"Ia amat mustahil bahawa kita akan membeli reka bentuk dari Youngman dan menggunakannya untuk SUV kita sendiri. Lagipun, ia adalah platform kami dan enjin sementara Youngman telah dibayar untuk pembangunan. " Syed Zainal berkata SUV akan menjadi saiz Qashqai Nissan / Dualis atau Peugeot 3008," "Kami telah mengenal pasti bahawa terdapat pasaran bagi SUV ini di Timur Tengah," katanya.
Lotus-Youngman SUV, pendedahan untuk prototaip Lotus APX
"Ia amat mustahil bahawa kita akan membeli reka bentuk dari Youngman dan menggunakannya untuk SUV kita sendiri. Lagipun, ia adalah platform kami dan enjin sementara Youngman telah dibayar untuk pembangunan. " Syed Zainal berkata SUV akan menjadi saiz Qashqai Nissan / Dualis atau Peugeot 3008," "Kami telah mengenal pasti bahawa terdapat pasaran bagi SUV ini di Timur Tengah," katanya.
Kereta Kecil Global Proton & Lotus 2014
Kia Sportage Baharu dilancarkan
Peserta LID kagum sumbangan PROTON
Nissan Grand Livina Talaan Impul Baru
- 1.6 MT Comfort RM97,500.00
- 1.6 AT Comfort RM100,500.00
- 1.8 AT Comfort RM109,500.00
sumber : Gear Tinggi
LATAR Expressway Sedia Dibuka Sebelum Hujung Jun
- Keluar 2501: Ijok Interchange - Pautan dengan Jalan Persekutuan dan FT54 WCE. Menyediakan akses kepada Ijok, Assam Kalimantan, Kuala Selangor, Kampung Baru, dan Batang Berjuntai. Shah Alam dan Klang.
- Keluar 2503: Puncak Alam Interchange - Pautan dengan Persekutuan Jalan FT54. Mengakses Puncak Alam (UiTM Kampus), Alam Jaya, Kota Puteri, Desa Coalfields, dan bandar-bandar lain di daerah Kuala Selangor.
- Keluar 2506: Kuang Interchange - Pautan dengan GCE dan PLUS. Menyediakan akses kepada Sungai Buloh, Petaling Jaya Selatan, Damansara, dan Kuang. Dari PLUS, pemandu boleh akses lorong ini dengan keluar di Interchange Rawang Selatan.
- Keluar 2508: Pertukaran Templer Park - Pautan dengan Persekutuan FT1 Jalan dan bypass Rawang masa depan. Mengakses KL, Rawang, dan Selayang.
sumber : internet / media
Lotus Cars memasuki China - Lotus Symphony China dilantik sebagai pengedar rasmi
Lotus telah mula bergerak ke dalam pasaran China - syarikat itu telah melantik Lotus Symphony China sebagai pengedar rasmi Kereta Lotus untuk negara tersebut.Satria Neo S2000 ungguli Rally De Nouvelle Caledonie
MODENAS CTric dilancarkan
Perodua Myvi 2011 dilancarkan!!
sumber :Paultan / Perodua
Harga RON 97 turun 10 sen!
Brochure Myvi 1.3 Standard, Premium & Elegance
RM47,726.00 (M) Premium
RM54,908.00 (M) Elegance
RM47,926.00 (A) Standard
RM50,726.00 (A) Premium
RM57,908.00 (A) Elegance
Maruti akan lancarkan Suzuki Cervo di India akhir tahun ini?
Menurut laporan, mereka akan menambah model lain iaitu Cervo Suzuki, merupakan sebagai monobox moden. Dilancarkan di Jepun pada 2006, Cervo adalah salah satu daripada model kei car biasa dengan kemampuan 660cc.
Saya berpendapat model ini sesuai dan memenuhi kehendak pengguna di negara kita selain model sedia ada seperti Perodua Viva dan beberapa model lain.
KIA Sportage baru akan dilancar
“Kami yakin Sportage baru itu akan diterima baik pengguna di negara ini,” kata Ketua Eksekutifnya SM Nasarudin SM Nasimuddin dalam kenyataan di Kuala Lumpur semalam.
Model Sportage baru itu menampilkan rupa bentuk lebih urban dengan bentuk badan lebih menarik berbanding model sebelumnya.
Ia juga menyediakan pemandu dengan tahap prestasi, kecekapan, keselesaan serta teknologi kenderaan terkini.
Sportage baru itu dilengkapi enjin petrol Thetha II 2.0 Kia yang cekap dari segi penggunaan bahan api dengan injap kembar boleh ubah berterusan (CVVT) yang menghasilkan kuasa yang lebih tinggi.
Antara ciri mewahnya pula adalah transmisi automatik enam kelajuan, bumbung matahari yang besar dan panoramik.
Bagi kemudahan dan keselesaan pemandu, Sportage baru itu dilengkapi paparan kamera pandangan belakang, penyaman udara auto dua zon, Bluetooth, AUX, iPod dan sambungan USB serta penarafan Euro NCAP lima bintang.
Sportage baru itu adalah model ketiga yang diperkenalkan Naza Kia di Malaysia tahun ini selepas Forte 6-Speed dan Forte Koup.
Ketua Operasi Naza Kia Malaysia, Datuk Hafiz Syed Abu Bakar, berkata Sportage baru yang akan diperkenalkan itu bakal mengubah landskap segmen SUV kompak di pasaran tempatan.
“Sportage kini adalah kenderaan Kia kedua terlaris di dunia dengan sejumlah 128,948 unit dijual dalam lima bulan pertama tahun ini.” katanya.
sumber : Berita Harian
Lagi Koleksi Gambar Myvi Elegance 2011!

Proton EMAS dipandu uji oleh Auto Express!!
Ianya merupakan jentera konsep yang bakal membanggakan jenama automotif nasional, Proton. Satu jentera dari masa hadapan. Diperkenalkan semasa Paris Motor Show pada September lepas, Lotus menonjolkan barisan jentera berkuasa dan juga yang berkonsepkan eco-friendly. Yang pasti, EMAS merupakan antara yang menarik perhatian dunia.
Dibangunkan oleh pemilik Lotus, Proton kini mendapat perhatian pihak Auto Express apabila diberi peluang untuk memandu jentera konsep ini. Mengikut kumpulan Auto Express, mereka membayangkan jentera EMAS ini satu saingan sengit Aston Martin Cygnet. Jaringan teknologi tambahan yang di-input kepada kereta ini membolehkan pembangun kereta sport untuk merendahkan kadar penggunaan karbon dioksida, CO2 dan mencapai standard undang-undang penggunaan bahan bakar.
EMAS merupakan singkatan untuk projek Eco Mobility Advance Solution. Ianya dijana oleh motor eletrik dan penambahan enjin. Motor eletrik ini akan berpusing menggerakkan roda, dan kuasannya dijana oleh pek bateri yang diletakkan di bawah lantai jentera ini. Apabila dihidupkan, enjin Lotus akan mula menggerakkan kenderaan di samping mengecas semula bateri tersebut.
Berbekalkan enjin 3 silinder berkapasiti 1.2 Liter, EMAS boleh bergerak dengan banyak jenis bahan bakar, seperti petrol tanpa karbon, methanol hinggalah kepada Ethanol. Dengan isian penuh bateri dan tangki petrol, EMAS mampu bergerak sejauh 350 batu, termasuk 30 batu dengan kuasa eletrik. Keputusannya, jumlah CO2 yang digunakan hanyalah 60g bagi setiap kilometer.
Pihak Lotus memaklumkan EMAS boleh bergerak dari 0-100km/h dalam kurang dari 15 saat. Walaupun EMAS tidak selaju seperti mana barisan jentera berkuasa eletrik yang lain, ianya berkebolehan meluncur dengan baik dan selesa pada kelajuan 100km/h. Pada kadar inilah enjin berkeupayaan menjana semula cas bateri.
Pihak Auto Express menambah, kebolehan EMAS membuat pusingan juga agak mengkagumkan apabila membuat pusingan dengan stabil semasa laju dan juga semasa membrek. Keluasan rekaan dalam juga dikagumi apabila dikatakan EMAS memiliki ruang lebih besar daripada Mercedes B-Class, serta dilengkapi dengan cermin bumbung atas dan cermin sisi yang besar untuk memudahkan penglihatan.
Auto Express juga memaklumkan Lotus dan Proton bakal bekerjasama dengan pengeluar lain bagi mengeluarkan EMAS kepada produksi umum. Terdapat 3 model dijangka dikeluarkan, salah satu untuk pasaran Asia, Europe dan satu lagi model sport.
Saya sendiri sebenarnya tidak pasti pula model EMAS kini boleh dipandu uji. Setahu saya ia masih dalam pembinaan kerana terdapat beberapa paparazzi memperoleh gambar-gambar di mana EMAS masih belum siap. Inilah satu perkembangan yang cukup terbaik.
sumber :auto express
Syarat Baru Untuk Tukang Tarik Kereta
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata hanya mereka yang berdaftar dan mempunyai permit dari kementerian boleh dilantik sebagai EPS.
“Mereka akan disaring dan dipastikan tiada rekod jenayah. Mereka juga perlu mematuhi tatacara penarikan semula kenderaan termasuk tempoh masa yang dibenarkan iaitu 9 pagi hingga 9 malam setiap hari, dan mereka tidak boleh
menggunakan kekerasan dalam proses tersebut.
“Sekiranya kenderaan berada dalam kawasan garaj, mereka tidak boleh pecah masuk ke dalam kawasan rumah, kecuali dengan kebenaran mahkamah, dan jika mereka melakukan juga mereka boleh dilapor kepada polis,” katanya kepada
pemberita selepas majlis penyerahan permit EPS di kementerian di sini hari ini.
Mulai Rabu depan, setiap EPS wajib memperoleh permit sebelum melaksanakan tugas menarik semula kenderaan, selaras dengan pelaksanaan Akta Sewa Beli 1967 (Pindaan 2010) dan Peraturan-peraturan Sewa Beli (Perolehan Permit dan Tatacara
Perolehan Semula) 2011.
Sehingga kini sebanyak 451 permit EPS dikeluarkan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor, manakala terdapat 1,053 permohonan untuk mendapatkannya di seluruh negara.
Ismail Sabri berkata setiap permit mempunyai tempoh sah selama dua tahun, namun jika mereka didapati melanggar peraturan, permit mereka boleh dibatalkan.
Beliau berkata bagi kenderaan yang telah dibayar lebih 75 peratus oleh pembeli, kenderaan itu tidak boleh ditarik semula melainkan dengan perintah mahkamah.
“Jadi kepada tuan-tuan punya kereta, jika ada orang yang datang untuk ambil kereta, tolong tanya kad kuasa kerana sesiapa yang tidak ada kad kuasa, mereka tidak ada hak untuk tarik kereta. Kalau nak lebih yakin, boleh hubungi kementerian untuk pastikan,” katanya.
Sumber: BERNAMA
KINI BLOG SAYA DI MOBILE ANDA!
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua blogger, pengunjung-pengunjung yang melawat ke blog saya ini tanpa pernah rasa jemu hingga ke hari ini.Blog saya kini boleh dilayari melalui telefon bimbit! Ianya tetap percuma seperti sekarang cuma tertakluk kepada cas telco pengguna. Jika ada wifi ia tetap percuma :)
Tujuan saya sebenarnya untuk memudahkan diri saya sendiri untuk update artikel terkini dan mengetahui perkembangan semasa industri automotif tanah air. Ianya juga untuk anda juga! Kita kongsikan sama-sama pada bila-bila masa dan di mana jua! Salam.
Brochure Perodua Myvi 2011!
Harga OTR termasuk insuran :-
RM44,926.00 (M) Standard
RM47,726.00 (M) Premium
RM54,908.00 (M) Elegance
RM47,926.00 (A) Standard
RM50,726.00 (A) Premium
RM57,908.00 (A) Elegance
ARTIKEL PILIHAN PENGUNJUNG
-
Pertama sekali aku nak ucapkan jutaan terima kasih kepada pengunjung yang memberi info ini kerana kita dapat kongsikan bersama. Aku harap p...
-
Toyota telah melancarkan model VIOS generasi baharu di Bangkok International Motor, Thailand. Model ini menggunakan wajah baharu keluarg...
-
Proton telah memperkenalkan varian terbaru bagi model Exora iaitu Exora Bold Standard dengan CFE! Model ini berada kategori paling bawa...
-
Artikel ini merupakan antara yang paling mendapat permintaan sejak tahun 2009 lagi, sebagai tanda terima kasih kepada anda semua :...
-
Perodua telah memperkenalkan model terbaru S-Series yang terdiri daripada Viva S, Myvi 1.3 SE dan Alza S. S membawa maksud 'special...
-
artikel dibawah di petik dari laman web komuniti syok.org Dilema Proton Dipetik dari luahan engineer Proton… Assalamualaikum, Yang ni sa...
-
Berdasarkan dari web aist.com.my, diorang ade nampak Perdana dah kat jalan raya. kalau dah cam gambar kat atas tu, mesti tak lama lagi nak j...
-
Edaran Tan Chong Motor telah mengumumkan bahawa harga baru kenderaan jenama Nissan OTR bagi kenderaan peribadi. Harga baru ini berkuatkuasa...
-
Menurut Funtasticko.com Pihak Proton telah menaik taraf model Proton Saga yang dikenali FLX+. Untuk pengetahuan semua model FLX+ akan...
-
Jika sepanjang hari ini ramai yang berteka teki mengenai pelancaran model baru Perodua pada 14 Mac ini. Mengikut teaser yang dipaparkan ...











































