TEAM LOTUS BELI CATERHAM


LONDON 27 April - Pasukan Formula Satu, Team Lotus hari ini mengesahkan pembelian pembuat kereta sports Britain Caterham Cars dan berikrar untuk membangunkan generasi seterusnya bagi model ikonik Seven.

Seven yang direka oleh pengasas Lotus, Colin Chapman pada 1957 telah dibuat oleh Caterham sejak 1973, apabila syarikat itu memiliki hak terhadap kereta dua tempat duduk (two-seater roadster).

Prinsipal Team Lotus, Tony Fernandes dalam satu kenyataan berkata, perjanjian itu akan membawa Caterham ke tahap yang baru.

''Caterham mempunyai kedudukan unik dalam dunia permotoran,'' katanya yang juga pengasas syarikat penerbangan tambang murah Malaysia, AirAsia Bhd.

''Ia juga merupakan kebanggaan warga Britain, mempunyai reputasi disegani dan unik dalam industri terutama bagi prestasi dan kecemerlangan kejuruteraan,'' jelasnya.

Di bawah terma perjanjian, Caterham akan terus diuruskan oleh Pengarah Urusannya sekarang iaitu Ansar Ali yang berkata, kerjasama itu membolehkan firma tersebut menjadi jenama dikenali di peringkat global.

''Ia merupakan lembaran baru yang menarik bagi Caterham,'' kata Ali.

''Sehingga kini, pendedahan Caterham terhad hanya kepada reputasi dan legasi Seven sahaja.

''Kini Seven mempunyai peluang terbaik untuk berkembang dan berpeluang menambah 'keluarga Caterham' selain Seven dan SP/300R serta berkembang kepada perniagaan global,'' katanya.

Model Seven menjadi terkenal apabila digunakan dalam siri televisyen The Prisoner, ia dipandu oleh watak utamanya Patrick McGoohan. - AFP

1 comments

JUALAN SAGA BAKAL LEPASI 80 000 UNIT?


KUALA LUMPUR 26 April - Proton Edar Sdn. Bhd., (Proton Edar), yakin jualan model Saga akan melepasi 80,000 buah bagi tahun kewangannya berakhir 31 Mac nanti.

Pengurus Besar Bahagian Pemasaran Proton Edar, Sidik Abdul Hamid berkata, jumlah yang disasarkan itu melebihi apa yang berjaya dijual sepanjang tahun kewangan sebelumnya iaitu 78,000 buah.

Beliau berkata, model Saga masih menjadi pilihan dan taruhan Proton untuk mengekalkan jumlah jualan tertinggi sepanjang tahun kewangan ini.

"Saga masih menjadi pilihan pembeli dan kita yakin jumlah itu akan mencapai sasaran yang ditetapkan selain mengadakan pelbagai kempen kesedaran dan promosi," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan kempen 'Persona, sememangnya lebih sempurna' serba baru di sini hari ini.

Kempen selama lima bulan itu akan mendekati rakyat Malaysia menerusi platform lain daripada yang lain untuk memupuk keyakinan kepada bakal pembeli.

Menurut Sidik, selain Saga model Persona turut menjadi pilihan orang ramai dan antara model terlaris ketika ini.

Beliau berkata, jualan Persona kini mencecah 3,800 buah sebulan dan kadang-kadang ia boleh mencecah 4,000 buah sebulan.

"Jualan Persona kadang-kadang boleh meningkat naik mendadak, sebagai contoh sebelum musim perayaan seperti Hari Raya dan Tahun Baru Cina," katanya.

Sidik berkata, Persona bukan sahaja menawarkan harga kompetitif dan berkualiti tetapi memberi keyakinan dari segi pemanduan serta menepati gaya hidup masa kini.

Manakala jualan Inspira pula lebih 1,000 buah sebulan.


SUMBER : UTUSAN ONLINE

23 comments

ENJIN HIJAU PERODUA PMfLFC DI MSAM 2011



Semalam saya berkesempatan meninjau sekitar MSAM 2011 di Kompleks Stadium Ipoh Perak. Terdapat banyak pameran sehingga rambang mata yang mana satu harus dituju. Di sini saya kongsikan beberapa gambar mengenai Perodua Bezza dan enjin hijau mereka.

Terdapat dua enjin yang dipamerkan di booth Daihatsu/Toyota iaitu pembangunan enjin hijau Perodua yang digunakan pada Perodua Bezza. Enjin hijau Perodua dimajukan di bawah Pelan Induk Pembangunan Enjin Hijau syarikat itu dengan kerjasama Daihatsu Motor Corporation, Jepun.

Pelan Induk Pembangunan Enjin Hijau PERODUA bermatlamat menghasilkan enjin yang menggunakan Sistem Bahan Api Cecair Bebas Logam Berharga (PMLFC) iaitu yang pertama seumpamanya di Malaysia.

Sistem PMLFC tidak menggunakan petrol atau diesel sebagai bahan bakar, sebaliknya bahan api alternatif yang tidak mengandungi logam berharga, sekali gus menjadikannya lebih mesra alam dan menjimatkan. PERODUA berpendapat kos menghasilkan kenderaan elektrik atau hibrid sangat tinggi dan harganya juga mahal.

Saya berpendapat, apa yang kita lihat pada gambar di bawah, Perodua Eco Engine itu dibangunkan oleh Daihatsu kerana model platform kenderaan tersebut hanya menyatakan logo Daihatsu dan tulisan berbahasa Jepun sahaja.

Di booth Perodua pula dipamerkan Model Bezza direkabentuk sepenuhnya oleh kakitangan Perodua. Dengan ciri-ciri masa depan seperti bumbung lutsinar, Lampu LED serta ciri-ciri menarik signal sisi dan pembuka pintu automatik. Model Bezza ini saya lihat hanya bersaiz sebesar Alza.



















6 comments

Petronas lancar minyak transmisi automatik



PUTRAJAYA 21 April - Proton Holdings Bhd. (Proton) hari ini melancarkan minyak transmisi automatik pertamanya, ATF-XP3 hari ini hasil kerjasama dengan Petroliam Nasional Bhd. (Petronas).

Minyak berkualiti tinggi itu yang mula dipasarkan esok, sesuai untuk kereta Proton model Saga (1985-2007), Saga BLM, Iswara, Wira, Satria, Satria Neo, Pesona dan Exora.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Mohamad Shukor Ibrahim berkata, ATF-XP3 merupakan perintis kepada usaha Proton untuk menghasilkan minyak pelincir sendiri pada masa depan.

Katanya, Proton telah memeterai perjanjian Membekal dan Teknikal Komersial dengan anak syarikat Petronas iaitu Petronas Dagangan Bhd. (PDB) bahagian minyak pelincir pada tahun lalu.

Beliau berkata, perjanjian selama 10 tahun tersebut, meliputi kerjasama dalam bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi menghasilkan minyak pelincir yang sesuai dan mampu meningkatkan keupayaan enjin Proton.

''Selepas ATF-XP3, kami akan melancarkan minyak enjin berkualiti tinggi sendiri tidak lama lagi bagi kegunaan domestik dan juga eksport.

"Kerjasama Proton dengan Petronas sudah bermula sejak tahun 1985 lagi, tetapi selepas perjanjian tersebut kerjasama yang lebih jitu telah dimeterai bagi kebaikan bersama,'' katanya pada sidang akhbar selepas pelancaran ATF-XP3, dekat sini hari ini.

Turut hadir Pengurus Besar PDB, Shobri Abu Bakar.

Mohamad Shukor berkata, pasaran minyak transmisi automatik dianggarkan melebihi 700,000 liter setahun dan pihaknya optimis ATF-XP3 mampu memberi pulangan kepada Proton.

Sementara itu, Shobri berkata, PDB telah menjalankan proses R&D hampir setahun ke atas ATF-XP3 bagi memastikannya mampu memberi prestasi yang terbaik untuk pengguna.

"Antara kelebihan ATF-XP3 adalah pertukaran transmisi yang lebih lancar, memanjangkan hayat sistem transmisi dan memberi prestasi optimum pada suhu tinggi serta rendah,'' jelasnya.

ATF-XP3 dijual pada harga RM29.96 di Semenanjung Malaysia manakala RM30.46 untuk Sabah dan Sarawak.

Mengulas mengenai Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) berkaitan automotif yang mungkin dilaksanakan tahun depan, Mohamad Shukor berkata, perkara tersebut memberi sedikit impak kepada Proton.

"Proton mungkin bersedia sepenuhnya dalam tempoh lima tahun lagi. Kita perlu meningkatkan kualiti produk dan perkhidmatan untuk terus bersaing,'' ujarnya.

sumber : Utusan
0 comments

Terkini Perodua Myvi 2011!!



Kali ini lebih jelas kita melihat Myvi 2011. kali ini takde lagi tampal-tampal sana sini cuma lampu sahaja yang dilindung. Apakah mudah kita melihat banyak gambar dengan jelas Myvi baru termasuk juga Myvi SE 2011? Mungkin juga pelancaran Myvi ini semakin hampir. Baru sahaja tadi saya terserempak dengan Exora FL. nampaknya Exora FL pun tak kurang hebatnya. Mungkin Pihak Proton dan Perodua akan melancarkan model-model baru dalam masa terdekat.





2 comments

Youngman ARTIGA... Satria Neo R3?



Inilah kereta konsep yang dibawakan melalui paultan.org kepada anda dari Shanghai Autoshow 2011. Kereta ini merupakan model konsep dari Youngman yang dinamakan ARTIGA. Model asas daripada Satria Neo ini telah diberi sentuhan baru terutama bahagian muka depan. Muka depan menunjukkan rekaan Proton masa depan seperti model Saga FL dan Exora. Mungkinkah ia sebagai petunjuk pengganti Satria Neo masa kini? ARTIGA kemungkinan besar merujuk kepada R3 dalam sebutan bahasa Melayu R = Ar dan 3 = tiga atau mungkin ia sekadar kebetulan.























10 comments
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2014 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Azelery Published by Shin Chan
Proudly powered by Blogger