Wajah Sebenar Myvi 2011?!!
Perodua akan melancarkan alza exclusive edition
Dalam satu kenyataan di sini pada Rabu, Perodua berkata harga muktamad, ciri-ciri tambahan dan tarikh tempahan akan diumumkan tidak lama lagi.
Pengarah Urusannya, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata Perodua adalah syarikat kereta nombor satu di segi jualan sejak lima tahun berturut-turut sehingga Disember tahun lepas.
"Tahun lepas, kami telah menjual kira-kira 188,600 unit dengan penguasaan agihan pasaran 31.2 peratus berbanding dengan 8,880 unit yang dijual dan agihan pasaran 4.4 peratus pada 1994," katanya.
Dr Mahathir diberi beri sambutan meriah pada lawatan di ibu pejabat Perodua di Rawang itu. Beliau pernah melakukan lawatan kira-kira 10 tahun lepas.
Ribuan pekerja, yang diketuai Pengerusi Perodua Tan Sri Asmat Kamaludin, anggota lembaga pengarah serta pengurusan kanan menyambut ketibaan Dr Mahathir.
Bersempena lawatan itu, Perodua menghadiahkan satu unit Alza, kenderaan pelbagai guna yang popular yang menggunakan nombor plet 2020 kepada Dr Mahathir, yang melambangkan Wawasan 2020, iaitu rancangan jangka panjang yang diperkenalkannya.
Perodua turut menjanjikan untuk menderma RM1,000 daripada jualan setiap unit Alza Exclusive Edition kepada Yayasan Kepimpinan Perdana.
Jumlah keseluruhan derma Perodua dijangka RM500,000.
"Badan korporat atau individu turut dialu-alukan membuat sumbangan.
"Mereka digalak membayar lebih bagi harga Alza Exclusive Edition dan Perodua akan menyerahkan sumbangan masing-masing kepada yayasan itu," kata Aminar.
- BERNAMA
Dua pasukan 'rebut' nama Lotus
Hakim Mahkamah Tinggi British kelmarin menolak permohonan untuk mempercepatkan perbicaraan mengenai kes perebutan dua pihak - Proton dan Kumpulan Tony Fernandes dengan menegaskan perbicaraan akan dijalankan 21 Mac depan selepas perlumbaan pembukaan musim 2011 di Bahrain.
Pasukan Lotus, yang dimiliki pengasas AirAsia, Tony yang menggunakan jenama itu dalam saingan F1 musim lalu mendakwa memiliki hak sah dari segi undang-undang daripada sisa-sisa pasukan F1 lama manakala Lotus Group yang dimiliki Proton mendakwa mereka mempunyai hak terhadap nama itu dan kini akan menyertai saingan F1 musim ini sebagai penaja utama pasukan Renault.
Lotus Group memohon keputusan awal kelmarin tetapi ditolak mahkamah hinggakan pihak Team Lotus menyifatkan ia kemenangan awal buat mereka.
“Team Lotus gembira kami berjaya dalam permohonan keputusan awal hari ini dan pihak hakim menolak permohonan Group Lotus sebelum mendengar hujah perundangan kedua-dua pihak,” kata Team Lotus dalam satu kenyataan.
“Kami yakin kami akan berjaya dalam perbicaraan penuh dan kini kami boleh fokus terhadap cabaran dalam perlumbaan F1 2011.”
Ia juga bermakna musim ini bakal menyaksikan dua pasukan, Lotus-Renault dengan warna hitam dan emas manakala Team Lotus yang turut menggunakan enjin Renault menggunakan warna sama sebaik berakhir musim lalu.
Proton yang juga pengeluar kereta nasional yang memiliki pasukan Lotus-Renault, mendakwa bahawa kumpulan Tony tidak berhak menggunakan nama Lotus dan mengusulkan bantahan namun kekalahan permohonan itu bukan kekalahan keseluruhan kes kerana ia hanya bermakna hakim memutuskan terdapat isu yang perlu didengar pada perbicaraan penuh. – Agensi
sumber : Berita Harian
Kerajaan tak akan paksa penggabungan Proton-Perodua
Katanya sebarang penyelesaian atau cadangan perlu dipersetujui oleh kedua-dua pemegang saham berkepentingan."Kita tidak boleh memaksa mereka membuat keputusan kerana terdapat satu spektrum yang panjang. Pada satu pihak, terdapat kerjasama longgar dan pada satu pihak lagi, satu penggabungan, yang masih belum diputuskan," katanya kepada pada pemberita pada majlis penandatanganan antara SME Corporation Malaysia dan SME Bank di sini hari ini.
Katanya kerajaan akan menggalakkan dan mengadakan perbincangan dengan kedua-dua syarikat.
Mustapa terlibat di dalam perbincangan secara individu dengan kedua-dua syarikat itu.
"Ia adalah kerjasama utama dan kerjasama antara Proton dan Perodua dan bukan satu proses yang mudah," katanya.
Secara jelasnya, katanya banyak berlaku penggabungan dan adalah masuk akal bagi kedua-dua syarikat untuk bekerjasama dan menjadikan industri automotif kompetitif.
Adalah dilaporkan sebelum itu bahawa kerajaan telah memberi isyarat mengenai keperluan bagi dilakukan penggabungan di dalam industrri automotif, terutama antara Proton dan Perodua. - BERNAMA
Pasukan Lotus milik Tony Fernandes menang bicara pusingan pertama
Proton, pengeluar kereta nasional yang memiliki pasukan Lotus-Renault, mendakwa bahawa kumpulan Tony tidak berhak menggunakan nama Lotus. Perbicaraan penuh telah dipercepatkan kepada 21 Mac.
Berikutan keputusan itu, Tony menyatakan beliau "sanggat sangat gembira dengan keputusan hari ini."
"Dan, sangat gembira bahawa perbicaraan penuh telah dipercepatkan kepada 21 Mac. Yang benar, kebiasaannya, akhirnya menang," katanya.
Dalam satu kenyataan, Pasukan Lotus berkata mereka sangat gembira atas kejayaan pada perbicaraan permohonan penghukuman terus di London itu pada Isnin dan hakim telah menolak permohonan berkenaan walau pun sebelum dilakukan penghujahan oleh peguam kedua-dua pihak.
"Walau pun keputusan itu tidak pernah meragukan, ia bermakna kami telah memulakan musim 2011 di bawah nama Pasukan Lotus," katanya.
"Sambil kami menjangka hakim akan menolak permohonan ini, adalah baik untuk mendapat keputusan secara hitam putih," kata Pasukan Lotus.
Katanya hakim juga merasakan langkah mempercepatkan tarikh perbicaraan penuh ke hadapan adalah demi kepentingan semua pihak dan ia kini ditetapkan pada 21 Mac daripada memerlukan Pasukan Lotus menunggu sehingga musim gugur 2011 atau kemudian lagi.
"Kami terus berkeyakinan bahawa kami akan berjaya pada perbicaraan penuh dan kami kini boleh fokus pada cabaran yang mendatang di dalam Kejohanan Dunia FIA Formula One 2011," kata Pasukan Lotus.
Berdasarkan laporan, kekalahan permohonan kumpulan Proton bukan kekalahan keseluruhan kes kerana ia hanya bermakna hakim memutuskan terdapat isu yang perlu didengari pada perbicaraan penuh. - BERNAMA
Proton tidak bernasib baik di Rali Monte Carlo – terkeluar seawal pusingan pertama
Nasib nampaknya tidak menyebelahi pasukan rali Proton apabila jentera Satria Neo S2000 yang dipandu oleh Chris Atkinson gagal menamatkan perlumbaan dalam saingan awal musim Rali Antara Benua (IRC) Monte Carlo. Hanya mampu bergerak sejauh 700 meter, Satria Neo yang dipandunya berhenti disebabkan masalah elektrikal. Agak pelik kerana masalah tersebut tidak berlaku sewaktu proses ujian dan latihan dilakukan sebelum itu.
Spyshot New Yamaha 135LC!!!
sumber : Pelancaran Yamaha Jupiter MX 2011 (135LC) di Indonesia / YamahaT135.com
Fairuz Fauzy sertai Lotus Renault
Image © Lotus Racing
Bekas pemandu simpanan Lotus Racing, Fairuz Fauzy telah menyertai pasukan lawan Lotus Renault dalam posisi yang sama.
LONDON, (D5 Sports) - Bekas pemandu pasukan Lotus Racing, Fairuz Fauzy disahkan telah menyertai pasukan lawan Lotus Renault sebagai pemandu simpanan.
Robert Kubica dari Poland dan Vitaly Petrov dari Rusia pula akan menjadi pemandu utama pasukan tersebut.
Menurut Fairuz dalam satu kenyataan, beliau amat berbangga kerana dapat menjadi sebahagian daripada salah satu pasukan ternama dalam arena Formula Satu.
"Ini merupakan peluang yang baik buat saya untuk memperbaiki diri sebagai seorang pemandu dan harapan saya ialah untuk memandu dalam perlumbaan sebenar satu hari nanti," ujar Fairuz.
Fairuz dipersembahkan oleh prinsipal pasukan Eric Bouiller dalam satu sidang media yang diadakan di kilang Lotus GP di Oxfordshire, UK.
Air Bag diwajibkan mulai 2012 untuk semua kenderaan
Beliau berkata langkah itu bagi mengelak risiko lebih tinggi termasuk kematian terhadap pemandu atau penumpang yang terlibat dalam kemalangan jalan raya. Katanya, kerajaan memandang serius kadar kemalangan jalan raya sekarang terutama yang membabitkan kemalangan maut akibat tiada peralatan keselamatan yang cukup pada kenderaan awam.
“Mulai tahun depan, kerajaan akan mewajibkan semua kenderaan dipasang beg udara bagi keselamatan pemandu dan penumpang kenderaan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya sempena Tahun Baru Cina 2011, di sini, hari ini.
Katanya, kementerian berkenaan akan memastikan kenderaan yang diperbuat di negara ini termasuk kereta nasional memasang alat keselamatan berkenaan sebelum ia dikuatkuasakan sepenuhnya mulai tahun depan.
Kong berkata kenderaan import mungkin tidak menghadapi masalah kerana kebanyakannya telah dipasang alat keselamatan berkenaan sebelum dijual di negara ini.
Beliau berharap dengan peraturan-peraturan baru yang diperkenalkan itu kerajaan dapat mengurangkan kadar kemalangan maut terutama yang membabitkan penumpang bahagian depan kenderaan.
Katanya, hasil kajian Institut Penyelidikan dan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) mendapati kebanyakan kes kemalangan maut adalah membabitkan penumpang bahagian depan kenderaan yang tidak menggunakan alat keselamatan, termasuk beg udara dan tali pinggang keledar. - BERNAMA
Proton Exora Turbo spyshot pic!
Penantian pengguna MPV untuk melihat Exora Turbo kini semakin hampir. Sebelum ini pengenalan model Exora mendapat beberapa reaksi positif mahupun negatif. Komen pengguna seperti kekurangan daya prestasi Exora oleh sesetengah pihak sebenarnya tidaklah berasas. Namun untuk itu, Proton kali ini akan mengeluarkan model Exora FL CFE yang dilengkapi dengan prestasi yang lebih terbaik dengan beberapa perubahan terutama dari segi enjin dan facelift. Enjin yang menjanjikan kekuatan prestasi dan penjimatan bahan bakar. Saya juga berminat melihat bumper hadapan, tidaklah seperti sebelum ini..
sumber : funtastickodesign / prodas
Satria Neo R3 RED dipamerkan di Tokyo Auto Salon 2011
sumber : funtastickodesign
Satria Neo ditala oleh CUSCO di Tokyo Auto Salon 2011
sumber : prodas blog
Perodua Kekal Di Tempat Pertama
RAWANG, 12 Jan (Bernama) — Perodua mengekalkan kedudukannya untuk tahun kelima berturut-turut di kalangan syarikat kereta di Malaysia, meningkat 13 peratus dan rekod jualan 188,600 unit tahun lepas dengan model MyVI muncul sebagai model jualan paling laris di Malaysia.
Dalam proses itu, ia menguasai 31.2 peratus kepentingan pasaran kereta negara.
“Jualan tahun lepas didorong oleh permintaan menggalakkan untuk kereta kompak mampu milik berbanding 166,700 unit yang dijual pada 2009,” kata pengarah urusan Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh pada Rabu.
Beliau berkata jualan rekod syarikat sebelumnya iaitu 176,400 unit dan penguasaan pasaran 30.5 peratus telah dicapai pada tahun 2008.
“Kami memecahkan dua rekod pada 2010 — pertama dengan jualan tahunan tertinggi pernah dicatatkan dan Disember lepas, Perodua mencapai pendaftaran jualan bulanan tertinggi sebanyak 19,400 unit, mengatasi rekod sebelum ini 18,500 pada Mac 2010,” kata beliau dalam satu kenyataan.
Beliau berkata MyVI muncul sebagai model paling laris di Malaysia tahun lepas dengan 77,700 unit dijual, ALZA kenderaan pelbagai guna paling laris dengan jualan 42,000 unit sementara Viva mencatatkan jualan 69,000 unit.
“Buku tempahan kami kekal menggalakkan dan kami yakin dapat mengekalkan momentum itu tahun ini,” kata beliau.
Sementara itu, di persidangan akhbar, Aminar berkata Perodua mensasar menjual 195,000 unit kenderaan tahun ini, dipacu oleh jualan MyVI, ALZA dan Viva.
“Pelancaran model baharu tahun ini akan turut merancakkan jualan,” kata beliau tetapi enggan mengulas lanjut.
Menyentuh tinjauan masa depan industri, beliau berkata yang jumlah industri untuk tahun ini sama ada tidak akan berubah, atau meningkat sedikit daripada anggaran 605,000 unit yang dijual pada 2010.
“Tahun lepas merupakan tahun yang baik untuk kebanyakan syarikat pengeluar dan tahun ini, kami menjangkakan sama ada ia mendatar ataupun meningkat sedikit,” kata beliau.
sumber: bernama, autoworld, Prodas
Panduan kepada sesiapa yang berhajat nak beli kereta yang jimat minyak.
Minyak Kelapa Sawit Pengganti Minyak Pelincir Kenderaan?
Mengapakah minyak masak tidak dikomersialkan? faktor ekonomi negara kita sebahagiannya adalah disumbangkan oleh Petronas iaitu syarikat berkaitan petroleum antara terbaik di dunia. Apakah akan jadi sekiranya minyak kelapa sawit jadi pengganti minyak pelincir sedia ada, tentu harga akan naik kerana permintaan ramai. Saya berpendapat Sebelum berkembangnya teknologi enjin hybrid atau enjin elektrik, eloklah penggunaan minyak masak ini dikomersialkan penggunaannya kepada kenderaan. Ia mampu melonjakkan ekonomi negara. Sehingga ke hari ini minyak masak sudah terbukti penggunaannya, cuma ia belum diputuskan oleh mana-mana pihak yang terbabit.
Elok juga didedahkan di sini bahawa bahawa banyak unsur di dalam minyak moden adalah untuk iklim sejuk yg tak wujud langsung di tropika contohnya 10W40, 10W30, 20W50 dll …W itu adalah utk winter atau suhu sejuk melampau di mana Viscosity Modifier di dalam minyak boleh menipiskan minyak itu dimana mungkin jika tanpa Viscosity Modifier itu minyak enjin tersebut tidak boleh berfungsi sebab cenderung untuk menjadi beku. Jadi keupayaan 10W,0W atau 20W itu tidak diperlukan di tropika cuma kepekatan pada tahap 30, 40 atau 50 shj yg diperlukan. jadi kita juga bayar Castrol, Mobil, Petronas bagi R&D mereka untuk benda yg kita tidak diperlukan.
Saya juga berharap respon dari kementerian yang terbabit kerana penggunaan minyak masak ini semakin hari semakin ramai menggunakannya di kenderaan masing-masing terutama golongan berpendapatan sederhana dan ke bawah. Saya juga perlukan pendapat dan komen dari anda semua juga. :)
info ini dipetik dari :
kereta.info | autoworld.com.my forum | carigold.com forum | wikipedia.org
Detroit Electric e63 ditemui di Subang Jaya
credit : funtastickodesign
Proton Perdana 2011 guna platform “Nissan Fuga”
PROTON Holdings Bhd akan melancarkan model gantian Proton Perdana, sama ada pada Mac atau April ini yang akan menggunakan platform Nissan Fuga dengan kapasiti enjin 2.5 liter.Sumber industri berkata, bagaimanapun buat permulaan model yang akan diimport sepenuhnya (CBU) dari Jepun itu hanya dipasarkan khusus untuk kegunaan kereta rasmi pegawai tinggi kerajaan.“Sebagai permulaan, sebanyak 150 unit akan diimport dari Jepun dan ia dibawa masuk khusus untuk kereta rasmi pegawai tinggi kerajaan, tetapi jika mendapat maklum balas memberangsangkan daripada pasaran, PROTON akan menimbangkan untuk memasarkannya secara komersial,” katanya pada Berita Harian di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Fuga adalah kereta mewah Nissan yang menggunakan platform Nissan FM. Ia mula diperkenalkan di Jepun pada Oktober 2004.
Nissan Skyline, kereta sport mewah Nissan yang menjadi ‘kegilaan’ generasi muda Jepun turut menggunakan platform Nissan FM.
Fuga bersaing dalam pasaran kereta mewah eksekutif seperti Toyota Crown, Honda Legend, Mercedes-Benz E-class, Audi A6, BMW 5 series dan Jaguar XF.
Ia adalah kereta pertama dunia yang memperkenalkan teknologi sistem kawalan pedal bijak yang membantu pemandunya mengawal jarak selamat dengan kenderaan lain ketika pemanduan sama ada di kawasan bandar serta di lebuh raya.
Sumber itu berkata, penggunaan enjin lebih berkuasa untuk model gantian Perdana itu bertujuan menaik taraf kereta versi eksekutif dan premium PROTON ke tahap baru dan berupaya bersaing dengan model seperti Toyota Camry, Honda Accord, Hyundai Sonata atau Kia Optima di pasaran tempatan.
Katanya, selain untuk bersaing dalam kelasnya, penggunaan enjin yang lebih berkuasa itu juga bertujuan membezakan penggunaan enjin Proton Perdana dengan Proton Inspira yang turut menggunakan enjin 2.0 liter.
Sumber itu berkata, penggunaan Nissan Fuga itu menandakan permulaan kerjasama antara PROTON dengan Nissan Motor Company Ltd, iaitu firma automotif yang berpangkalan di Nishi-ku, Yokohama, Jepun.
“Ia (kerjasama dengan Nissan) susulan pengambilalihan kepentingan dalam Renault F1 Team yang dibuat PROTON menerusi anak syarikatnya, Group Lotus plc daripada Nissan yang dimuktamadkan awal Disember lalu.
“Menerusi pengambilalihan itu, selain membuka laluan buat PROTON terbabit dalam perlumbaan Formula Satu, ia turut membantu mengetengahkan beberapa program kerjasama baru lain antara PROTON dan Nissan, dan model penggantian Perdana adalah permulaan kerjasama antara kedua-dua pengeluar kereta berkenaan,” katanya.
Katanya, permulaan itu juga dijangka menjurus kepada kerjasama lebih serius di mana Nissan akan menggunakan kemudahan pengeluaran Proton di Tanjong Malim untuk mengeluarkan beberapa versi model lain tidak lama lagi, sekali gus membantu Proton memaksimumkan kapasiti pengeluaran kilang berkenaan.
sumber : Berita Harian
ARTIKEL PILIHAN PENGUNJUNG
-
-edisi kemaskini 18/6/2013- Proton telah menawarkan kepada rakyat Malaysia satu varian kereta keluarannya yang akan dijual dengan har...
-
Pertama sekali aku nak ucapkan jutaan terima kasih kepada pengunjung yang memberi info ini kerana kita dapat kongsikan bersama. Aku harap p...
-
Proton telah memperkenalkan varian terbaru bagi model Exora iaitu Exora Bold Standard dengan CFE! Model ini berada kategori paling bawa...
-
Toyota telah melancarkan model VIOS generasi baharu di Bangkok International Motor, Thailand. Model ini menggunakan wajah baharu keluarg...
-
Proton telah menawarkan kepada rakyat Malaysia satu varian kereta keluarannya yang akan dijual dengan harga lebih rendah bukannya lebih ...
-
Perodua telah memperkenalkan model terbaru S-Series yang terdiri daripada Viva S, Myvi 1.3 SE dan Alza S. S membawa maksud 'special...
-
Artikel ini merupakan antara yang paling mendapat permintaan sejak tahun 2009 lagi, sebagai tanda terima kasih kepada anda semua :...
-
artikel dibawah di petik dari laman web komuniti syok.org Dilema Proton Dipetik dari luahan engineer Proton… Assalamualaikum, Yang ni sa...
-
Gambar ini telah diperolehi melalui laman web forum.lowyat.net . Beberapa info juga diketahui di mana ia bakal dilengkapi 6 beg udara r...
-
Menurut Funtasticko.com Pihak Proton telah menaik taraf model Proton Saga yang dikenali FLX+. Untuk pengetahuan semua model FLX+ akan...





































