Exora testing di Fraser Hill oleh bro MyDear



Info yang diperolehi melalui blog funtastickodesign oleh MyDear ini merupakan ujian load test Exora yang menggunakan enjin Campro IAFM+ manual dan CVT di Bukit Fraser. Dibelakang Exora ini turut diletakkan bekas air untuk kegunaan 'load test'. Exora kali ini dilihat menggunakan sport rim rekaan baru beserta brake disc belakang. Mungkin Exora ini keluar sebelum Exora Turbo nanti.



0 comments

Nissan March/Mirca : EMAS mule test?



Mengikut sumber di Paultan.org, Nissan March/Mirca ini bukanlah model yang akan dipasarkan oleh pengedar tunggal Nissan di Malaysia iaitu Tan Chong Motor, tetapi merupakan model mule test oleh Proton untuk membangunkan Proton Emas. Kalau kita lihat pada trade plate jelas ia sebuah kenderaan yang sedang diuji oleh kebiasaannya Proton mahupun Perodua. Namun sumber daripada maklumbalas melalui blog tersebut menyatakan ia adalah mule test oleh Pihak Proton untuk model EMAS. Berita sebelum ini menyatakan Proton akan bekerjasama dengan Nissan untuk menggunakan platform Nissan March untuk model EMAS. Nampaknya belum sempat Myvi 2011 bermaharajalela, EMAS pula mengambil persaingan. Nampaknya, kali ini kedua-dua model iaitu MYVI dan EMAS akan bersaing sengit kerana kedua-dua model tersebut sangat menarik dan memenuhi kehendak pengguna. Tidak seperti dahulu persaingan MYVI dan SAVVY lebih memihak kepada MYVI. :)



6 comments

Terkini! : Perodua MYVI 2011 exterior & interior? (Update Pics)



Sekali lagi kita dikejutkan dengan gambar-gambar menarik perhatian semua pihak! inilah gambar Myvi SE 2011 yang mungkin dilancarkan tidak lama lagi. Pihak Perodua pernah menyatakan sebelum ini di mana mereka akan melancarkan model kompak baharu yang dijangka Julai atau September 2011 berkapasiti enjin 1.5.

Myvi SE ini nampaknya mungkin akan terus menerajui carta tempat pertama kereta di Malaysia jika ia benar-benar dilancarkan suatu hari nanti. Sangat menarik dan memenuhi citarasa pengguna. jika kita perhatikan pada Panel meter pula, terdapat dua jenis yang memungkinkan perbezaan model standard dan high line model.

Mungkin awal untuk saya ucapkan kepada Perodua sekalung tahniah kerana berjaya mengubah bentuk asal model kompak Daihatsu ini menjadi sangat extrem dan feminin. Walaupun begitu Perodua sebenarnya hebat dalam pengubahsuaian dan mereka mungkin akan terus menerajui sebagai jenama no 1 negara.

UPDATE : SPESIFIKASI DAN HARGA SILA KLIK LINK INI!








sumber : funtasticko design / prodas
23 comments

PERSONA R SPY SHOT!!!

Spyshot kali ini nampak lebih menarik dan jelas! Inilah Persona R yang kita nanti-nantikan. Satu lagi model Proton yang setaraf dengan jenama dunia seperti Honda dan KIA. Rupa-rupanya spyshot sebelum ini yang disangka Inspira facelift adalah Persona R. Gambar ini diambil di lokasi lebuh raya ELITE.


sumber : paultan.org

15 comments

Perodua Myvi 2011 spotted near Sungai Besi



Nampak gayanya Perodua Myvi Baharu sudah bersedia untuk dilancarkan setelah kita melihat spy shot ini! kelihatan rekabentuk sudah pun sempurna dan tiada lagi keadaan seperti sebelum ini. Gambar ini saya baru sahaja perolehi dari facebook paultan.org



4 comments

PROTON/GIUGIARO EMAS COUNTRY DI GENEVA 2011


Giugiaro Emas Country


Berita dari Geneva 2011 boleh dikira panas kerana model EMAS Country dipamerkan menggantikan VW GO kerana kereta konsep VW GO sedang mengadakan European Tour. Walaubagaimanapun model EMAS Country ini masih menggunakan nama asal iaitu EMAS tetapi menggunakan logo GIUGIARO Italdesign. hanya model ini sahaja dipamerkan, tidak terdapat model-model EMAS yang lain. mungkin juga model EMAS yang lain sudah jadi hak milik Proton secara sah. Proton EMAS dibangunkan oleh Proton dengan Giugiaro Italdesign. Namun selepas itu Volkswagen (VW) membeli Italdesign dan memperkenalkan model VW GO untuk pameran Geneva 2011.




Model Italdesign VW GO
3 comments

SATRIA NEO R3 TELAH DILANCARKAN!



Kini Satria Neo R3 telah dilancarkan. Walaupun hanya terdapat satu warna, namun ia dilengkapi ciri-ciri seperti talaan enjin R3, Dual Airbag, ABS dengan EBD, GPS dan pelbagai lagi. Harga adalah RM79 797 OTR. Sangat menarik dan amat sporty!



1 comments

Model Misteri daripada Proton lagi!



Menurut blog funtasticko, model ini ditemui di depan Proton. Kemungkinan ini adalah model Inspira phase 2, di mana selepas pelancaran setahun, Inspira akan diberi new facelift yang agak drastik. Mungkin juga gambar ini Persona R? Apa pula pendapat anda semua?, sila hantar komen.
2 comments

PROTON meterai MoU guna platform, enjin Nissan



Syarikat laksana kajian daya maju hingga 30 April

PROTON Holdings Bhd telah memeterai perjanjian persefahaman (MoU) dengan Nissan Motor Company Ltd yang mungkin menyaksikannya menggunakan platform serta enjin yang dimajukan pengeluar automotif ketiga terbesar dunia itu bagi kenderaan keluarannya.
MoU itu dimeterai pengeluar kereta nasional itu dengan syarikat automotif Jepun itu semalam.

“MoU itu akan membuka jalan ke arah kajian maju bagi bidang kerjasama khusus antara kedua-dua pihak, termasuk potensi penggunaan platform dan ‘powertrain’ Nissan.

“Tempoh bagi kajian daya maju itu bermula dari tarikh pemeteraian MoU dan akan berakhir 30 April ini, atau sehingga satu perjanjian muktamad dimeterai, yang mana terlebih dulu, kecuali dilanjutkan atas persetujuan bersama,” kata PROTON dalam kenyataan ringkasnya kepada Bursa Malaysia lewat petang semalam.

Pegawai PROTON ketika dihubungi bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung MoU itu enggan mengulas, tetapi katanya, syarikat itu dijangka mengeluarkan kenyataan media memperincikan MoU itu hari ini.

Bagaimanapun, awal Januari lalu, Berita Harian melaporkan mengenai rancangan PROTON menggunakan platform Nissan Fuga dengan kapasiti enjin 2.5 liter bagi model yang akan menggantikan Proton Perdana.
Mengikut laporan yang memetik sumber industri itu, sebagai permulaan Proton akan mengimport 150 unit model berkenaan dari Jepun dan membuat sedikit perubahan dalaman dan luaran untuk dipasarkan khusus untuk kegunaan kereta rasmi pegawai tinggi kerajaan, sebelum dipasarkan secara komersial.

Fuga yang bersaing dalam pasaran kereta eksekutif seperti Toyota Crown, Honda Legend, Mercedes-Benz E-class, Audi A6, BMW 5 series dan Jaguar XF, adalah kereta mewah Nissan yang menggunakan platform Nissan FM. Ia mula diperkenalkan di Jepun pada Oktober 2004.

Sementara itu, Pengarah Urusan Proton, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir ketika ditemui selepas mengiringi Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad melawat kilang Miyazu Malaysia Sdn Bhd di Tanjung Malim, Perak, semalam berkata, beliau yakin pengeluar kereta nasional itu masih mampu mencatatkan keputusan kewangan baik dalam tahun kewangan semasa berakhir 31 Mac ini, di sebalik kerugian dialaminya pada suku ketiga lalu.

“Adalah perkara biasa bagi sesebuah syarikat mengalami kerugian ketika menyusun semula perniagaan anak syarikatnya untuk pulih dan kembali mencatatkan keuntungan.

“Ini kami alami dalam suku ketiga lalu (yang mana Proton mencatatkan kerugian bersih RM60.1 juta) berikutan perbelanjaan penyusunan semula pelan transformasi perniagaan Group Lotus Plc. Namun ia (kerugian) adalah kecil dan dijangka tidak berterusan.

“Bersandarkan kepada strategi pemasaran dan penawaran model kereta pada harga wajar dalam segmen pasaran tepat, kami yakin masih mampu mencatatkan keuntungan positif bagi seluruh tahun kewangan ini,” katanya.

Miyazu Malaysia, syarikat usaha sama antara Proton, Miyazu Seisakusho dan Sojitz Corporation, adalah pereka dan pengeluar perkakasan, khusus untuk industri automotif.

Syed Zainal menegaskan, apabila selesainya pelan transformasi perniagaan lima tahun Lotus itu yang membabitkan pelaburan 480 juta pound (RM2.3 bilion) yang sedang dilaksanakan, pengeluar kereta sport itu bakal muncul penyumbang penting kepada keuntungan kumpulan mulai 2014, iaitu sekitar 30 peratus.

Dalam pada itu, Dr Mahathir yang juga adalah penasihat Proton berkata, syarikat itu memiliki dana mencukupi untuk membiayai penyusunan semula Lotus tanpa memerlukannya mendapatkan dana dari luar.

sumber : Berita Harian Online
1 comments

Myvi Sport/SE 2011?!


Gambar ini pastinya akan membuatkan anda sangat teruja apabila melihat Myvi baru ini. Model ini sama seperti yang dipamerkan di KLIMS 2010 yang lalu. Myvi ini mungkin edisi istimewa kerana sebelum ini kita pernah melihat spy shot Myvi 2011 yang bersahaja tidak seperti ini. Saya puji kepada Perodua kerana mampu mengubah rekaan asal Daihatsu kepada bentuk jenama Perodua, saya harap Perodua suatu hari nanti adalah diri mereka sendiri.
5 comments
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2014 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Azelery Published by Shin Chan
Proudly powered by Blogger