Mazda Kitar Semula Bumper



Mazda telah membuat kitar semula aksesori lama keluarannya seperti bumper. Dengan ini, Mazda dapat menjimatkan kos berbanding mengeluarkan bumper baru ekoran kos plastik yang semakin tinggi. Untuk permulaan, mazda mengutip semula bumper model Mazda dari kawasan Hiroshima. Dengan teknologi yang hanya memakan kos kitar semula sebanyak 10%, model pertama yang akan dipasang adalah untuk bumper minivan Biante. Seakan Exora facelift?
1 comments

Diskaun Tol Hari Raya 2011- Senarai 24 Lebuhraya Beri Diskaun

Berikut adalah senarai 24 lebuhraya yang memberikan diskaun sempena Hari Raya Aidilfitri 2011. Diskaun Tol hari raya boleh mencecah antara lima hingga 37.5 peratus pada 30 dan 31 Ogos ini sempena Aidilfitri. Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Mansor berkata, Lebuh Raya Latar yang baru dibuka juga telah bersetuju untuk memanjangkan tempoh laluan percuma tanpa tol sehingga 31 Ogos.

Antara Lebuh Raya yang memberikan perkhidmatan secara percuma:

  1. Lebuh Raya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR)(PERCUMA SEHINGGA 31 OGOS)
  2. Lebuh Raya LDP (PERCUMA PADA HARI KEMERDEKAAN BERMULA 12 TENGAH MALAM SEHINGGA 11.59 TENGAH HARI)

Lima Lebuh Raya Paling Awal memberikan Diskaun bermula 25 Ogos ini adalah :

  1. Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS)
  2. Lebuh Raya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE)
  3. Lebuh Raya Seremban-Port Dickson (SPDH)
  4. Lebuh Raya Kulim-Butterworth (KLBK)
  5. Lebuh Raya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua)

Senarai 24 Lebuhraya yang akan beri diskaun sempena hari raya 2011:

  1. Lebuh Raya Utara Selatan (Plus),
  2. Lebuh Raya Utara Selatan Hubungan Tengah (Elite),
  3. Lebuh Raya Seremban-Port Dickson (SPDH),
  4. Lebuh Raya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua),
  5. Lebuh Raya Kulim-Butterworth (KLBK),
  6. Lebuh Raya Damansara Puchong (LDP),
  7. Lebuh Raya Sistem Penyuaraian Trafik
  8. KL-Barat (Sprint),
  9. Lebuh Raya Pantai Timur,
  10. Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh),
  11. Lebuh Raya Koridor Guthrie (Guthrie),
  12. Lebuh Raya Kemuning Shah Alam (LKSA),
  13. Lebuh Raya Sungai Besi (Besraya),
  14. Lebuh Raya Baru Pantai (NPE),
  15. Lebuh Raya Kajang-Seremban (Lekas),
  16. Lebuh Raya Shah Alam (Kesas).
  17. Lebuh Raya Duta Ulu Kelang (Duke),
  18. Lebuh Raya Cheras Kajang (Grand Saga),
  19. Lebuh Raya Smart,
  20. Lebuh Raya Pintas Selat KlangUtara Baru (NNKSB),
  21. Lebuh Raya KL-Putrajaya (KLP),
  22. Lebuh Raya Lingkaran Kajang (Silk)
  23. Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE).
  24. Lebuh Raya KL-Karak (KLK).
Mungkin Anda masih belum tahu mengenai Lebuh Raya LATAR. Ia merupakan alternatif ke Utara terutama kepada mereka yang ingin ke bandar-bandar Pantai Barat seperti Kuala Selangor, Sekinchan, Sabak Bernam, Tanjung Karang, Teluk Intan, Lumut dan Kuala Kurau.

Sekiranya pengguna mengalami apa-apa masalah ketika menggunakan LATAR, mereka boleh menghubungi LATAR Line (03 6145 1515) untuk mendapatkan maklum balas dan bantuan.

Lebuhraya terbaru ini mempunya empat titik pertukaran dengan lain-lain rangakaian lebuhraya termasuk ke Pantai Barat melalui KL dan Templer’s Park, Lebuhraya PLUS dan dari lebuhraya Koridor Guthrie. Antara bandar-bandar kediaman yang direntasi oleh laluan ini termasuk Kuala Selangor, Assam Jawa, Ijok, Bestari Jaya (Batang Berjuntai), Kota Puteri, Puncak Alam, Shah Alam, Bukit Jelutong, Sungai Buloh, Kundang, Rawang dan Selayang.

Klik Pada gambar di bawah untuk lihat Lebuh Raya Latar lebih jelas :

Bagi kepada anda yang ingin merancang perjalanan pulang berhari raya dan bercuti pihak PLUS ada mengeluarkan Jadual Perjalanan Balik Kampung sebagai panduan. Klik pada gambar di bawah untuk lebih jelas :


Bagi yang ingin merancang perbelanjaan tol, di sini juga saya sertakan link untuk tol calculator. klik sini ataupun anda boleh lihat di blog saya sebelah kanan, lihat logo PLUS.

Apa yang paling penting adalah, pandu dengan cermat dan pastikan perjalanan anda nanti selamat pergi dan balik selepas berhari raya dan bercuti. Pastikan kenderaan anda selamat untuk digunakan untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini. Anda juga mesti sihat dan cukup tidur. Selamat Merancang Perjalanan dan Selamat Bercuti!

sumber : plus.com.my
1 comments

Juruteknik pemenang pertama “My Proton Makeover”


Proton Holdings Berhad hari ini mengumumkan pemenang pertama bagi program “My Proton Makeover”. Fadly Hisham Roplay, 33, seorang juruteknik kini akan menyaksikan kereta Proton Saga 1992 miliknya menerima sentuhan pembaharuan daripada R3, sayap sukan permotoran syarikat itu.

“Kisah Fadly tentang bagaimana kereta Proton Saga memberi kesan kepada hidupnya memberikan inspirasi tersendiri untuk kami semua,” ujar Pengarah Urusan Kumpulan Proton, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir yang melancarkan program berkenaan Julai lalu, sempena kempen ‘Komited Untuk Lebih Baik’. Peraduan berkenaan memerlukan peserta untuk menghantarkan kisah peribadi bersama model Proton milik mereka. Peraduan ini terbuka sehingga 28 Disember 2011.

Memilikinya bermula tahun 1999, kereta yang dibeli daripada pemilik asalnya itu, Fadly terus memandu pulang ke Kuala Kangsar. ”Banyak kenangan saya dengan kereta ini. Antaranya, inilah kereta yang digunakan untuk membawa ibu saya pergi melamar isteri saya waktu itu. Saya hanya tunggu dalam kereta, gementar,” jelas Fadly.

Sebagai pemamang, kereta yang kini berusia 19 tahun miliknya itu akan diberi sentuhan naiktaraf oleh R3. Ia akan memasuki bengkel R3 selama empat minggu untuk dibangunkan semula, merangkumi keseluruhan bahagian kereta. Menurut Ketua Bahagian Kejuruteraan, Bahagian Sukan Permotoran Proton, Tengku Djan Ley Tengku Mahaleel, R3 amat teruja dengan projek terbaru ini dan diberikan kebebasan sepenuhnya untuk menaik taraf kenderaan terbabit. Tahniah daripada saya!!

sumber dipetik dari Bhauto.my / protonvip.com
2 comments

SPYSHOTS : P3-21A & Exora turbo di jalan raya!!!


Sungguh jelas dan sangat-sangat menakjubkan! Pihak Proton telah melakukan roadtest berskala besar untuk kali ini. Apabila kita melihat Exora FL ini, jelas pembaharuan luaran menampakkan ia lebih eksklusif berbanding model sedia ada. Lampu hadapan pula kelihatan seperti smoke lamp dan di bahagian belakang kita lihat Exora dengan smoke lamp LED.

Kita perhatikan pula Proton P3-21A, boleh saya katakan gambar 3 dan 4 merupakan model sebenar. Ia lebih kemas. Pihak proton juga telah memperbaiki kedudukan wiper, ia kemas dan tidak menonjol. Antena radio juga di hujung bumbung. Rekaan hadapan membuatkan saya sedikit berpuas hati kerana apabila final nanti pasti menarik.

Bahagian belakang P3-21A ini pula memperlihatkan lampu sebenar pada gambar 4. Pasti ini sebahagian gambaran new design language bagi model global ini. Ketiga-tiga model P3-21A ini berbeza kerana jika diperhatikan sistem ekzos yang berbeza dan prestasi dan spesifikasi juga mesti turut berbeza.

 
 
 
sumber gambar : Paultan.org
2 comments

SPYSHOTS : KIA Forte 2013

Perubahan Drastik! inilah yang terjadi pada model KIA Forte 2013 nanti. Sedangkan kita di sini masih baru menerima Forte sedia ada, di luar sana ujian Forte keluaran 2013 telah dilakukan.

Model Ujian ini bukan sahaja dilengkapi dengan lampu kabus dan lampu depan terdapat jalur lampu LED,

Media luar negara melaporkan bahawa model Forte 2013 ini menggunakan platform Elantra. Selepas penggantian dijangka tidak akan banyak berubah dari segi saiz badan, jarak roda 2700mm lebih kurang saiz Elantra.
 



0 comments

Lotus GTE Road Car Concept


Lotus GTE Road Car Concept telah membuat penampilan sulungnya di McCall’s Motorworks Revival, Pebble Beach. Diinspirasikan daripada kereta lumba Evora GTE yang menyertai perlumbaan 24 jam di Le Mans. Bakal dijanakan oleh enjin 420HP V6 dengan kotak gear AMT yang terdapat pada Evora GTE. Rekaan bumpernya telah mengikut “design language” baru Lotus yang terdapat pada 5 buah kereta konsep yang sebelum ini.

 
 
 

0 comments

Proton Bertapak Kembali Di UAE


Proton, pengeluar kereta nasional Malaysia, pertama kali  di UAE lebih daripada satu dekad yang lalu menggunakan platform Mitsubishi sebagai reka bentuk dan enjin. Sekarang, Proton kembali semula dengan model mereka Gen-2 Hatchback dan Sedan (Persona).Gambar-gambar ini telah ditemui di kawasan perkapalan di Dubai. Tidak dapat dipastikan gambar belakang sama ada menggunakan lampu Persona atau tidak.






3 comments

Proton Exora Dalam Episod Upin Dan Ipin!


Dalam Episod Upin & Ipin Musim Kelima, Proton merupakan antara salah satu penaja bagi siri popular animasi tanah air ini. Pada episod kedua Kuih Untuk Opah, Proton Exora telah dipertontonkan. Walaupun ia sebuah cerita mengenai Upin Ipin dan kawan-kawan ke bandar, sepanjang perjalanan itu diselitkan pelbagai pendedahan ciri-ciri Exora seperti Prestsi enjin, keselamatan, keselesaan dan keseronokan. 

Inilah salah satu strategi pemasaran yang berkesan, terutama di Jepun banyak keluaran model-model kereta baharu di dalam manga dan anime. Mungkinkah selepas ini Proton Emas dan P3-21A akan turut terdapat dalam siri seterusnya?


2 comments

Saga FLX Akan Memasuki Australia Pada November 2011



Proton Saga FLX baru akan memasuki jualan di Australia menjelang akhir tahun ini. Proton yang merupakan salah satu daripada kereta baru termurah di Australia akan dilengkapi dengan teknologi kawalan kestabilan elektronik yang berpotensi menyelamatkan nyawa menjadi syarat untuk semua kereta penumpang baru dijual bermula dari satu November. 

Sebelum ini Saga dikenali sebagai S16 di Australia, Saga FLX adalah kereta baru yang paling popular di Malaysia, di mana ia kini dijual dengan rekaan depan yang baru dan penggayaan belakang dan dilengkapi transmisi automatik (CVT ). Proton berkata CVT baru enam kelajuan mengurangkan penggunaan bahan api Saga / S16 's 1.3-liter enjin petrol sehingga 10 peratus di lebuhraya dan sehingga empat peratus di bandar.

Ia akan tiba di Australia tepat pada masanya untuk memenuhi standard kawalan kestabilan elektronik Kerajaan Persekutuan (ESC). Teknologi yang berpotensi menyelamatkan nyawa menjadi syarat untuk semua kereta penumpang baru yang dijual bermula 1 November.

Proton S16 adalah salah satu kereta paling murah di Australia - bermula dari hanya $ 11.990 tetapi juga salah satu yang paling tidak dilengkapi ciri-ciri keselamatan. S16 tidak datang dengan ABS atau ESC. Semua model yang datang dengan beg udara pemandu, tetapi untuk model berharga $ 15.990-spec GXR mendapat beg udara penumpang depan kedua .

Pengurus Jualan Proton Australia, Billy falconer, mengesahkan model terkini untuk Australia akan datang standard dengan ABS, ESC dan beg udara dua depan. Falconer berkata ciri-ciri keselamatan tambahan mungkin akan menaikkan harga S16.

"Kami cuba untuk mengekalkan di sana ($ 11,990), atau dengan kenaikan harga yang sangat minimum," katanya.

"Secara realistiknya, kami mungkin mencari pada peningkatan sedikit, sekitar $ 12.990, kerana ciri-ciri keselamatan tambahan."

Keupayaan enjin Proton menghasilkan kedua-dua 70kW/120Nm 1.3-liter enjin petrol dan 82kW/148Nm 1.6 liter enjin petrol untuk kenderaan tersebut, walaupun Proton Cars Australia sedang menimbang untuk menggugurkan model 1.3 dari barisan sedia ada.

Falconer berkata rundingan sedang dijalankan di Malaysia, dengan pengumuman akan dibuat minggu depan.

"Pada peringkat ini, ia mungkin hanya 1.6," Falconer mengakui.

Perubahan terbesar mekanikal untuk model yang baru akan dilengkapi gear CVT, menggantikan gear automatik empat kelajuan. Ciri-ciri baru dijangka termasuk AUX dan audio sambungan USB, kawalan audio roda stereng, Signal LED di cermin sisi dan pelarasan ketinggian tempat duduk pemandu.

Proton Cars Australia telah menjual 332 unit S16 di Australia setakat tahun ini, yang merupakan 43.4 peratus di bawah keputusan dalam tempoh yang sama pada tahun 2010. Ia mengikuti jejak Hyundai Getz (11151 unit), Nissan MICRA (5142 unit), Suzuki Alto (2968 unit), Holden Barina Spark (2656 unit) setakat tahun ini, J1 Chery (251 unit).
0 comments

Proton P3-21A di Lebuh Raya KESAS!


Menurut Blog Paultan.org, gambar model Proton baru P3-21A berjaya dirakamkan oleh saudara  Chong Han Kim di Lebuhraya KESAS. Agak pelik bila kita melihat rekabentuk lampu belakang ini kan? Ia seakan timbul. Mungkin terdapat sesuatu yang menarik disebalik balutan hitam ini.


4 comments

Proton Gen-2 Diberi Nafas Baru? Tiada Logo CPS Lagi?




Menurut Blog Paultan, Gen-2 ini ditemui berhampiran lebuh raya NKVE ke Elite. Apa yang menariknya, Gen-2 ini diberi sentuhan baharu iaitu lampu belakang sama seperti Persona Elegance 2010. Selain itu, tiada lagi bumbung hitam dan rim sukan kelabu seperti model Gen-2 MC3 sebelum ini. 

Namun Signal sisi tidak pula seperti Persona iaitu di cermin sisi. Tiada gambar hadapan diperolehi, mungkin tidak banyak perubahan ketara atau ia tetap sama. Apa yang menarik perhatian saya adalah tiadanya tertulis CPS di sebelah 1.6 seperti model sebelum ini. Adakah model ini menggunakan enjin Campro selain CPS? kemungkinan IAFM?


3 comments

Exora CFE di R&D Proton


Menurut zerotohundred.com, Exora CFE ini dijumpai ketika sidang media Saga FLX. Mungkin terdapat perbezaan warna pada model ini. Saya yakin Exora CFE mungkin lebih banyak beza dengan apa yang terdapat dalam gambar terutama pada lampu.

1 comments

LOTUS KELUAR MODEL KOMPAK HIBRID 2013


Konsep Lotus CityCar , pada dasarnya versi tiga pintu konsep Proton EMAS dengan wajah baru Lotus, disahkan untuk pengeluaran. Dipertontonkan di Paris Motor Show 2010 bersama-sama dengan lima konsep Lotus , CityCar tidak akan bersendirian dalam pasaran kereta premium mini, ia akan disertai oleh Aston Martin Cygnet , iaitu Toyota iq rebadged dengan trim mewah.

"Konsep bandar kereta kini disahkan untuk pengeluaran. Ia dipanggil Lotus Ethos, keluar pada 2013, "kata jurucakap Lotus Alastair Florance, yang menambah bahawa" Ethos "akan dibina di Malaysia iaitu oleh Proton yang merupakan syarikat induk Lotus.

"Kami akan bekerja secara meluas dalam bidang kejuruteraan - versi Lotus akan sangat Lotus," Florance dipetik sebagai berkata. "Tetapi saya percaya akan ada versi Proton."

Ia akan lebih besar daripada Cygnet / iq, dan kereta Lotus bandar yang dirancang sebagai model hibrid sahaja. Model baru itu katanya, berkeupayaan untuk dipandu pada jarak sehingga 60 kilometer (km) dengan menggunakan kuasa elektrik semata-mata.

Bagaimanapun, katanya, jika menggunakan enjin yang dipertingkatkan, Ethos dijangka berupaya mencapai jarak sehingga 500km dengan kuasa elektrik.

“Ethos baru itu menggunakan enjin hibrid. Ia dijangka menawarkan sumber tenaga seperti yang dipamerkan pada versi konsep iaitu dilengkapi pacuan hibrid yang dipadukan dengan enjin petrol tiga silinder 1.2 liter,” jelas beliau. 

Dengan berat kurang daripada 1400 kilogram, model itu mampu memecut daripada sifar hingga 50 km sejam (km/h) dalam tempoh 4.5 saat dan hingga 100km/h dalam tempoh sembilan saat. Halaju maksimumnya pula adalah 170 km/h. 

Lotus adalah pengeluar kereta mewah kedua UK selepas Aston Martin dengan kerjasama Toyota yang bercadang mengeluarkan kereta kompak yang dikenali sebagai Aston Martin Cygnet yang dibangunkan berasaskan model Toyota iQ dan mula dikeluarkan hujung tahun lalu.
Sumber berkata, Lotus Ethos dengan 3.5 meter panjang itu adalah lebih besar sedikit berbanding Aston Martin Cygnet and Toyota iQ.

Ia adalah lebih besar berbanding Toyota iQ, tetapi ia tetap kecil, mungkin saiznya hampir sama dengan Toyota Aigo. Versi Proton akan dikeluarkan kemudian dalam versi empat pintu? Kebiasaannya model asal keluar dahulu. Sama-sama kita nantikannya.

Aston Martin Cygnet

2 comments
 
www.azelery.com dahulu dikenali saluran07.blogspot.com
Copyright © 2007-2014 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Azelery Published by Shin Chan
Proudly powered by Blogger