SUV apakah ini?



Ketika saya sedang melayari internet saya terbaca artikel ini di forum Carigold. Pengirim tersebut menyatakan SUV tersebut sedang road test di lebuh raya utara selatan. gambar ini diambil oleh beliau dari Youtube. Saya masih tak jumpa klip video tersebut di youtube.. Apakah jenama model SUV ini?
4 comments

MYVI SCHEDULE LAUNCHING ON 16th of June 2011



Menurut sebuah blog iaitu buy-perodua.com menyatakan model terkini Perodua iaitu Myvi 2011 akan dilancarkan pada 16 Jun 2011. Disertakan juga beberapa ciri baru Myvi 2011 ini iaitu

•EPS: Electronic Power Steering
•Sturdy and improved designs with New Projector headlamp
•Air bags (All variant)
•ABS with EBD & BA System
•Automatic Shift lock part
•ISO Fix Child Restraint System
•3 point rear seatbelt
•Pre tensioner Seat belt with force limiter
•Rear Diffuser: Improve airflow
•Better Fuel consumption
•Built in GPS with DVD Player, MP3, USB, and Bluetooth.

Colors : Pearl White, Solid White, Ebony Black, Glittering Silver.
(Mystical Purple and Yellow will be available later)

Variant
•Myvi 1.3 Standard Auto/Manual
•Myvi 1.3 Premium Auto/Manual
•Myvi 1.3 Elegance Auto/Manual
•Myvi 1.5 Special Edition Auto/Manual
•Myvi 1.5 Extreme Auto/Manual










lebih banyak gambar KLIK DI SINI
4 comments

Daihatsu buka pusat R & D di Indonesia



Daihatsu bercadang membuka pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) di lokasi kilang baru yang dibina di negara itu. Nikkei melaporkan bahawa kemudahan R & D akan dibina selepas kilang siap untuk operasi pada akhir tahun depan. Daihatsu mengatakan secara berperingkat akan memindahkan alih fungsi rekabentuk Jepun tertentu untuk kenderaan baru sebagai model juga direka semula yang dihasilkan secara tempatan. Beberapa dari 70 anak syarikat pemaju telah mula berlatih di Jepun sebelum ini.

Anak tempatan tersebut dari syarikat PT Astra Daihatsu Motor baru saja bekerja di kilang, yang terletak di pinggiran Jakarta pada keluasan 800.000 m persegi. Kilang tersebut mempunyai kapasiti pengeluaran sebanyak 100,000 unit setiap tahun, dan dijadualkan untuk membuat kereta kecil untuk pasaran tempatan mahupun untuk eksport.

Tidak menghairankan bahawa Daihatsu memberi tumpuan di Indonesia kerana negara itu sekarang merupakan pangkalan perkilangan terbesar pembuat kereta luar negeri, dan kapasiti pengeluaran tahunan telah mencapai 330000 unit bulan ini, naik dari 280.000.
0 comments

Dany Bahar : Lotus Perlu Keluar dari Kumpulan Proton



Terkini!:

Kenyataan ini dibuat oleh kumpulan Lotus dalam laman web rasminya & menyatakan laporan media sebelum ini berkenaan hasrat mereka untuk keluar dari syarikat induknya Proton adalah TIDAK TEPAT. Mereka berpendapat dengan hasil kerjasama dengan Proton, mereka dapat merealisasikan plan 5 tahun akan datang mereka. Proton selama ni telah banyak membantu dari segi kewangan untuk memulihkan Lotus. Dalam perkembangan yang sama projek kereta kecil global antara Proton & Lotus sedang berjalan & bakal memasuki pasaran 2014. Diharap kenyataan ini tidak menimbulkan kontroversi lagi seperti sebelum ni.

Artikel sebelum ini :

Apa yang dikatakan oleh Dany Bahar seperti apa yang dipetik dari www.insideline.com amat membuatkan peminat automotif tempatan merasa marah dan tidak berpuas hati. Rata-rata rakyat Malaysia yang membaca artikel tersebut menyifatkan kenyataan Dany Bahar tersebut sebagai kurang ajar.

Bahar memikirkan sudah sampai masanya Lotus keluar dari Kumpulan Proton sejak dimiliki pada 1996. Beliau menyatakan syarikat Lotus sedia ada tidak boleh mengembangkan pasaran model yang lebih baik seperti jenama-jenama terkemuka yang lain melainkan Lotus mempunyai kaitan dengan gergasi automotif dunia seperti Toyota sama ada secara perikatan atau dijual.

Apakah strategi Bahar sebelum ini sebagai satu bentuk tekanan, iaitu membuat perancangan melihatkan Lotus sebagai sport premium seperti Ferrari dan Porche, memperkenalkan 6 model baru akan datang sebagai satu strategi beliau menyatakan kelemahan Lotus untuk terus berkembang di bawah naungan Proton? di mana masa kini Lotus sedang membangunkan sebuah kereta bandar kecil (diambil dari model EMAS).

Bahar juga sebagai pencetus idea supaya jenama Lotus dalam sukan permotoran Formula Satu. ia satu pelaburan yang besar dan kini kita lihat masih belum menunjukkan kejayaan malah tercetus pula perebutan jenama sesama kita sendiri. Saya lebih yakin dengan pelaburan Proton dalam sukan rali melalui Proton Satria Neo S2000 di mana lebih menampakkan penonjolan seperti kelahiran pasukan Satria Neo Cusco.

Kita masih segar dengan berita yang dimaklumkan mengenai pinjaman menerusi bank-bank tempatan untuk memulihkan Lotus oleh Proton. Ini adalah pelan jangka panjang yang berterusan di mana Proton akan terus bergerak lebih jauh jika Lotus berjaya dipulihkan ikut jadual.

Jenama Lotus merupakan suatu lagenda permotoran dunia, Lotus semestinya menjadi rebutan ramai kerana kepakaran dan teknologinya yang tersendiri. Telah diakui semua pihak dengan teknologi ride and handling. Mungkin juga Bahar berkata demikian kerana mahukan satu lonjakan drastik dalam Lotus setelah sekian lama menyepi. Apa pula kata anda semua?
0 comments

PROTON bakal masuk Poland


PEMBABITAN PROTON dalam arena sukan
seperti Rali Antarabangsa mendorong
minat syarikat asing pasarkan kereta nasional.



Konglomerat minat edar kereta nasional, Lotus ke Eropah

JENAMA Proton semakin mendapat perhatian di pasaran antarabangsa apabila sebuah konglomerat Poland, Marvipol SA berminat untuk mengedarkan kereta nasional itu di negara berkenaan.

Selain kenderaan PROTON, syarikat pengedaran kenderaan terbesar di Poland yang memiliki hak pengedaran rasmi jenama Land Rover, Jaguar, Aston Martin dan Caterham itu, turut berminat mengimport model keluaran Group Lotus plc.
Jika menjadi kenyataan, beberapa model terpilih PROTON dan Lotus bakal memasuki pasaran negara yang sedang berkembang pesat di kalangan negara Eropah itu, tahun depan.

Mengikut sumber, Proton dan Marvipol sedang dalam peringkat rundingan awal berhubung perkara itu.

“Marvipol sudah menyatakan minat kepada PROTON untuk menjadi pengedar eksklusif kenderaan Proton dan Lotus di Poland. Kedua-dua pihak sedang mengadakan rundingan dan ia masih lagi pada peringkat awal.

“Jika tiada aral melintang, pengurusan PROTON dijangka mengusulkan rancangan ini (mengeksport kenderaan PROTOn dan Lotus ke Poland) kepada Lembaga Pengarah untuk diluluskan secepat mungkin supaya kumpulan pertama (kereta PROTON dan Lotus) dapat dieksport tahun depan,” katanya kepada Berita Harian di Kuala Lumpur.

Sumber itu berkata, model kereta PROTON dan Lotus yang akan dieksport ke Poland masih belum dimuktamadkan, namun difahamkan, antara model berpotensi ialah Exora, Satria Neo, Persona serta kereta global pertamanya, Emas. Model Lotus pula Lotus adalah Esprit, Elan, Elite, Eterne dan Elise.

Pengurusan PROTON gagal dihubungi bagi mengulas perkembangan itu.

Namun, penganalisis automotif berkata, jika rundingan antara Proton dan Marvipol itu dimuktamadkan, ia meletakkan PROTON dalam landasan terbaik untuk mengukuhkan kedudukannya menjadi satu jenama global yang dapat diterima baik di pasaran antarabangsa.

“Syarikat yang ditubuhkan pada 1985 itu dilihat makin matang dan ia kini lebih bersedia menumpukan kepada pasaran antarabangsa berbanding pasaran domestik,” katanya sambil menambah langkah pengembangan pasaran eksport PROTON itu juga seiring perubahan landskap industri permotoran global yang menuntut pengeluar kereta nasional itu menetapkan hala tuju baru untuk terus kekal berdaya saing.

Ketika ini kira-kira 70 peratus daripada kereta PROTON dijual di pasaran domestik dan antara 20 peratus hingga 25 peratus dieksport.

Selain pasaran Asia Tenggara, antara negara yang sudah diterokai PROTON termasuk Iran, China, Mesir dan India tidak lama lagi.
7 comments

Group Lotus menang perbicaraan hak penggunaan jenama Lotus


Akhirnya kelmarin (27 Mei 2011), Hakim Peter Smith dari Mahkamah Tinggi British telah membuat keputusan berkenaan pertikaian antara Group Lotus dan Team Lotus, atau boleh juga disebut sebagai pertelagahan di antara PROTON dan pemilik Air Asia, Tony Fernandes berkaitan hak penggunaan jenama Lotus dalam sukan Formula 1.

Dalam isu ini, Group Lotus telah memenangi hak untuk menggunakan jenama Lotus dalam sukan Formula 1, namun Team Lotus masih boleh menggunakan nama yang sama iaitu “Team Lotus”, dengan erti kata lain, kata tunggal “Lotus” menjadi hak eksklusif Group Lotus dan tidak boleh digunakan oleh pihak-pihak lain.

Namun Group Lotus bercadang untuk membuat rayuan berkenaan kebenaran penggunaan jenama “Team Lotus” oleh pasukan Formula 1 Tony Fernandes bagi mengelakkan kekeliruan di kalangan penonton dan orang ramai.

Group Lotus telah mengeluarkan press release khas berkaitan keputusan mahkamah tersebut dan anda boleh membacanya di bawah :-

Group Lotus Wins On Key Issues In Formula One Naming Dispute

Mr Justice Peter Smith today gave his judgement in the dispute between Group Lotus plc and Team Lotus, Tony Fernandes and others in respect of the right to use the name “Lotus” in Formula 1

Judgement Summary

-Group Lotus has the right to use name “Lotus” on its own within Formula 1
-Group Lotus entitled to race in the historic black and gold livery
-1Malaysia Racing Team (1MRT) ruled to be in breach of license agreement, Group Lotus
awarded damages
-Team Lotus Ventures Limited trademarks revoked for non-use
-Group Lotus trade marks unaffected
-Group Lotus has the right to use the Lotus marque on cars for road use

The Judge found that :

Group Lotus has goodwill associated with the name “Lotus” in Formula 1 and is free to compete in the sport under that name using the Lotus roundel;

Group Lotus is entitled to race in F1 using the historic black and gold livery;

1MRT is in breach of the Licence granted to them by Group Lotus to race in F1 under the name Lotus Racing and has awarded Group Lotus damages in respect of that breach;

Team Lotus Ventures Limited’s trade mark registrations in the name of Team Lotus are cancelled as a result of non-use;

Group Lotus trade mark registrations are unaffected; and

Group Lotus has the right to use the Lotus marque on cars for road use.

The Judge also found that Team Lotus has the right to continue to race in Formula 1 under the name Team Lotus but the effect of the Judgment is that only Group Lotus can use the name “Lotus” on its own in F1. Group Lotus is concerned that this aspect of the Judgement will cause confusion in the eyes of spectators and the wider public.

Accordingly, Group Lotus is seeking leave to appeal so that the right to use the Lotus brand in Formula 1 is clarified once and for all in the interests of the sport and the fans. Group Lotus and its shareholder Proton Holding Bhd are confident of success on appeal.

Speaking after the judgement, Sarah Price, Head of Legal, Group Lotus plc said: “Group Lotus is pleased that its right to race under the Lotus name in F1 has been upheld and that the Defendants’ attempts to stop that have failed.

“The on-going dispute with Team Lotus and associated companies has been a cause for concern for all at Group Lotus. Despite the detailed judgment there are issues which still require clarification and we remain committed to obtaining this much needed clarity for the many fans of the Lotus marque – we are extremely grateful for their continued support. The decision to appeal has not been taken lightly.”

-sumber arenakereta
0 comments

Proton Artiga di Perhimpunan Sejuta Belia Putrajaya



Kepada sesiapa yang mengunjungi Hari Belia Kebangsaan anda mungkin sempat melihat Model Artiga tempoh hari. Gambar ini saya perolehi melalui FB Official Proton Satria Neo Super 2000. Adakah ini sebahagian penunjuk kepada facelift Satria Neo?
0 comments

EKSKLUSIF : Spyshots test track Proton & Perodua dari udara!!!

Beberapa keping gambar ini saya ambil dari blog funtastickodesign untuk tatapan peminat kereta tempatan. Inilah test track Proton dan Perodua yang diambil dari udara. Pengirim gambar tersebut enggan namanya disiarkan diblog tersebut. Saya percaya gambar ini banyak memberi pelbagai gambaran dan model-model yang mungkin kita belum lihat. Anda semua hanya perlu klik pada gambar-gambar di bawah ataupun save terlebih dahulu lepas itu zoom. Gambar ini nampak seperti baru diambil kerana terdapatnya model-model baharu seperti Saga FL,Inspira dan wagon?. Anda perhatikan betul-betul..

Test Track Proton






Test Track Perodua


1 comments

Proton Saga FL 1.6 Executive!



Pada hari ini Proton telah melancarkan Proton Saga FL 1.6 Executive dengan harga semenanjung bermula RM46,549 berbeza sedikit sahaja Saga FL 1.3 iaitu RM43,298. Semestinya Saga FL ini mendapat sambutan hangat untuk kereta sedan kecil premium.

Lebih menariknya Saga FL 1.6 ini didatangkan dengan enjin Campro 1.6 IAFM, jika dahulu Saga BLM B line hanya Campro 1.6 biasa. Saga FL 1.6 Executive hanya dengan gear automatik 4 kelajuan dan berwarna putih solid.

Dilengkapi dengan dual-airbags, rim rekaan baharu, pelekat merah dekoratif pada dinding kereta dan beberapa bahagian dalaman diperbaharui.









5 comments

Persona kini punyai pilihan warna putih solid!



Kini Proton Persona muncul dengan varian warna baharu iaitu putih solid. Anda boleh memilikinya dengan harga bermula RM59,049 H line (AT), RM55,549 M line (AT) dan RM52,549 M line (MT).
2 comments

Proses PDI (Pre Delivery Inspection) Proton diseragamkan


PEMBELI kereta PROTON kini tidak perlu lagi bimbang mengenai tahap tidak konsisten mutu kereta diterima kerana semua kereta nasional itu, sama ada untuk pasaran domestik atau eksport akan melalui proses pemeriksaan pra-penghantaran berpusat seragam.

Pengarah Urusan PROTON Holdings Bhd, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, berkata proses ketat di Pusat Bagi Logistik, Peruntukan, Penyimpanan dan Perkhidmatan (CLASS) PROTON di Tanjung Malim dan Sijangkang, Klang yang beroperasi sejak sebulan lalu itu memastikan kereta yang diterima pembeli berada dalam keadaan terbaik.

“Sebelum ini, pemeriksaan pra-penghantaran dikendalikan berasingan oleh pengedar tempatan dan luar negara di pusat servis masing-masing sebelum menyerahkan kenderaan kepada pengguna, menyebabkan tidak ada konsisten dari aspek kualiti dan tempoh penghantaran.

“Dengan adanya CLASS, hab itu akan menyeragam proses pemeriksaan pra-penghantaran ke atas semua kenderaan PROTON, sama ada untuk pasaran domestik mahupun eksport, sekali gus menjamin kualiti, selain mempercepatkan tempoh penghantaran kepada pengedar,” katanya pada majlis perasmian hab berpusat CLASS di Sijankang, Klang semalam. Perasmiannya disempurnakan Bekas Perdana Menteri yang juga Penasihat PROTON, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Syed Zainal berkata, proses CLASS memberikan PROTON kelebihan kerana ia turut membolehkannya mengurangkan pelbagai masalah, termasuk pengendalian berganda sebanyak 40 peratus, mengurangkan tempoh menunggu kepada maksimum tiga hari, mengurangkan kecacatan sekunder dan mengurangkan lebihan inventori.
Bermula April 1, PROTON Edar Sdn Bhd mula memanfaatkan hab logistik berpusat Proton dalam usaha menambah baik rantaian bekalannya. Semua kenderaan daripada kilang pengeluaran di Shah Alam akan dihantar ke Sijangkang bagi pemeriksaan pra-penghantaran (PDI) dan penyimpanan sebelum dihantar ke pengedar seluruh negara.

Kenderaan dari kilang pemasangan di Tanjung Malim pula akan dihantar ke hab logistik berpusat yang terletak dalam kompaun sama. “Kedua-dua hab itu membolehkan kami mengukuhkan kedudukan di pasaran domestik dan global dengan memusatkan operasi dan perkhidmatan bagi menambah baik keberkesanan penghantaran kenderaan dalam keadaan sebaik mungkin kepada pelanggan,” katanya. Majlis sama turut menyaksikan perjanjian perkhidmatan dimeterai antara PROTON Edar dan Konsortium Logistik Bhd (KLB) bagi menetapkan tahap perkhidmatan dari aspek penyelenggaraan penyimpanan, PDI dan persediaan penghantaran. Syed Zainal berkata, kedua-dua hab di Tanjung Malim dan Sijangka itu membabitkan pelaburan sekitar RM30 juta dengan keupayaan memuatkan 13,000 kereta dalam satu-satu masa.

sumber : Berita Harian
1 comments

Karamjit Singh Muncul Semula APRC di akhir minggu ini Rally of Queensland, memandu Cusco Satria Neo 2WD!



Karamjit Singh, Pemandu Rally paling berjaya di Asia kini akan muncul semula hujung minggu ini di Rally of Queensland Australia. Beliau akan bersaing sebagai pemandu persendirian dengan co-driver India Vivek Ponnusamy. Juara APRC berganda itu kali ini akan memandu Proton Satria Neo 2WD Cusco! Selepas enam tahun menyepi, kini beliau muncul atas usaha dana keluarga dan rakan-rakan terdekat. Untuk tahun depan, Karamjit ingin membuat kemunculan semula dalam kategori Kumpulan N 4WD, jika ada cukup sokongan. Semoga beliau berjaya untuk muncul juara!
1 comments

Perodua jangka operasi pulih sepenuhnya Julai



KUALA LUMPUR 4 Mei - Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) menjangkakan operasinya akan pulih sepenuhnya menjelang Julai ini, lebih awal daripada jangkaan sebelumnya.

Pengarah Urusannya, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, bencana alam di Jepun telah menjejaskan bekalan bagi 23 komponen enjin dan aksesori bagi model Myvi, Viva dan Alza.

Antara komponen utama yang terlibat ialah unit kawalan enjin, transmisi automatik elektronik, sistem brek dan cat metalik.

''Dengan bantuan Daihatsu Motor Company (DMC), kami menjangkakan pemulihan sepenuhnya dapat dilihat pada bulan Jun dan operasi kembali pada landasan menjelang Julai nanti,'' katanya pada taklimat akhbar di sini hari ini.

Aminar mengakui bahawa pihaknya turut mengalami pembatalan tempahan akibat kelewatan penghantaran kereta keluarannya yang menunggu komponen dari jepun tetapi jumlahnya terlalu kecil sekitar satu hingga dua peratus daripada jualan keseluruhan.

Beliau juga mengumumkan Perodua akan membina kilang transmisi automatik elektronik (EAT) dengan pelaburan antara RM200 juta hingga RM250 juta.

Katanya, projek itu akan dimulakan pada suku keempat tahun ini dan pengeluaran dijangka dapat dilihat pada suku keempat tahun depan.

Tambahnya, produk yang dihasilkan itu akan digunakan untuk keperluan domestik dan dieksport.

''Pembinaan kilang ini adalah merupakan strategik Perodua untuk meningkatkan kecekapan dan pada masa sama mengurangkan kos,'' ujarnya.

Bagaimanapun, beliau tidak dapat mengulas tentang pengagihan ekuiti dalam kilang itu, sama ada ia turut disertai oleh DMC atau pihak-pihak lain.

''Semuanya (pegangan ekuiti) masih dalam rundingan, lokasinya juga belum dimuktamadkan lagi,'' tambahnya.

sumber : Ututsan Online
2 comments

Tidak perlu untuk bergabung


KUALA LUMPUR 4 Mei - Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) tidak nampak sebarang faedah menggabungkan syarikat itu dengan Proton Holdings Bhd. (Proton).

Pengarah Urusannya, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, pendirian itu telah dinyatakan kepada Majlis Tindakan Ekonomi Negara.

Menurut beliau, walaupun tidak bergabung, Proton-Perodua masih boleh bekerjasama dalam aspek-aspek lain.

''Sebenarnya, Datuk Seri Syed Zainal Syed Tahir (Pengarah Urusan Proton) telah pun memaklumkan kepada media mengenai kerjasama itu.

''Seperti kata Syed Zainal, saya juga berpendapat bidang-bidang berkenaan memang berpotensi untuk bekerjasama dua pihak,'' kata beliau ketika ditanya tentang pendirian Perodua terhadap cadangan penggabungan antara dua syarikat kereta nasional itu.

Sambil menyatakan beberapa pertemuan telah dilakukan, Aminar menambah, kerjasama itu boleh dibentuk menerusi perolehan dalam bahan-bahan mentah, pembangunan vendor dan perkongsian sokongan.

Sementara itu, Aminar berkata, model terbaharu keluaran Perodua dijangka dipasarkan antara bulan ini dan Ogos ini mampu membantu syarikat itu mencapai unjuran asal jualan tahun ini berjumlah 195,000 buah.

Aminar berkata, pada bulan April lalu, pihaknya hanya mengunjurkan jualan 13,800 buah kenderaan berbanding bulan Mac sebanyak 17,900 buah dan menjangkakan prestasi yang sama pada Mei ini.

''Walaupun bekalan alat ganti dan komponen terjejas, kami tetap mempertahankan unjuran jualan asal.

''Kami mempunyai lapan bulan lagi untuk mencapai sasaran jualan dan pelancaran model terbaharu nanti akan membantu (meningkatkan jualan,'' kata beliau.

Aminar yang diasak dengan pelbagai soalan mengenai tarikh pelancaran model terbaharu itu, beliau berkata: ''Saya belum mendapat ilham lagi, tunggu''.

''Kad jemputan bagi uji pandu akan dihantar. Kalau sudah terima (kad) bermakna sudah hampirlah dengan hari pelancaran,'' ujar beliau sambil enggan mengulas sama ada ia benar-benar model baharu sepenuhnya atau sekadar dipertingkatkan.

''Apa yang boleh saya katakan ia adalah kenderaan kompak berkuasa antara 650cc sehingga 1.5 liter,'' ujarnya.

Aminar berjaya mengawal keghairahan wartawan mengenai model terbaharu itu berkata: ''Saya cuma boleh memberi jaminan bahawa model terkini ini adalah mampu milik harganya, berkualiti tinggi, lebih baik prestasi pemanduan, kawalan emisi dan menjimatkan petrol."

sumber : Utusan Online
0 comments

PERSONA R DITEMUI LAGI BERSAMA ASTRA



Persona R ditemui lagi, kini berlegar di sekitar bandaraya pula. Amat jelas sekali Persona R ini besar dan tinggi. Beberapa gambar di bawah pula merupakan dua Persona R bersama Astra hatchback di lebuh raya. Saya pasti, kemunculan Persona R menjanjikan sesuatu kelainan untuk produk Proton.





sumber : paultan.org
7 comments
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2014 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Azelery Published by Shin Chan
Proudly powered by Blogger