Pra-Tonton kereta pemenang 'My Proton Makeover’




Menurut Blog funtastickodesign, beliau yang terpilih untuk menyertai pratonton  'Proton Make Over' membawa info ini mengenai pemenang seterusnya iaitu Proton Wira yang dimiliki oleh saudara Sashideran Radha Krishnan yang merupakan seorang jurutera di garaj R3. Kereta Proton Wira yang telah berusia 17 tahun tersebut merupakan kereta bapanya En. Radha Krishnan.

Proton Wira ini asalnya berwarna putih & setelah pihak R3 membuat sesi perbincangan & menyelidiki latar belakang pemilik, mereka telah membuat keputusan untuk mengecat semula kereta tersebut dengan warna biru yang seakan-akan biru rasmi Ford. 

Menurut tengku Djan, pemiliknya ingin kereta dengan warna yang terang & menyerlah. Jika dilihat di bahagian luaran, tidak ada modifikasi yang terlalu ekstreme dilakukan kerana pemiliknya mahukan kereta yang nampak standard tetapi lebih segar & tidak terlalu sporty. Bumper depannya masih mengekalkan bentuk asal tetapi mempunyai lips tambahan yang seakan-akan warna bodykit Saga FLX SE. Lampu depan & belakang telah ditukar dengan lampu “aftermarket”, tetapi pencarian lampu yang bersesuaian amatlah sukar kerana model kereta yang telah lama & aksesori yang agak terhad.

Bahagian dalamannya telah mengalami perubahan yang sangat drastik dengan dahsboard, panel pintu & tempat duduk disaluti kulit “Nappa Leather” dengan jahitan berwarna biru. Nampak mewah & lembut apabila disentuh. Panel meter masih lagi yang sama dengan konsol gear turut dicat dengan warna biru. Bahagian dalaman bumbung turut ditukar dengan material yang seakan-akan Alcantara.
Enjin pula telah mengalami proses “overhaul” dengan part yang mengalami kerosakan atau yang agak lama telah digantikan dengan yang baru supaya enjin boleh dipakai dengan lebih lama tanpa sebarang masalah. Saya sempat bertanya Tengku Djan, adakah kereta ini telah dilakukan “tuning” dari segi handling  & jawapannya memang ada dengan pertukaran spring khas yang telah dibuat oleh APM (bukan spring R3). Kereta ini bakal diserahkan kepada pemiliknya yang dijangka pada 14hb ini.

 

dipetik dari : funtastickodesign
Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger