SPYSHOTS SUV pertama Europestar/Proton di China!



Model prototype yang menyerupai Exora pada artikel sebelum ini adalah pengganti Persona pada masa akan datang. Dalam satu perkembangan yang lain, di China Proton/Europstar SUV ditemui! satu perkembangan positif mengenai berita sebelum ini, Proton akan menghasilkan sebuah SUV untuk Europstar dan akan diambil semula oleh Proton sebagai SUV Proton. Di dalam gambar kita melihat beberapa komponen sedia ada adalah daripada model Exora dan L5 seperti lampu belakang dan depan serta pemegang pintu.

Apa yang pasti, model ini tentunya menggunakan platform Exora sepertimana Persona R. Kita tentu ketahui, pelaburan untuk membangunkan Exora suatu ketika dulu agak besar sebagai pelaburan jangka panjang. Platform Exora juga boleh dibangunkan sebagai sedan, SUV dan juga lori kecil. Begitu juga platform Savvy boleh dibangunkan sebagai small sedan dan compact car. Di tanahair, Proton sedang giat membangunkan model Persona R dan Emas.

Langkah Proton membangunkan model SUV untuk Youngman Europstar ini satu langkah bijak kerana pengeluaran SUV ini di China boleh mempercepatkan perancangan Proton sebagai jenama Global yang kukuh. Jika di Malaysia, Proton mengeluarkan Saga, Exora, Satria Neo, Persona R dan Emas; Youngman boleh mengeluarkan SUV untuk Proton dan Lotus.

Kita masih ingat lagi, dalam satu pameran automotif, Proton mempamerkan model SUV iaitu Proton MSX. Setelah lama menanti, akhirnya pada hari ini ia telah menjadi sebuah kenyataan.






9 comments

Proton Prototype spotted overseas up north!!!



Khabar terkini mengenai Prototype model Proton yang menggunakan model Exora. Ia dikatakan sedang menguji enjin terbaru Proton itu Campro CFE. Terdapat dua buah model prototype melalui info yang saya perolehi ini.













sumber : paultan.org
5 comments

Proton Exora CFE



Beberapa gambar Exora baharu diperlihatkan lagi. Exora turbo ini dijumpai di beberapa sekitar seperti di RNR Machap. Terdapat juga Exora Turbo dan Saga FL phase 2 sedang melakukan ujian menggunakan enjin IAFM plus dan kotak gear CVT. Dijangkakan Saga FL phase 2 ini akan dilancarkan tidak lama lagi.










Gambar Proton Exora Turbo! adakah ini yang dimaksudkan exora turbo? diperoleh dari FB Paultan.


4 comments

Mencari sepakat dua gergasi auto


KUALA LUMPUR 8 Feb. - Ketika cadangan bergabung menjadi sesuatu yang tidak memungkinkan, Perusahaan Otomobil Nasional Kedua Sdn. Bhd (Perodua) dilihat lebih bersedia untuk meningkatkan lagi kerjasama dengan Perusahaan Otomobil Nasional Bhd. (Proton).

Pakatan antara kedua-dua pengeluar kereta nasional itu, sebenarnya bukan asing kerana Perodua sendiri turut membekalkan kepala silinder engin Campro untuk kegunaan Proton.

Sehubungan itu, Perodua yang dikenali sebagai pengeluar kereta kompak terkemuka melalui kereta MyVi, kini dikatakan menunggu pelawaan Proton untuk duduk semeja mengadakan perbincangan.

Bagi syarikat usahasama Malaysia-Jepun itu terdapat peluang besar untuk bekerjasama dengan Proton dalam kepakaran peracuan logam (metal moulding) sambil menawarkan kepakarannya dalam peracuan plastik (plastic moulding).

Selain itu, pengeluar kereta nasional kedua itu juga berminat untuk menarik penyertaan Proton dalam pengeluaran transmisi automatik elektronik (EAT) yang dibangunkannya.

Perodua yang kini menguasai 31 peratus pasaran tempatan, sebelum ini telah mengumumkan cadangannya membina kilang EAT di kawasan kilang sedia ada di Rawang, Selangor melibatkan pelaburan awal berjumlah RM200 juta pada akhir tahun ini.

Difahamkan pembinaan kilang EAT itu merupakan sebahagian daripada pelan lima tahun Perodua yang disediakan untuk menghadapi liberalisasi pasaran tempatan pada 2020.

Pelan itu dikatakan secara dasarnya mendapat 'lampu hijau' daripada kerajaan untuk dilaksanakan dengan matlamat yang jelas ditetapkan bahawa pengeluar kereta tempatan perlu mampu berdaya saing apabila pasaran dibuka sepenuhnya.

Perodua juga cenderung menyaksikan pembentukan pengeluar komponen bersama atau common vendors di kalangan kedua-dua pengeluar kereta tempatan itu kerana terdapat juga pengeluar Proton turut membekalkan komponen kepada Perodua dan juga sebaliknya.

Sekiranya langkah itu disahut oleh Proton, kedua-dua pihak, antara lain mampu menetapkan satu piawaian seragam untuk pembangunan dan pembekalan komponen atau bahagian kenderaan tempatan, dan bukan dua piawaian yang tinggi mutunya seperti sedia ada.

Perodua sendiri telahpun mengemaskini keupayaan para pengeluar komponennya yang mana bilangannya dikurangkan kepada 300 daripada 500 syarikat untuk memastikan hanya mereka yang berkelayakan dan mampu memenuhi kualiti yang ditetapkan menjadi pembekalnya.

Difahamkan langkah berkenaan dilihat penting untuk memastikan penghasilan produk akhir yang tinggi mutunya kerana kegagalan para pengeluar komponen tempatan yang kini dihantui masalah pekerja berkualiti, akan menjejaskan keupayaan syarikat kereta nasional kedua bersaing di pasaran terbuka.

Malah, ia memungkinkan pasaran industri automotif tempatan dibuka lebih awal tetapi persoalan pokoknya adalah sejauh mana keupayaan mereka memenuhi keperluan yang ditetapkan.

Pada masa ini, Perodua tidak mempunyai masalah untuk sekurang-kurangnya mempertahankan kualiti produk dan beban yang lebih berat untuk berbuat demikian banyak terpikul di bahu pihak para pembekal berkenaan.

Kejayaan menggunakan kandungan komponen tempatan yang tinggi dalam pengeluarannya akan memastikan Perodua mampu mengekalkan kos semasa yang dijangka meningkat tinggi apabila pasaran tempatan membuka pintu persaingan sepenuhnya kelak.

Selain itu, kewujudan pengeluar komponen yang berkaliber dan bermutu tinggi dijangka akan menarik pelabur-pelabur asing untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat pengeluaran automotif di rantau ini, kata beliau.


sumber artikel : Utusan

4 comments

Proton umum jualan terhad R3 Satria Neo



KUALA LUMPUR 8 Feb. - Pengeluar kereta nasional, Proton Holdings Bhd. memperkenalkan Proton R3 Satria Neo untuk dijual dalam bilangan terhad.

Model R3 Satria Neo berharga RM79,797 (MT Metalik) dan boleh didapati melalui tempahan serta merta di semua bilik pameran Proton Edar di Semenanjung Malaysia, kata Proton dalam kenyataannya hari ini.

Katanya, yuran tempahan adalah RM2,000 dan pelanggan awal akan dijemput ke acara pelancaran itu.

Pengarah Urusan Kumpulan Proton, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, model itu adalah kesinambungan kepada pembabitan dan kepakaran Proton dalam sukan bermotor yang akan melihat model generasi baharu terpilih disuntik dengan elemen dinamik dan keseronokan yang lebih hebat.

Ditawarkan dalam warna ekslusif "Fire Red" dengan bumbung bercat hitam, R3 Satria Neo mempunyai bentuk luaran yang berbeza daripada model-model sebelumnya.

R3 Satria Neo dilengkapi naik taraf Peringkat 2 kepada enjin standard 1.6 liter CAMPRO S4PH dan mempunyai brek kuasa kuda 145 pada 7,000 rpm dan kuasa terjahan 168 nM pada 5,000 rpm.

sumber artikel : Utusan / Sumber gambar : funtastickodesign

0 comments

Persona R part?



Menurut Kereta.info, terdapat part seperti headlamp untuk Persona R berjaya dirakam. Dan kini terdapat pula gambar grill depan Persona R. Kedua-dua gambar ini sangat mirip dengan model Proton Tuah yang dipamerkan di KLIMS 2010. Mungkin anda mempunyai pendapat?


6 comments

L5 wajah baharu dijual Pada Mac 2011



Menurut Sohu, selepas model L3, Youngman akan melancarkan model kedua L5 secara rasmi pada Mac 2011. Sebelum ini kita ada melihat model yang dikenali kod GHK7167A dan GHK7167BA pada bulan April 2010 di Beijing Auto Show dan pada Disember 2010 di Guangzhou Auto Show di mana L5 dilancarkan.

L5 masih menggunakan enjin Campro CPS 1.6L yang diimport dari Proton sebuah pengeluar automobil Malaysia yang mana prestasi dipertingkatkan. Beberapa perubahan kosmetik luaran memperlihatkan grill depan diubah di mana sebelum ini terdapat grill besar berkilat. Disamping itu jika kita lihat pada gambar, terdapat tambahan lampu LED dan rekaan kali ini lebih kemas. Selain itu, maklumat yang diperoleh adalah Youngman dijangka akan mengeluarkan model seterusnya L6 dan L7 disamping model SUV pada hujung tahun ini.





2 comments

Wajah Baru Hyundai i10



Hyundai kini memperkenalkan model i10 berwajah baharu. Perubahan yang dibuat adalah pada interior serta luaran yang mempunyai kesinambungan daripada model baharu Hyundai lain seperti ix35 dan ix20. Selain daripada kosmetik, i10 turut dipasang enjin 1.0 liter Kappa menggantikan enjin 1.1 liter Epsilon. Enjin 3 silinder Kappa dikatakan lebih jimat minyak dengan emisi yang sangat rendah.

i10 wajah baharu didatangkan dengan 4 varian iaitu Blue, Classic, Active dan Style dengan peralatan standard seperti 4 beg udara, enam pembesar suara, tingkap elektrik dan central locking. Hyundai i10 dijual pada harga GBP 8,195 untuk model Classic.

i10 amat sesuai digunakan untuk kegunaan seharian terutama di dalam bandar. Mungkin anda kini mempunyai pilihan selain model-model lain yang ada di pasaran. Pada saya model i10 ini menarik dan memikat hati.




0 comments

Proton Prototype Spyshot 2011?!!



Gambar-gambar ni saya ambil dari facebook Paultan. jom layan Exora misteri ini.







0 comments
 
www.azelery.com dahulu dikenali saluran07.blogspot.com
Copyright © 2007-2014 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Azelery Published by Shin Chan
Proudly powered by Blogger