Proton VIP : Proton Wira R3


Proton Wira milik oleh saudara Sashideran Radha Krishnan yang merupakan seorang jurutera di garaj R3 dah pun siap. Kereta Proton Wira yang telah berusia 17 tahun tersebut merupakan kereta bapanya En. Radha Krishnan.

Proton Wira ini asalnya berwarna putih & setelah pihak R3 membuat sesi perbincangan & menyelidiki latar belakang pemilik, mereka telah membuat keputusan untuk mengecat semula kereta tersebut dengan warna biru yang seakan-akan biru rasmi Ford.


Bahagian dalamannya telah mengalami perubahan yang sangat drastik dengan dahsboard, panel pintu & tempat duduk disaluti kulit “Nappa Leather” dengan jahitan berwarna biru. Nampak mewah & lembut apabila disentuh. Panel meter masih lagi yang sama dengan konsol gear turut dicat dengan warna biru. Bahagian dalaman bumbung turut ditukar dengan material yang seakan-akan Alcantara.

Enjin pula telah mengalami proses “overhaul” dengan part yang mengalami kerosakan atau yang agak lama telah digantikan dengan yang baru supaya enjin boleh dipakai dengan lebih lama tanpa sebarang masalah. Saya sempat bertanya Tengku Djan, adakah kereta ini telah dilakukan “tuning” dari segi handling  jawapannya memang ada dengan pertukaran spring khas yang telah dibuat oleh APM (bukan spring R3).

Saya harap pihak R3 akan buat satu rancangan TV mengenai program make over ini. Walaupun ia hanya untuk lima kereta terpilih. KLIK GAMBAR UNTUK BESARKAN.



Share this article :

+ comments + 7 comments

Tanpa Nama
20 Disember 2011 4:28 PTG

ada gambar artiga.. perhatikan betul2..

Tanpa Nama
20 Disember 2011 4:29 PTG

rim dia saiz berapa yerk?

Tanpa Nama
8 Februari 2012 3:35 PTG

rim standad R3 sume 16inci

16 Februari 2013 7:21 PTG

agak2 brapa ek buat semua ni?boleh tak kete saya hantar kat sana..wat macam ni?

Tanpa Nama
13 Mac 2014 7:32 PTG

ptt proton offer servis utk upgred kereta proton ke R3... mesti rmai yg berminat... konpem :D

Tanpa Nama
18 Mac 2014 8:49 PG

semua model proton boleh upgrade jadi r3. tp kena buat kat r3 centre. r3 takde cawangan di setiap negeri.

Catat Ulasan

 
www.azelery.com dahulu dikenali saluran07.blogspot.com
Copyright © 2007-2014 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Azelery Published by Shin Chan
Proudly powered by Blogger