Proton Saga FLX SE dilancarkan - OTR RM49, 899!

(klik pada semua gambar untuk besar)

Proton telah mengumumkan pengenalan Saga FLX SE, info ini diperolehi melalui paultan.org menerusi pelancaran pratonton pada minggu lepas.
 
Bolehlah dikatakan berbaloi dimiliki kerana ia dilengkapi Campro IAFM 1.6 liter dan dilengkapi CVT berada pada harga RM49, 899 (metalik) dan RM49, 449 (solid ). Terdapat hanya dua warna, fire red seperti yang dilihat dalam gambar (metalik), dan Putih solid.

Berharga lebih RM2, 900 berbanding Saga FL 1.6 liter automatik, Saga FLX SE mempunyai lapan bahagian luar dan tiga perubahan dalaman. Ia dilengkapi dengan roda aloi 15-inci, lengkap dipasang body kit kelabu, lampu kabus dan kombinasi lampu kabus pada bahagian belakang.
 
Sementara itu, dengan kuasa 108 hp dan 150 Nm bahagian dalaman bercirikan kulit di kerusi, stereng, hiasan pintu serta brek tangan dan tuil gearshift.

Syarikat itu berharap dapat memasarkan kira-kira 500 unit Saga FLX SE sebulan. Pelanggan yang telah menempah Saga dan masih menunggu kereta mereka diserahkan boleh memilih untuk menukar tempahan SE FLX di bilik pameran masing-masing di mana tempahan dibuat.

Jika anda ingin melihat Saga FLX SE, ia hanya akan berada di semua bilik pameran Proton mulai 1 Disember.
 


 
 
0 comments

P3-21A, Saga FLX SE, Inspira R3, Exora Bold & Prime di Buletin Utama!!


Siapa yang tengok Buletin Utama malam tadi mungkin berkesempatan lihat berita ni. Tapi kepada yang tidak sempat saya bawakan dua gambar yang menunjukkan sedikit preview daripada Proton! Kelihatan model global Proton iaitu P3-21A didatangkan dengan versi sedan dan hatchback. Rekaan P3-21A jauh berbeza dengan model-model Proton sebelum ini di mana styling bercirikan seakan asian kacukan eropah.

Gambar di bawah pula menunjukkan beberapa model baru yang akan dilancarkan iaitu, Saga FLX SE 1.6 sekitar disember 2011, Inspira R3(model R3 sebenar kot..) sekitar bulan februari 2012, Exora BOLD dan Prime pada januari 2012 dan P3-21A pada bulan mac 2012.

Proton juga menyatakan  keuntungan menyusut ekoran pemulihan Lotus, tapi pendapat saya ia kerugian sementara kerana modal keluar untuk menaikkan semula Lotus. Mungkin dalam tiga hingga lima tahun akan datang, Proton dan Lotus mencatat keuntungan besar ekoran pengenalan model global dimulai P3-21A dan seterusnya Proton Emas dan Lotus City Car (Ethos) dijangka mendapat sambutan hangat. Syabas Proton semoga anda terus menempa nama di persada dunia!

beberapa model akan dilancarkan mulai Disember ini
Exora Prime
1 comments

Proton Saga FLX SE 1.6!!


Gambar yang dikirimkan kepada saya ini oleh seseorang menunjukkan model ini tidak lama lagi akan berada di showroom Proton berhampiran. Beberapa hari lalu pun saya juga terserempak dengan lori yang membawa model ini namun tidak sempat dirakamkan untuk kali ini. Model SE ini didatangkan dengan dua warna fire red dan solid white sekitar RM49000. Dijangka akan dilancarkan pada bulan Disember ini. (klik pada gambar untuk paparan lebih besar)




0 comments

Saga FLX SE 1.6 with cvt

 

Dah beberapa blog automotif tanahair mula memperkatakan mengenai Saga FLX SE ini, ia dijangkakan bakal dilancar pada 26 November ini.Jom tengok gambar.


1 comments

Pengeluaran Satria Neo Tidak Dihentikan


Proton MD mengetepikan khabar angin yang mengatakan Satria Neo sudah dihentikan pengeluarannya oleh beberapa pihak dengan membuat kenyataan rasmi yang dilaporkan oleh star-motoring. Menurut beliau, pengeluaran Satria Neo akan dipindahkan dari Tanjung Malim ke Shah Alam dan bukan dihentikan. 

Buat masa ini hanya Savvy sahaja yang sudah dihentikan dan Gen2 juga akan dipindahkan ke Iran. Beliau juga amat berbangga dengan kejayaan Satria Neo S2000 yang memenangi 4 dari 6 pusingan rali APRC dan berjaya mengalahkan Mitsubishi Lancer Evolution serta Subaru Impreza WRX. Beliau turut menyatakan Satria Neo Edisi Khas sempena kemenangan tersebut, berwarna kuning yang mempunyai beberapa DNA S2000 akan menyusul pada suku pertama 2012.

Syed Zainal bagaimanapun berkata bahawa syarikat itu telah memutuskan untuk tidak meneruskan penjualan hatchback Savvy, yang diperkenalkan pada bulan Jun 2005, dan juga secara berperingkat-peringkat model Gen.2 dari pasaran domestik.

 
0 comments

Tol kekal hingga 2015


KUALA LUMPUR 16 Nov. – Pemerolehan aset dan liabiliti PLUS Expressways Bhd (PEB) oleh UEM Group Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan memberi laluan kepada kadar tol yang lebih baik kepada pengguna dan penjimatan RM6.5 bilion bagi kerajaan.

UEM Group dan KWSP hari ini mengumumkan yang mereka bersetuju untuk menyemak semula terma perjanjian konsesi tol dengan kerajaan, di mana tiada kenaikan tol di empat lebuh raya sehingga 2015 dan kerajaan tidak akan membuat sebarang pembayaran ganti rugi.

Pengarah Urusan yang juga Ketua Pegawai Eksekutif UEM Group, Datuk Izzaddin Idris berkata, empat lebuh raya berkenaan adalah Lebuh raya Utara Selatan (PLUS), Lebuh raya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE), Lebuh raya Link Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua) dan Lebuh raya Butterworth-Kulim (BKE).

Beliau berkata, mulai 2016, kenaikan kadar tol di empat lebuh raya ini akan ditetapkan pada lima peratus setiap tiga tahun manakala Jambatan Pulau Pinang akan kekal sebagaimana bayaran semasa sehingga akhir tempoh konsesi.

Pada masa ini, kenaikan tol adalah PLUS (10 peratus setiap tiga tahun); ELITE (10 peratus setiap tiga tahun); Linkedua (25 peratus setiap lima tahun); BKE (15-25 peratus setiap lima tahun); dan Jambatan Pulau Pinang (10 peratus setiap lima tahun).

Pada taklimat media dan sidang akhbar mengenai cadangan pemerolehan itu di sini hari ini, Izzaddin berkata, PEB juga akan mengecualikan RM2.9 bilion dalam baki ganti rugi tertunggak semasa dan pembekuan kenaikan tol sehingga 2015, yang akan sebaliknya menyebabkan kerajaan menanggung RM3.6 bilion.

Pembekuan kenaikan tol diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tahun lepas.

Tiada lanjutan tempoh konsesi bagi PLUS dan Linkedua yang akan berakhir pada Disember 2038, kata beliau.

Bagaimanapun, tempoh konsesi bagi ELITE, BKE dan Jambatan Pulau Pinang akan dilanjutkan kepada Disember 2038.

Tarikh tamat tempoh semasa ialah - ELITE (31 Mei 2030); BKE (27 Jun 2026); dan Jambatan Pulau Pinang (31 Dis. 2021).

Beliau berkata UEM dan KWSP juga dijangka menyelesaikan pemerolehan dan pemegang saham minoriti PEB akan menerima pembayaran mereka pada 31 Disember tahun ini.

Apabila selesai kelak, UEM akan memiliki 51 peratus perantara tujuan khas untuk pemerolehan berkenaan, PLUS Malaysia, manakala KWSP 49 peratus. – BERNAMA
0 comments

Exora BOLD muncul juga!!!


Kalau dari dulu design macam ni kan bagus.. menurut blog funtastickodesign, Exora ini bakal dikenali sebagai Exora BOLD. Dikhabarkan menggunakan enjin CFE dengan CVT. Selain BOLD ada lagi versi PRIME melengkapi barisan variant Exora FL ini nanti. Exora ini sedang berbaris untuk naik lori katanya, ada kemungkinan ia dilancarkan dengan Saga FLX 1.6 SE. Sepertimana yang dimaklumkansebelum ini, orang Proton kata Proton akan melancarkan model yang dipertingkatkan..
3 comments

Adakah P3-21A?


Akhirnya.. gambar ini diperoleh dari forum Lowyat, memungkinkan ini adalah final design P3-21A. Gambar ini pun seolah-olah diambil dengan tergesa-gesa. Jika dibandingkan dengan model konsep Tuah, bumper hadapan Tuah lebih menarik. Saya pasti rekaan model ini memenuhi kemahuan semua pengguna luar dan dalam negara jika diperhatikan ciri-ciri rekaannya. Seperti yang kita lihat sebelum ini, model Saga FLX mungkin nampak biasa melalui gambar tetapi jika dilihat secara bertentang mata nyata ia lebih baik. Model Saga FLX 1.6 SE yang kita lihat semalam nampaknya mampu memberi saingan dengan pesaing lain.
10 comments

Saga FLX SE 1.6


Info ini cukup menarik untuk saya kongsikan dengan anda. Mungkin tidak lama lagi apa yang dinanti-nantikan oleh semua peminat Saga akan muncul. Gambar ini diperoleh melalui funtastickodesign. Mungkinkah ini yang dimaksudkan Saga FLX Se 1.6?

Rekaan yang cukup menarik, rim sukan 15 inci, warna yang cukup menampilkan ciri-ciri sporty. bodykit seperti warna gold brown cukup membuatkan Saga FLX ini menambat hati anda.

 
 kredit to : cbt.com.my
3 comments

Toyota Avanza & Daihatsu Xenia dilancarkan di Indonesia!


Akhirnya Toyota Avanza 2012 dilancarkan di Indonesia semalam. Ia dilancarkan serentak dengan model Daihatsu Xenia. Jika diikutkan sebelum ini, model Toyota Avanza akan mempunyai cc lebih besar iaitu 1.5 manakala Xenia adalah 1.3, Maklumat lebih lengkap tidak pula saya perolehi. Indonesia merupakan pasaran MPV antara yang terbesar di asia tenggara. Saya akan update kemudian.


2 comments

Exora Reev Juara Keseluruhan!!


LONDON: Kecemerlangan kereta Exora Range-Extender Electric Vehicle (REEV) sebagai kereta "terbaik keseluruhan REEV" dengan satu lagi keluaran kenderaan automotif berkelas dunia di Cabaran Kereta Masa Depan London, Brighton 2011, menjadi bukti standard dan keupayaan PROTON di dalam bidang itu.

Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, berkata kejayaan yang mengejutkan selepas REEV Exora diumumkan sebagai Kenderaan E-Rev Terbaik pada tahun lalu tidak melekakan PROTON untuk mencapai kejayaan pada tahun ini.
Pada 5 November, REEV Exora diumumkan sebagai pemenang bersama dengan Toyota Prius 2012 hibrid plug-in petrol sebagai Kenderaan Extender Range/Hibrid Plug-in Keseluruhan Terbaik dan Kereta Prototaip Pelbagai Guna Paling Efisien Tenaga pada majlis makan malam penyampaian anugerah itu.
Cabaran kereta masa depan itu dihoskan oleh Kelab Automobil Diraya Britain (RAC).

"Kejayaan sekali lagi tahun ini REEV Exora dan ditambah penerimaan dua lagi anugerah adalah kejayaan cemerlang sebenar PROTON," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau sangat bangga dengan kemunculan sulung Persona Elegance REEV di depan orang ramai di pertandingan itu, juga sebagai satu keupayaan PROTON memasang kenderaan berteknologi hijau tanpa bantuan yang biasa dihulurkan oleh rakan teknikal, Frazer-Nash Research Limited.

"Ia melambangkan keberkesanan pemindahan teknologi kepada jurutera kami sebagai salah satu manfaat kerjasama strategik itu."
Syed Zainal turut berterima kasih kepada pasukan jurutera dan pemandu PROTON dan Frazer-Nash terhadap komitmen dan dedikasi mereka di dalam pembangunan kenderaan Teknologi Hijau PROTON.

"Saya percaya mereka bekerja keras untuk mencapai kejayaan ini dan mereka berhak mendapat pengiktirafan itu. Mereka berjaya membuat PROTON dan rakyat Malaysia merasa bangga."

"Kami merasa rendah diri terhadap kejayaan ini," katanya.

Beliau berterima kasih kepada kerajaan Malaysia terhadap sokongan dan kepercayaan di dalam Program Ujian Kumpulan Kenderaan Yang Banyak sekali gus membantu perkembangan PROTON di dalam bidang ini.

Hasil kejayaan itu, PROTON akan menjadi lebih berazam di dalam komitmennya untuk menjadi lebih baik dan di dalam usahanya untuk terus relevan pada lanskap industri automotif global yang sentiasa berubah-ubah, katanya. - BERNAMA 



0 comments

Proton Juara Keseluruhan Kategori Pemandu Dan Pengeluar Rali APRC


Proton akhirnya muncul juara berganda keseluruhan rali APRC untuk kategori pengeluar dan pemandu setelah menduduki tempat pertama dan ketiga pada Rali China. Alistair McRae menduduki tempat pertama manakala rakan sepasukannya iaitu Chris Atkinson menduduki tempat ketiga sekaligus memboleh Proton mendapat tempat pertama dan kedua keseluruhan bagi kategori pemandu. 

Berikut adalah keputusan penuh rali China. 1. Alistair McRae (Proton Satria Neo S2000) 3’00:38, 2. Jari Ketomaa (Mitsubishi Lancer Evo X) 3’01:52, 3. Chris Atkinson (Proton Satria Neo S2000) 3’02:17, 4. Mark Higgins (Mitsubishi Lancer Evo IX) 3’06:24, 5. Wei Hongjie (Mitsubishi Lancer Evo IX) 3’13:12, 6. Rifat Sungkar (Mitsubishi Lancer Evo IX) 3’14:24, 7. Yuya Sumiyama (Mitsubishi Lancer Evo X) 3’14:43, 8.Li Wei (Subaru Imprexa WRX) 3’16:40,9. Han Han (Subaru Imprexa WRX)3’16:41, 10. Pang Jiangdong (Mitsubishi CT9A) 3’20:28.2 

Akhirnya Proton telah membuktikan mereka mampu bersaing dengan nama besar lain seperti Mitsubishi dan Subaru dalam arena rali antarabangsa. Satria Neo S2000 yang menggunakan enjin Waja 1.8l yang dipertingkat memang sebuah kereta yang hebat. 

sumber dipetik dari : sembang-auto
0 comments

SUV Youngman lagi!!!


Dari beberapa sudut, ia jelas Youngman menggunakan Lotus APX/Proton MSX. Model ini diberi Facelift supaya sesuai dengan masa kini memandangkan model konsep APX tersebut sudah lama. Dikatakan juga menerusi laman web dari China itu, SUV ini 7 seater 3 row. Proton memainkan peranan penting dalam menghasilkan SUV ini.



0 comments

Proton Exora FL Yang Lebih Jelas!



Exora FL kali ini ditemui lagi. Kali ini lebih jelas. Luar dan dalam kita dapat lihat di mana interior yang lebih kemas, dan bahagian hadapan di bumper jelas ianya menggunakan turbo. Namun apakah yang masih tersembunyi disebalik tape hitam di bahagian belakang? Jom tengok!!


0 comments

Model P3-21A Bukan Pengganti Proton Persona


Model baru yang akan diperkenalkan pengeluar kereta nasional, Proton Holdings Bhd, tahun depan bukan untuk mengantikan model Proton Persona, kata Pengarah Urusan Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir hari ini.

Katanya, model baru itu, yang buat sementara ini dikenali sebagai "P3-21A" adalah kereta baru, dengan rekabentuk baru dan tidak membawa rekabentuk daripada Persona langsung.
  
Direkabentuk bagi memenuhi keperluan perundangan semua kemungkinan pasaran, model bertaraf dunia itu akan dikuasai oleh enjin turbo Campro, kata beliau kepada pemberita.
  
Syed Zainal Abidin berkata model baharu itu juga merupakan satu daripada dua model yang akan dikeluarkan di China sebagai sebahagian kerjasama Proton dengan Hawtai Motor Group Ltd yang berpangkalan di Beijing.
  
Model lain ialah Proton Exora.
  
Proton baru-baru ini menandatangani memorandum persefahaman dengan Hawtai Motor bagi kerjasama produk.
  
Syed Zainal Abidin berkata perjanjian tetap akan dirundingkan pada Disember.
  
"Saya baru bertemu wakil Hawtai bagi membincangkan struktur asas mengenai siapa yang akan menjadi Ketua Pegawai Eksekutif, berapa ramai dari Proton akan berpangkalan di sini, jenis produk (akan dikeluarkan di sini), penggayaan perlu dilaksanakan di sini dan sumber mesti dilakukan di sini.
  
"Saya teruja mengenai hal ini, lembaga pengarah teruja mengenainya. Saya yakin ini akan mengurangkan pelaburan yang Proton perlu buat dalam usaha memperluaskan perniagaan kami.
  
"Perolehan kami juga bukan hanya datang daripada penjualan kereta tetapi juga daripada kejuruteraan dan pelesenan dan yang lebih penting, kami kini secara tidak langsung berada di pasaran terbesar dunia, tetapi kami tidak perlu melabur sebilion dolar untuk berbuat demikian.
  
"Ini merupakan pendekatan lebih strategik dan akan berjalan lancar. Mereka memerlukan kami dan kami memerlukan mereka. Ini merupakan hubungan di mana kedua-dua pihak akan menang, kami tidak mengeksploit sesiapa," katanya.
  
Antara isu yang dibincangkan ialah penjenamaan untuk pasaran domestik, yang merupakan Hawtai, tetapi untuk pasaran eksport, ia akan membawa jenama Proton.
  
Proton juga menguji enjin diesel 5 pematuhan Euro Hawtai di keretanya.
  
"Ini merupakan hubungan simbiotik bagi kedua-dua pihak. Banyak perkara yang perlu dilakukan, ia memerlukan banyak pelaburan daripada kami juga," katanya.
  
- Bernama
0 comments

Exora Warna Emas Ditemui Di Kuala Kangsar!!


Spyshot ini berjaya dirakamkan oleh saudara Shah Azril tengah hari tadi. Sebuah model Exora Turbo berwarna emas (gold) sedang dipandu uji dikesan di Lebuh Raya PLUS dari naik ke terowong menora menghala ke utara kemudiannya keluar melalui tol Kuala Kangsar dan menghala ke sg siput.

Jika dilihat pada gambar yang diberikan, Exora ini menggunakan lampu belakang jenis smoke lamp dan tertera emblem yang masih dirahsiakan kerana masih berpelekat hitam. Kelihatan juga tape hitam turut kurang pada bumper. Spyshot sebelum ini, menunjukkan Exora warna emas ini hanya menggunakan lampu belakang biasa. 

Mungkin juga Exora ini sedang dipandu uji untuk test oil consumption kerana laluan di lebuh raya di negeri Perak adalah berjarak panjang dan berbukit. Dan apakah yang mungkin tertulis pada emblem Exora ini?


0 comments

PERUBAHAN NAMA UNTUK LOTUS, RENAULT DAN VIRGIN RACING


Untuk musim akan datang, Team Lotus milik Tony Fernandes akan dikenali sebagai Caterhams, Renault akan dipanggil Lotus dan Virgin Racing akan dinamakan  Marussias. Ia diluluskan selepas rakan-rakan pasukan F1 dan ahli-ahli lain Suruhanjaya F1 bersetuju untuk perubahan nama pada mesyuarat di Geneva. 


Ketua-ketua Formula 1 telah meluluskan permintaan menukar nama yang telah dikemukakan pada mesyuarat Suruhanjaya F1 hari ini di Geneva. Berikutan mesyuarat yang panjang di Geneva pada hari Khamis, sumber mengesahkan bahawa Team Lotus, Renault dan Virgin Racing semua menerima sokongan yang perlu dibenarkan untuk menukar gelaran mereka bagi permulaan musim depan.

Ini bermakna dari tahun 2012, Pasukan Lotus akan menjadi dikenali sebagai Caterham, Renault akan beralih ke Lotus dan Virgin Racing juga akan beralih kepada Marussia. Perubahan masih perlu melalui Majlis FIA World Motor Sports sebelum menjadi rasmi, tetapi ini dipercayai sebagai satu formaliti - terutamanya kerana Presiden FIA Jean Todt seorang anggota Suruhanjaya F1.


Maka tidak dijangka untuk menjadi apa-apa pernyataan awam mengenai perkara itu daripada mana-mana pasukan yang terlibat sehingga selepas mesyuarat WMSC - yang berlaku pada 7 Disember. Keputusan untuk meluluskan perubahan nama bermakna bahawa kekeliruan atas nama Lotus dalam F1 akan berakhir, berikutan pertikaian yang lama antara Team Lotus dan Group Lotus.


Dalam usaha untuk membersihkan perkara itu selepas prosiding mahkamah yang panjang, satu perjanjian telah dicapai yang bermaksud bahawa pasukan Renault Enstone kini akan satu-satunya yang menggunakan nama Lotus. Team Lotus akan menggunakan sepenuhnya jenama Caterham, kurang daripada satu tahun selepas Tony Fernandes membeli Caterham.


sumber : Autosport
0 comments

Anak Syarikat Proton Beli Miyazu


 KUALA LUMPUR 2 Nov. - Lotus Advance Technologies Sdn. Bhd., (LAT) anak syarikat milik penuh Proton Holdings Bhd., bercadang membeli tambahan 15 peratus kepentingan ekuiti dalam Miyazu (Malaysia) Sdn. Bhd.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, Proton berkata, LAT hari ini memeterai perjanjian jualan saham dengan Sojitz Corporation bagi cadangan pembelian tambahan 2,633,478 saham biasa dalam Miyazu bagi kira-kira RM4.872 juta. 

LAT ketika ini memegang 51 peratus kepentingan ekuiti dalam Miyazu dan selepas cadangan pembelian itu selesai, ia akan memiliki 66 peratus modal terbitan dan berbayar Miyazu. 

Miyazu yang aktiviti perniagaannya termasuk pembangunan, pembuatan dan penjualan produk dan perkhidmatan berkaitan acuan dan jig, dibentuk menerusi kerjasama antara Proton, Miyazu Seisakusho (Japan) dan Sojitz Corporation.

Proton berkata, harga pembelian RM1.85 bagi satu saham Miyazu mewakili premium 6.9 peratus berbanding aset ketara bersih diaudit Miyazu pada 31 Mac 2011 pada RM1.73.

Syarikat itu juga berkata, pembelian tersebut yang akan diselesaikan dalam masa 30 hari, adalah dalam tunai dan dibiayai menerusi dana dalaman dan dijangka memberi sumbangan positif kepada pendapatan jangka panjang kumpulan. - BERNAMA
0 comments
 
www.azelery.com dahulu dikenali saluran07.blogspot.com
Copyright © 2007-2014 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Azelery Published by Shin Chan
Proudly powered by Blogger