan menggantikan model Viva sedia ada. KLIK PADA GAMBAR UNTUK BESAR






1 comments

Pertandingan Rekacipta dan Inovasi Proton 2011


Seperti tahun lepas Proton telah menganjurkan pertandingan Rekacipta dan Inovasi Proton. Pada tahun ini pula, Pertandingan Rekacipta dan Inovasi Proton 2011 bertemakan ‘Compact Car’. Ia telah diadakan di Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang, Johor sempena Karnival Komuniti Pasir Gudang 2011 yang berlangsung pada tarikh 17 & 18 Disember 2011. 

Juara pertandingan kali ini juga merupakan juara pada tahun lepas dengan temanya adalah ‘Green Car’. Setiap pasukan yang menyertai pertandingan tersebut terdiri dari lapan orang Jurutera Proton sendiri dan mereka diberikan pembiayaan kos sebanyak RM8,000.00. Setiap pasukan hanya diberikan tempoh 6 bulan untuk menyiapkan rekecipta mereka, dengan pembuatan kereta adalah selepas waktu bekerja. 

Sebanyak 20 pasukan telah menyertai pertandingan kali ini, namun tidak semua pasukan menyertai pameran di Pasir Gudang baru-baru ini. Antara ciptaan yang paling menarik perhatian kali ini rasanya sudah tentu kereta oren daripada Team Acid seperti dalam gambar di atas, profail sisi dan belakangnya memang hebat.

Syabas saya ucapkan kepada yang telah menyertai tetapi saya tidak tahu sapa pula para pemenangnya. Kepada Proton, bila lagi nak datang utara. asyik sebelah selatan je. KLIK PADA GAMBAR UNTUK BESAR

 
 

1 comments
 
www.azelery.com dahulu dikenali saluran07.blogspot.com
Copyright © 2007-2014 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Azelery Published by Shin Chan
Proudly powered by Blogger