Pertandingan Rekacipta dan Inovasi Proton 2011


Seperti tahun lepas Proton telah menganjurkan pertandingan Rekacipta dan Inovasi Proton. Pada tahun ini pula, Pertandingan Rekacipta dan Inovasi Proton 2011 bertemakan ‘Compact Car’. Ia telah diadakan di Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang, Johor sempena Karnival Komuniti Pasir Gudang 2011 yang berlangsung pada tarikh 17 & 18 Disember 2011. 

Juara pertandingan kali ini juga merupakan juara pada tahun lepas dengan temanya adalah ‘Green Car’. Setiap pasukan yang menyertai pertandingan tersebut terdiri dari lapan orang Jurutera Proton sendiri dan mereka diberikan pembiayaan kos sebanyak RM8,000.00. Setiap pasukan hanya diberikan tempoh 6 bulan untuk menyiapkan rekecipta mereka, dengan pembuatan kereta adalah selepas waktu bekerja. 

Sebanyak 20 pasukan telah menyertai pertandingan kali ini, namun tidak semua pasukan menyertai pameran di Pasir Gudang baru-baru ini. Antara ciptaan yang paling menarik perhatian kali ini rasanya sudah tentu kereta oren daripada Team Acid seperti dalam gambar di atas, profail sisi dan belakangnya memang hebat.

Syabas saya ucapkan kepada yang telah menyertai tetapi saya tidak tahu sapa pula para pemenangnya. Kepada Proton, bila lagi nak datang utara. asyik sebelah selatan je. KLIK PADA GAMBAR UNTUK BESAR

 
 

Share this article :

+ comments + 1 comments

Tanpa Nama
25 Disember 2011 1:59 PG

Very ugly.University students could design much better than these.This explains why Proton's designs are always not up to international standard.

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger