Makmal Satelit Penyelidikan Pertama Negara Proton-UTM


JOHOR BAHRU: Selepas lebih 20 tahun menjalin kerjasama, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Perusahaan Otomobil Nasional Berhad (PROTON), semalam melancarkan makmal satelit penyelidikan yang pertama di negara ini khusus untuk membangunkan industri permotoran tanah air.

Makmal yang akan berpusat di UTM Skudai di sini, dan kampus cawangan UTM di Jalan Semarak, Kuala Lumpur akan menyediakan kemudahan penyelidikan dan pembangunan (R&D) khusus dalam teknologi automotif baru menjadi pemangkin kerjasama antara pihak universiti dan industri di negara ini.

Makmal 'Future Drive Laboratory' di UTM Skudai akan digunakan sepenuhnya untuk membangunkan sistem 'e-drive' yang kini semakin banyak digunakan dalam kenderaan hibrid dan elektrik selain difokuskan untuk R&D lanjutan bagi teknologi pemulihan dan penyimpanan tenaga.

Kampus UTM Jalan Semarak pula akan menempatkan 'Active Safety Laboratory' yang menumpukan usaha penyelidikan lanjutan terhadap aspek dinamik kenderaan khususnya menerusi teknologi berasaskan simulasi serta penilaian objektif dan subjektif mengenai teknologi keselamatan aktif.

Pengarah Urusan PROTON, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, berkata kerjasama antara PROTON dan UTM tertumpu kepada aspek penyelidikan bagi menghasilkan inovasi baru yang boleh menambah nilai terhadap produk dihasilkan pengeluar kereta nasional itu.

Beliau berkata, cadangan dikemukakan Majlis Penasihat Teknikal PROTON (PTAC) yang diketuai Naib Canselor UTM, Prof Datuk Dr Zaini Ujang juga membolehkan pihaknya mendapat pengetahuan baru mengenai kehendak industri permotoran global.

“Kita memang tidak mampu melakukannya sendiri, kerana itu kita perlu 'menggalinya' dari universiti kerana mereka memiliki kepakaran,” katanya selepas majlis perasmian yang disempurnakan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Syed Zainal berkata, PROTON membelanjakan antara RM80 juta hingga RM90 juta setiap tahun bagi R&D tetapi masih belum mencukupi dan memerlukan kepakaran UTM yang memiliki makmal penyelidikan lengkap serta tenaga pakar.

Sementara itu, Zaini berkata, UTM sudah menjalin kerjasama sejak kereta nasional pertama dikeluarkan dan selaras perkembangan itu, pihaknya juga sudah mewujudkan jawatan Kursi Profesor di PROTON sejak tahun lalu bagi merapatkan kerjasama antara universiti dan industri.

“Kita juga akan membantu PROTON memfailkan paten harta intelek dan dalam setahun lalu, 10 harta intelek milik PROTON dihasilkan dan lima daripadanya dalam proses pemfailan," katanya.

Katanya, menerusi kerjasama itu, sebarang harta intelek yang akan dihasilkan PROTON dan UTM akan dipatenkan secara bersama dan boleh dikomersialkan bagi menjana keuntungan.

Dr Zaini berkata, sejak tahun lalu UTM juga sudah melatih 24 profesional teknikal PROTON untuk mendapatkan ijazah doktor falsafah (PhD) dan lebih ramai akan mengikuti pengajian pada peringkat PhD serta sarjana apabila seorang profesor, ditempatkan di UTM selepas ini.

“Kita juga memiliki 'super computer' bernilai lebih RM10 juta serta berjuta buku dan jurnal yang boleh digunakan secara khusus untuk profesional PROTON dan kami juga berpengalaman dalam mendaftarkan paten yang sehingga kini lebih 2,000 berjaya didaftarkan," katanya.

Sementara itu, Syed Zainal ketika ditanya mengenai saranan PTAC supaya menghasilkan kenderaan berenjin diesel dan bio-diesel, berkata pihaknya akan bekerjasama dengan pihak yang berkenaan jika ada permintaan daripada pasaran terhadap enjin berkenaan.

Malah katanya, PROTON sudah menjalankan penyelidikan menggunakan tiga jenis bahan bakar terhadap model Proton dan Lotus tetapi semuanya itu masih di peringkat kajian.

“Penggunaan bio-diesel hanya mampu menyelesaikan separuh daripada masalah dalam menghasilkan enjin lebih mesra alam tetapi penggunaan kenderaan elektrik diperlukan dalam jangka masa panjang,” katanya.

Sehingga kini kerjasama PROTON-UTM berjaya menghasilkan prototaip kenderaan elektrik Saga EV (electric vehicle) menerusi reka bentuk diasaskan model PROTON Saga.

sumber : Bharian.com.my
0 comments

Spyshot Proton Saga FLX!!!


Proton akan melancarkan model yang dipanggil Saga FLX. Jika kita melihat di beberapa laman web seperti mudah.my juga sudah ada iklan Saga FLX ini. Dengan enjin 1.3 ia dijual dengan harga RM38598. Inilah yang dimaksudkan dengan kenyataan Bos Proton beberapa minggu yang lalu iaitu mengenai CVT. kalau kita lihat gambar yang akhir sekali iaitu spec untuk Saga FLX ini, ia menggunakan IAFM dengan kotak gear CVT. Airbag untuk pemandu dan penumpang hadapan, ABS dengan EBD hanya pada versi executive. Anda boleh lihat beberapa gambar yang saya sertakan, dan anda mungkin juga teruja.











0 comments

Exora turbo di NKVE!


Gambar terkini Exora Turbo di NKVE yang saya ambil dari arenakereta.com ini menunjukkan ia mungkin akan dilancarkan tidak lama lagi. Bumper depan nampak lebih menarik.


0 comments

Tarikh Tamat Lesen Memandu Ikut Tarikh Lahir Pemandu

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sedang menimbang cadangan menggunakan tarikh lahir dalam penetapan tempoh akhir bagi memperbaharui lesen memandu.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, cadangan itu sedang diperhalusi memandangkan ia dapat membantu pemandu mengingati tarikh luput lesen mereka.

“Kita dapati banyak kes pesalah trafik memberi alasan mereka lupa tarikh untuk memperbaharui lesen ketika ditahan dalam sekatan jalan raya,” katanya pada pemberita di Wisma MCA di sini semalam.

Menurut beliau, asas kepada pelaksanaan skim itu ialah dengan membuat pelarasan tarikh tamat lesen memandu dengan tarikh lahir seseorang.

“Jika tarikh lahir individu tersebut yang akan datang tidak sampai enam bulan selepas tempoh akhir lesen memandunya, tiada bayaran akan dikenakan untuk pembaharuan,” katanya.

Bagaimanapun jika tempoh antara kedua-dua tarikh itu melebihi enam bulan, bayaran pembaharuan yang akan dikenakan ialah separuh atau sebanyak 50 peratus.

sumber : radioinformasi.com
0 comments

Asian Auto – Auto Industry Awards 2011

Di sini saya kongsikan dengan anda semua senarai pemenang pelbagai kategori dalam Auto Industry Awards 2011. Apa kata anda?

1. Best Performance Luxury Sedan – Audi A8L Quattro

2. Best Performance Executive Sedan – Jaguar XF Diesel

3. Best Performance Luxury SUV – Volkswagen Touareg

4. Best Performance Luxury Sports Car – Porsche Panamera

5. Best Performance Family Sedan – Ford Mondeo EcoBoost

6. Best Performance Compact Car – Audi A1 TFSI

7. Best Local Assembly Compact Car – Perodua Myvi

8. Best Local Assembly SUV – Hyundai Santa Fe 2.2 CRDi

9. Best Local Assembly Executive Sedan – Nissan Teana 2.5V6

10. Best Local Assembly Family Car – Mazda3 1.6

11. Best Value For Money SUV – Ssangyong Actyon SUV

12. Best Value For Money Luxury MPV – Ford S-Max MPV

13. Best Value For Money Sports Car – Mazda3 MPS

14. Best Value For Money Sports GT – Renault Megane RS250

15. Best Value For Money Executive Sedan – Citroen C5 1.6 Turbo

16. Best Value For Money Family Car – Proton Inspira 1.8

17. Best Value For Money Compact Car – Ford Fiesta 1.6

18. Best Value For Money Hybrid Car – Honda Insight

19. Best People’s Car – Proton Saga FL 1.6
0 comments

Proton Exora dengan CVT dan turbo dijadual untuk pelancaran UK 2012, versi diesel dirancang untuk 2014!


Awal bulan ini, Autocar UK telah memandu uji Exora MC, yang dikuasakan oleh enjin Campro CPS biasa . Penulis tersebut menganggap Exora sebuah MPV yang mudah, yang tidak mengganggu dan selesa, yang menawarkan banyak kit dan ruang untuk tujuh. Mereka menguji kereta spec Malaysia.

Info ini menunjukkan bahawa Exora akan menjadi model kelima Proton UK apabila ia tiba pada tahun 2012, dan enjin akan dilengkapi turbocharged dan dipasangkan dengan kotak CVT . Dengan mengandaikan bahawa ini pelancaran di UK yang akan berlaku pada Q1 2012, saya menjangkakan pelancaran di Malaysia sebelum pelancaran di sana, akhir tahun ini atau awal tahun 2012. Varian diesel akan menyusul pada tahun 2014.

Kita juga sedang menantikan beberapa variasi MPV ini iaitu model hybrid dan range extender. Kejayaan Proton dalam pertandingan ini membuktikan kemampuannya bersaing dengan syarikat-syarikat gergasi dunia dalam teknologi elektrik, extended range electric dan hybrid.

Proton menyertai pertandingan kereta untuk zaman akan datang yang dianjurkan oleh RAC (Royal Automobile Club - United Kingdom) pada November lalu. Pertandingan ini melibatkan hanya kereta-kereta otomobil yang tidak terlalu mencemar udara dengan pengeluaran asap, karbon dioksida dan monoksida.

Exora mendapat tempat pertama dalam kategori Extended Range Electric Vehicle (kereta elektrik yang ditingkatkan jarak perjalanannya) serta juga memenangi dalam semua kategori termasuk kereta elektrik (EV - Electric Vehicle), kereta yang ditingkatkan jarak perjalanan (extended range EV), hybrid (menggunakan enjin petroleum dan elektrik bersama) dan minyak diesel.

Exora mencatat ekonomi penggunaan petrol sebanyak 136 batu (miles) bagi satu gelen. Tempat kedua hanya mampu mencatat jarak 62 batu (miles) bagi satu gelen - iaitu kurang separuh daripada kebolehan Proton Exora.

Keputusan pertandingan ini jelas menunjukkan yang teknologi Proton jauh lebih baik daripada teknologi lain-lain jenama. Sementara itu Proton Saga elektrik juga mendapat kemenangan tetapi syarikat-syarikat lain membuat protes. Pihak Proton telah membantah terhadap protes ini.

0 comments

Jualan Kereta Proton Atasi Perodua

 Jualan Saga FL yang memberangsangkan antara faktor Proton kini no.1

Jualan kereta Proton Holdings Bhd menduduki tangga teratas pada separuh pertama tahun 2011 atasi Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) dengan 74,519 unit dijual berbanding Perodua sebanyak 62,584.

Menurut Persatuan Automotif Malaysia (MAA), jualan Proton meningkat daripada 65,918 yang dilihat pada tempoh yang sama tahun lepas manakala Perodua mencatatkan penurunan daripada 71,375 sebelumnya.

Toyota menduduki tempat pertama bagi jualan segmen kereta bukan nasional dengan 21,653 unit dijual pada separuh pertama walaupun penurunan daripada 25,697 unit dijual sebelumnya, diikuti oleh Honda dengan jualan sebanyak 15,807 unit berbanding dengan 18,796 unit dijual sebelumnya.

Kesan gempa bumi dan tsunami yang berlaku pada Mac terhadap bekalan dari Jepun serta pelaksanaan pindaan Akta Sewa Beli 1967 menjadi antara faktor-faktor yang menyumbang kepada prestasi yang kurang memberangsangkan tahun ini.

mampukah Perodua merebut semula kedudukan no.1?

Menurut MAA, pindaan akta berkenaan menjadikan proses penyelesaian jualan mengambil masa yang menyebabkan kelewatan pendaftaran kenderaan baru.

Bagaimanapun, persatuan mengunjur jualan akan lebih baik pada separuh kedua tahun ini dengan pengeluaran dijangka pulih ke paras normal mulai Ogos serta dengan pengenalan model baru.

Namun begitu, MAA menyemak turun unjuran jualan industri kenderaan bagi tahun ini kepada 608,000 unit, daripada anggaran awal sebanyak 618,000. Tahun lepas jumlah jualan industri sebanyak 605,156 unit.

sumber : Bernama
0 comments

Teknologi CVT Proton oleh Hezeri Samsuri, NST


Proton bakal memperkenalkan sistem transimisi Continuous Variable Transmission (CVT) terhadap semua kenderaan Proton untuk transmisi automatik sebagai pilihan yang sedia ada. Apakah itu CVT? saya kongsikan dengan anda semua video penjelasan mengenai CVT.
0 comments

Kerajaan yakin dengan Lotus – PM


NORWICH 17 Julai – Kerajaan memperaku dan menyokong penuh pelan pemulihan lima tahun Group Lotus melibatkan pembiayaan RM2.3 bilion kerana yakin ia boleh dilaksana dan dicapai, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata, beliau pada awalnya mempunyai sedikit curiga terhadap pelan memajukan Lotus itu memandangkan pelaburan terlibat adalah besar, tetapi kini menyokong penuh rancangan berkenaan. “Tetapi, kini saya akan pulang sebagai penyokong tegar pelan pemulihan perniagaan ini,” katanya.

Beliau menyatakan sokongan itu ketika berucap pada majlis jamuan tengah hari bersama para pegawai kanan Group Lotus, sejurus selepas meninjau operasi dan mendengar taklimat di ibu pejabat Group Lotus di sini.
“Kerajaan Malaysia dan Khazanah Holdings menyokong pelan ini kerana ia boleh dilakukan dengan jayanya,” kata beliau sambil menerima tepukan gemuruh.

Malah, katanya, tahap profesional, kesungguhan dan moral kakitangan Lotus berada pada tahap yang tinggi.
“Ia mungkin suatu sasaran yang terlalu bersemangat, cita-cita terlalu tinggi atau terlalu berani tetapi ia sasaran yang perlu diusahakan dengan giat supaya dapat dicapai apa yang dirasai sukar dicapai.”


Turut sama pada pertemuan itu semalam, yang diatur sehari selepas Najib selesai mengadakan lawatan rasmi empat hari ke United Kingdom ialah Pengerusi Proton Holdings, Datuk Seri Mohd. Nadzmi Mohd Salleh.
Turut menyambut beliau ialah Pengarah Urusan Kumpulan Proton Holdings, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir dan Ketua Pegawai Eksekutif Group Lotus, Dany Bahar.

Pelan itu antara lain, menyasarkan keuntungan Lotus menerusi pembangunan produk, kemudahan bangunan, jenama dan promosi kereta Lotus.

Di bawah pelan tersebut, Lotus juga merancang memasarkan model-model kereta baru Esprit dan Elan pada tahun 2013, Elise dan Elite pada 2014 dan model baru Eterna setahun kemudiannya.
Dany Bahar memberitahu, progres pengeluaran model baru itu berjalan lancar. 

Perdana Menteri menilai sendiri prestasi kereta sports Lotus apabila dibawa menaikinya beberapa pusingan di litar ujian Lotus.

Sementara itu, Najib hari ini berlepas ke Rom dari London untuk melakukan lawatan kerja dua hari.
Beliau antara lain dijadual bertemu Pope Benedict XVI dan Setiausaha Negara Vatican, Kardinal Tarcisco Bertone. – Utusan
0 comments

Proton menang anugerah kereta rakyat dan nilai bagi wang, 2011 tahun gemilang untuk Proton

SUBANG 12 Julai – Proton Holding Bhd merebut anugerah kereta rakyat dan nilai bagi wang untuk kereta keluarga terbaik pada majlis Anugerah Industri Auto-Auto Asia 2011.

Proton Saga FaceLift (FL) 1.6L telah memenangi kategori kereta rakyat terbaik dan Proton Inspira 1.8 memenangi anugerah kategori kereta keluarga bagi nilai bagi wang.

"Proton Saga FL dan Proton Inspira telah berjaya di segi jualan dan anugerah ini adalah satu rangsangan bagi kereta itu dan syarikat untuk menunjukkan prestasi yang lebih baik,” kata Pengurus Besar Bahagian Pemasaran Proton Edar Sdn Bhd, Sidik Abdul Hamid dalam satu kenyataan hari ini.

Majlis tahunan keempat itu menyediakan 19 anugerah bagi mengiktiraf industri automotif terbaik di Malaysia pada tahun ini.

Dalam satu perkembangan yang lain, jualan kenderaan Proton sehingga Mei 2011 sangat memuaskan, di mana Proton mencatatkan jualan sebanyak 72,211 unit keseluruhan, menerajui pasaran apabila mengatasi Perodua dengan kelebihan 1,614 unit. Masih terlalu awal untuk membuat sebarang andaian tetapi persoalannya adakah tahun 2011 ini bakal menjadi tahun gemilang buat Proton?

Perodua Myvi 2011 baru saja dilancarkan pada pertengahan Jun yang lalu dan dikatakan model itu akan mengembalikan zaman kegemilangan Perodua, seperti mana yang direkodkan sejak tahun 2005 – 2010.

Perodua Myvi 2011 bersaiz lebih kecil, ruang simpanan barang-barang dibonet belakang agak sempit berbanding model sebelumnya, selain harga yang agak kurang munasabah dengan apa yang ditawarkan. Perodua mungkin mempunyai alasan tersendiri mengapa harga Myvi 2011 mengalami peningkatan, antaranya pelbagai teknologi baru telah diaplikasikan untuk model itu, selain bencana tsunami di Jepun yang memberikan impak kenaikan harga peralatan dan komponen yang diimport dari sana.

Tetapi alasan-alasan tersebut tidak menepati selera rakyat Malaysia, mereka hanya mahukan sebuah kereta yang selesa untuk kegunaan keluarga dan individu, dengan harga yang berpatutan. Teknologi dan ciri-ciri keselamatan masih lagi bukan pilihan utama, cukup sekadar dengan apa yang mereka mampu bayar.

Saingan dari Proton tidak boleh diperkecilkan lagi untuk tahun 2011 ini. Pengenalan Saga FL sudah cukup membuktikan bahawa mereka serius untuk merampas kedudukan nombor pertama. Kemunculan Saga FL 1.6 Executive secara mendadak itu mengejutkan, Proton sengaja melakukannya dan membuatkan kebanyakan rakyat Malaysia dalam keadaan dilema buat pertama kali, Myvi 2011 atau Saga FL 1.6. Proton Exora Turbo juga bakal menjengah pasaran tidak lama lagi, mampu membunuh pasaran MPV sederhana lain, seterusnya meningkatkan lagi jumlah jualan keseluruhan Proton.

Terbaru bagi merancakkan jualan dan mengekang pengaruh Myvi 2011 yang dirasakan agak perlahan ketika ini, semua model terbaru Proton akan dilengkapi kotak gear CVT, selain versi manual dikhabarkan bakal menerima kotak gear terbaru dari ZF. Kotak gear CVT dimaklumkan akan dibekalkan oleh Punch Transmission dan akan dilengkapi teknologi sport kawalan manumatic (plus/minus). Pilihan terbaik yang sukar dikalahkan oleh pesaingnya, namun perlu berasaskan harga yang munasabah.

Proton sudah berada dilandasan terbaik pada tahun 2011 ini, hadir dengan pelbagai kelebihan pada setiap modelnya, memberi saingan sengit kepada Perodua buat pertama kali. Apa yang berlaku terhadap Perodua ada rahmatnya untuk Proton? Ada kebenarannya, dalam bisnes kita bukan saja perlu menawarkan produk yang bagus, tetapi juga perlu mengharapkan pesaing kita kadangkala tertinggal dalam persaingan, Proton pernah melaluinya dulu.

dipetik dari sumber Bernama dan ArenaKereta
0 comments

Perodua UK perkenal Myvi Edisi Terhad – Myvi Jet & Myvi Sport Silver


Perodua UK dengan sukacitanya memperkenalkan model Myvi edisi terhad untuk para pelanggannya di sana, Myvi Jet dan Myvi Sport Silver. Dikeluarkan dalam jumlah terhad, kedua-dua model melengkapi barisan sedia ada Myvi dengan nilai belian terbaik. Berbanding di Malaysia, Myvi di UK masih mengekalkan model generasi pertama berbanding generasi kedua yang sudah mula dijual di Malaysia sejak 16 Jun lepas.

Myvi Jet didatangkan dengan ciri-ciri menarik seperti pemegang pintu krom, side moulding dengan kemasan besi tahan karat dan motif ‘Myvi’, remote central locking dan rim aloi 14 inci 10 bilah. Boleh didapati dalam warna ebony black dan tersedia pilihan transmisi manual dan automatik, Myvi dengan pandangan visual hebat ini hanya berharga dari £7,499*, yang mana lebih nilai untuk wang.

Myvi Sport Silver mempunyai spesifikasi sama seperti model popular Myvi Sport termasuk body kit bergaya, side mouldings berpadanan dengan warna, pemegang pintu krom dan kemasan interior dengan sentuhan serat karbon (carbon fibre), turut termasuk rim aloi titanium 15 inci 10 bilah. Kemasan luaran Myvi Silver Sport disudahi warna glittering silver dan boleh didapati bersama transmisi manual pada harga hanya £7,999*.

Kedua-dua model edisi terhad itu dilengkapi spesifikasi standard seperti mana boleh dilihat pada model Myvi sedia ada termasuk penyaman udara, stereng kuasa, cermin berkuasa elektrik di keempat-empat pintu, cermin sisi elektrik dan pemain CD/ radio berintegrasi.

Perodua juga mengumumkan berita baik tentang beberapa insentif menarik yang telah dilanjutkan tempohnya. Perodua UK dengan bermurah hati memberikan insentif runcit bernilai £1,000 kepada pelanggannya, sah sehingga 30 September 2011 untuk pelbagai varian Myvi, bermakna harga sebenar Myvi di UK boleh terus didapati pada harga bermula dari £6,999*.

Perodua juga masih menahan kenaikan VAT (Value Added Tax) untuk model Myvi dengan nilai tambah, seperti Myvi Lux, Myvi Sport, Myvi SE dan Myvi Sport+ sehingga 30 September 2011. Ini bermakna harga hebat Myvi Lux masih boleh didapati pada harga bermula hanya dari £7,399*. Remote central locking masih ditawarkan secara percuma kepada pelanggan bagi semua varian Myvi sehingga 31 Julai depan, memberikan pelanggan penjimatan hebat sehingga lebih  £160**.

Pelanggan-pelanggan yang berminat dinasihatkan terus ke bilik pameran dan jualan Perodua terdekat secepat yang mungkin bagi mengelakkan terlepas tempahan Myvi edisi terhad dan beberapa tawaran menarik yang telah disediakan.

*On the road price includes £1,000 retail incentive, 6 months road fund licence and first registration fee. Retail incentive offer valid until 30th September 2011
**Added value Myvis will receive an additional remote free of charge as one is included with standard specification. Offer is valid for one remote per customer for vehicles registered between 1st and 31st July 2011. Saving is based on recommended retail price of £166.56 (inc. VAT)



sumber : arenakereta
0 comments
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2014 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Azelery Published by Shin Chan
Proudly powered by Blogger