P3-21A di Genting Lagi!!


Genting Highlands adalah destinasi kegemaran di kalangan peminat permotoran  untuk pemanduan yang menyeronokkan. Ia mempunyai kombinasi yang baik dari segi selekoh jalan, cerun, dan diletakkan pada jarak yang sesuai dari Lembah Klang.

Ini adalah model gantian Proton Persona yang dinanti-nantikan. Pada ujian kali ini, P3-21A ini berkelajuan perlahan. Mungkin juga sedang melakukan Proton Ride and Handling.
 
 

3 comments

Jenama PROTON Makin Gah!


PROTON Motorsports berharap mendapatkan sokongan lebih ramai penaja membantunya meningkatkan penyertaan dalam perlumbaan di peringkat antarabangsa dan meraih keputusan yang lebih membanggakan. 

Ketua PROTON Motorsports, Datuk Abdul Razak Dawood, berkata penyertaan pasukan itu pada Kejuaraan Rali Asia Pasifik (APRC) dan Cabaran Rali Antara Benua (IRC) setakat ini bukan saja mengharumkan nama negara dari aspek sukan permotoran, tetapi juga membantu dari aspek pemasaran mengukuhkan jenama kereta nasional itu dan penaja yang terbabit memberi sokongan. 

Beliau berkata, berdasarkan kajian syarikat penyelidik Media Tica di United Kingdom, publisiti diraih PROTON Motorsports menerusi kejayaan dan pembabitannya dalam rali antarabangsa tahun lalu bernilai £32 juta (RM156.945 juta) yang pastinya adalah pulangan pelaburan yang baik dari aspek pembinaan jenama pengeluar kereta nasional dan penaja pasukan itu. 

“Menerusi pembabitan dalam sukan permotoran, kami juga membantu PROTON meneroka pasaran baru untuk kereta nasional seperti di Jepun yang sudah mula membuat tempahan untuk kereta nasional,” katanya dalam satu temubual di Balai Berita, Kuala Lumpur. 

PROTON Motorsports terbabit dalam dua perlumbaan rali di peringkat antarabangsa - APRC dan IRC - dan setakat ini sudah hampir muncul juara keseluruhan kategori pengeluar APRC tahun ini dan menduduki tempat keenam daripada lapan pasukan dalam IRC berbaki dua lagi pusingan. 

Abdul Razak berkata, berbanding APRC yang mana PROTON Motorsports menyertai kesemua pusingan, penyertaan dalam IRC hanya membabitkan lapan daripada keseluruhan 12 pusingan akibat masalah logistik dan kekangan bajet. Justeru, katanya pihaknya merancang untuk mengumpul dana yang lebih banyak pada tahun depan bagi memastikan PROTON Motorsports dapat menyertai semua pusingan yang dipertandingkan dalam IRC. 

“Tahun ini peruntukan kami hanya kira-kira RM16 juta untuk penyertaan di kedua-dua kejuaraan dan tahun depan kami merancang untuk mengumpul dana kira-kira RM20 juta untuk membolehkan kami menyertai kesemua pusingan IRC,” katanya. 

Menurut Abdul Razak, selain meningkatkan penyertaan pada perlumbaan di peringkat antarabangsa, PROTON Motorsports juga merancangkan membangunkan bakat tempatan dalam sukan permotoran yang kini dilihat agak ketandusan bakat baru selepas era kecemerlangan Karamjit Singh yang juga adalah pelumba rali yang dibangunkan oleh PROTON. 

“Kami sudah mengenal pasti beberapa pelumba muda berbakat dan akan mengetengahkan mereka ke peringkat antarabangsa menerusi penyertaan bagi kategori junior APRC,” katanya. 

sumber dipetik dari : Bharian.com.my
1 comments

P3-21A di Petronas Seksyen 27 Shah Alam


Menurut blog funtastickodesign, P3-21A ini dijumpai ketika untuk diisi minyak di Petronas Seksyen 27 Shah Alam. Mungkin kita boleh membuat sedikit pendapat mengenai gambar yang diambil ketika AGM Proton baru-baru ini dengan gambar di atas. Sebelum ini ramai kelihatan kecewa dengan gambar P3-21A pada AGM tersebut kerana agak kurang menarik. Namun jika kita lihat semula gambar di atas, ia seakan berbeza. Walaubagaimanapun, ia masih belum diperingkat akhir, masih tetap penuh dengan koyok hitam.
2 comments

ARTIGA Di Malaysia!! Neo Facelift?


Mungkin anda masih ingat lagi model Youngman Artiga di Shanghai Motorshow pada April lalu? model ini yang diambil dari Satria Neo, kini tiba di Malaysia. Menurut malaysia-motoring-news, gambar ARTIGA ini diambil oleh ericmaxman di mana ARTIGA mungkin berada di CEO(saya tidak tahu apa itu CEO).

ARTIGA ini boleh dijadikan Neo FL sebelum model Satria dihentikan keluarannya bagi memberi laluan model-model Proton yang baru. Bagi saya model ini juga extreme seperti Satria neo yang lain.

 
 
 
 
 
 
 

5 comments

Bodykit Myvi Extreme 1.5 tidak buat wind tunnel test?


Inilah jawapan diberikan oleh GM Product Marketing Dept. & R&D Division Perodua apabila ditanya oleh Hezeri Samsuri mengenai bodykit Myvi Extreme 1.5, samada membuat wind tunnel test atau tidak. Sebenarnya Perodua cuma buat simulasi secara komputer aerodinamik kereta dengan bodykit Extreme. Persoalannya adakah hasil ujian simulasi itu sama dengan ujian wind tunnel. Adakah ia selamat ketika dipandu laju? Saya baru sahaja melihat secara detail bumper dan bodykit depan Myvi Extreme ini, saya rasa apa yang dikatakan oleh GM Product Marketing Dept. & R&D Division Perodua itu ada benarnya. Apa pula pendapat anda?
1 comments

Perarakan Kemerdekaan dan Hari Malaysia di Dataran Merdeka!


Selepas dua minggu saya bertugas di luar. Seminggu untuk sambutan kemerdekaan di Dataran Merdeka. Saya sempat mengambil beberapa keping gambar untuk dikongsikan bersama. Kenderaan jenama Lotuas digunakan untuk Tokoh-tokoh Kemerdekaan.

Proton pula mempertontonkan model masa hadapan, model EV dan juga model konsep siri pahlawan. Saya tertarik dengan model EMAS yang meluncur di jalan kerana ia tidak kecil, ia bersaiz seperti Savvy atau Getz, manakala Proton Tuah yang dikaitkan P3-21A sebenarnya besar Camry. Tuah boleh dikatakan teguh berbeza dengan gambar sebenar P3-21A yang diambil dari AGM Proton beberapa hari lalu. Saya pasti P3-21A ini pasti sangat menarik jika model sebenar dilihat di depan mata.

Perodua pula memaparkan Myvi 1.5 SE dan Extreme, disamping beberapa model konsep Alza dan Kelisa selain model Eco Adventure. Perarakan kemerdekaan kali ini memperlihatkan kepada kita kemajuan yang lebih jauh terutama bidang automotif. Syabas kepada yang terlibat.


 
 
 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

0 comments

Frankfurt: Lotus Exige S 2012 dan Exige R-GT!!



Sebelum ini saya ada memaparkan beberapa spy shot mengenai Lotus Exige yang mengalami perubahan drastik. kali ini saya kongsikan dengan anda Lotus Exige 2012 dan Exige R-GT dari Frankfurt Motor Show.

Exige 2012 menerima sentuhan luaran semula dan rekaan dalaman yang baru manakala model R-GT untuk anda yang gemarkan prestasi sukan.

 
 
 
 


0 comments

Proton dan Mitsubishi Bakal Melakukan Perkongsian Strategik


Proton Holdings Berhad dan Mitsubishi Motors Corporation (MMC) mengumumkan yang mereka sedang dalam perbincangan serius bagi menjalankan perkongsian strategik bagi meningkatkan nilai kompetitif kedua-dua syarikat dalam pasaran global.
Antara bidang kerjasama yang bakal diterokai ialah:
  1. Perkongsian pengeluaran enjin di Malaysia
  2. Konsainan pengeluaran kenderaan MMC di fasiliti Proton
  3. Perkongsian komponen kenderaan Global Small MMC yang bakal dilancar Mac depan di Thailand dengan Global Small Car Proton
  4. Pembekalan teknologi masa depan MMC seperti elektrik, hibrid plug-in dan teknologi kenderaan hibrid.
Kedua-dua syarikat telah mengadakan kajian kebolehlaksanaan sejak lewat 2010 dan telah mengenalpasti beberapa bidang kerjasama yang boleh memberi sinergi kepada kedua-dua syarikat di arena global.

Perbincangan terbaru ini dilakukan untuk mencapai situasi menang-menang di antara kedua syarikat seterusnya membolehkan MMC mengembangkan bisnes mereka di pasaran ASEAN manakala Proton pula dapat mengembangkan barisan produk mereka dan menggunakan fasiliti sedia ada secara efektif.

sumber dipetik : geartinggi.com
0 comments

INFO PANAS : Rupa sebenar P3-21A & Exora facelift!!



Akhirnya P3-21A & Exora facelift telah diketahui rupa sebenar. Gambar ini diperoleh semasa AGM Proton hari ini. Dijangka P3-21A yang merupakan kereta global Proton bakal dilancarkan pada Mac 2012 & Exora facelift yang menggunakan enjin Campro Turbo pula November tahun ini. Exora facelift juga bakal mempunyai versi premium Exora Prime yang hanya dikhaskan untuk 6 seater sahaja. 

Mengenai P3-21A pula, kereta ini bakal bersaing dalam segmen B/C yang telah di”benchmark” dari model yang terbaik dalam kelasnya. Kereta ini mempunyai kelebihan dari segi prestasi enjin, penjimatan minyak, keluasan kabin dalaman, ruangan barang yang lebih luas serta pemanduan & pengendalian(ride&handling) yang terbaik. Ia juga bakal dilengkapi dengan Traction Control yang dibangunkan oleh Bosch.

Mungkin kita akan mengatakan model P3-21A ini nampak seperti biasa dan tidak menarik, sebenarnya ia gambar yang saya perolehi sangat kabur dan sudut gambar diambil tidak tepat. Model ini masih kosong tanpa apa-apa kit dan aksesori berbanding model konsep Proton Tuah. Saya sendiri pernah lihat kedua-dua model ini di atas jalan raya sedang dipandu uji dan ia sebenarnya teguh dan sporty.

sumber : funtastickodesign / Malaysia Motoring News
0 comments

Kenderaan Elektrik Proton Bakal Dipandu Uji Sekitar Putrajaya



PROTON Holdings Bhd menyerahkan lapan unit kereta elektrik keluarannya kepada Jabatan Perdana Menteri (JPM) serta empat lagi kementerian bagi membantu kerajaan menilai potensi teknologi hijau dalam pembangunan sistem dan infrastruktur kenderaan elektrik serta hibrid di Malaysia. 

Kereta elektrik membabitkan tiga unit model yang dikenali sebagai Saga EV dan lima Exora REEV itu diserahkan Penasihat PROTON, Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada satu majlis ringkas di Putrajaya semalam. Empat kementerian yang diberikan kenderaan elektrik itu ialah Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Kewangan. 

Pengerusi PROTON, Datuk Seri Mohd Nadzmi Mohd Salleh, berkata ‘EV’ yang bermaksud kenderaan elektrik dan ‘REEV’ bermaksud kenderaan elektrik penambah jarak itu akan dipandu uji agensi di bawah kementerian berkenaan dan mengemukakan maklum balas mengenai prestasinya kepada PROTON. “Kita menyasarkan menghasilkan 200 kereta jenis ini menjelang 2012 dan menawarkannya untuk jualan kepada orang ramai selepas 2013. 

PROTON berharap kerajaan dapat menawarkan insentif tertentu kepada mereka yang memilih untuk menggunakan kenderaan berkonsep hijau ini. “Kenderaan ini agak mahal berbanding kenderaan biasa tetapi lebih mesra alam dan menepati dasar kerajaan yang menggalakkan pembangunan dan penyelidikan (R&D) mesra alam selain memupuk penggunaan teknologi hijau sebagai pilihan cara hidup masyarakat masa kini,” katanya. Mohd Nadzmi berkata, kenderaan terbabit boleh dipandu sehingga 90 kilometer (km) selepas dicas selama tujuh hingga lapan jam. 

Bagaimanapun, tegasnya, kini sudah ada kaedah baru yang dibangunkan bagi mengurangkan tempoh mengecas itu selain akan dilakukan beberapa penambahbaikan lain sebelum kenderaan itu ditawarkan untuk jualan kepada umum. Antara lain, katanya, teknik mengecas laju yang hanya memerlukan 40 minit sudah dikenal pasti dan pusat mengecas kenderaan terbabit akan disediakan di lokasi kunjungan ramai, umpamanya tempat letak kereta di pusat beli-belah. 

Katanya, teknologi yang digunakan berbeza dengan kereta hibrid lain kerana kenderaan keluaran PROTON menggunakan enjinnya hanya untuk mengecas bateri. Justeru, penggunaan minyak mungkin hanya separuh atau lebih rendah berbanding kereta hibrid lain. Mengenai cukai jalan dan insurans pula, Mohd Nadzmi berkata ia masih dibincangkan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kerana jika berdasarkan keupayaan enjin, Exora REEV umpamanya hanya 600cc dan kerajaan mungkin dapat menimbangkan insentif lain kerana ia menggunakan teknologi hijau. 

Katanya, harga Exora REEV dijangka sekitar RM100,000 atau lebih rendah manakala Saga EV dalam lingkungan RM70,000 kerana kereta hibrid lazimnya 30 atau 40 peratus lebih tinggi berbanding kereta biasa, tetapi ia adalah menjimatkan kerana kurang menggunakan bahan api serta pencemaran.


 
 
 
0 comments
 
www.azelery.com dahulu dikenali saluran07.blogspot.com
Copyright © 2007-2014 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Azelery Published by Shin Chan
Proudly powered by Blogger