Pemenang Ketiga Makeover Dari R3!


Seorangt lagi pemenang program makeover oleh Proton. Kereta milik seorang Software Test Engineer , Norzamzarini Mohd Bajuri, bakal menerima Makeover dari R3 setelah terpilih sebagai pemenang “Very Important PROTON”  Makeover. Norzamzarini yang berusia 35 tahun dari Muar, Johor menjadi pemenang ketiga program ini selepas Sashideran Radha Krishnan. Kereta Proton Iswara Aeroback 1996 ini dibeli secara second-hand pada tahun 1998 dan bakal diberi sentuhan Makeover dari R3.
Norzamzarini juga seorang peminat F1 dan amat meminati lagenda F1, Michael Schumacher. Banyak pengalaman manis beliau bersama dengan kereta kesayangannya ini & tambah menggembirakan beliau baru sahaja menimang cahaya matanya yang ke-4, Nur Mawaddah pada minggu lepas.

Beliau dijangka menerima kereta “versi barunya” pada bulan Januari 2012. Pastinya team R3 yang diketuai Tengku Djan Ley bakal memberikan sentuhan terbaiknya untuk Proton Iswara Aeroback ini. Kita nantikan hasilnya nanti. Beberapa model makeover sebelum ini anda semua boleh lihat di sudut R3 di sebelah bawah kiri blog saya.


Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger