Exora Bold : Brochure dan Gambar! (Update!)


Hari ini saya sibuk sedikit manakala esok adalah pelancaran Exora Bold. Ribuan terima kasih kerana gambar-gambar ini dirakamkan oleh rakan saya Shah. Saya juga ada sertakan beberapa keping lagi gambar yang diperolehi melalui email. jom tengok! klik pada gambar untuk besar.

(update info dari paultan.org) 1.6 Standard MT RM59,998, Bold 1.6 Executive MT RM70,998,  Bold 1.6 Executive AT RM74,998 dan Bold 1.6 Premium CVT RM79,998. Exora Prime RM88,998.

EXORA PRIME (info dari funtastickodesign)



EXORA BOLD








Proton Press Release (credit to funtastickodesign)

Bukan sekadar rupa! Inilah yang boleh disimpulkan untuk kedua-dua variant terbaru dari Exora, iaitu BOLD & PRIME. Disebalik perubahan pada rupa luaran, tetapi tersembunyi di dalamnya nadi kuasa enjin terbaru Campro Charge Fuel Efficiency (CFE) 1.6-liter yang menyamai kuasa enjin 2.0.

Enjin tersebut hanya boleh didapati pada variant PREMIUM Exora BOLD & PRIME serta dipadankan dengan kotak gear CVT yang membantu pecutan enjin yang lancar serta menjimatkan petrol. Menurut Pengarah Urusan Proton, penggunaan teknologi CFE boleh membantu mendapatkan prestasi yang maksimum pada RPM yang rendah. Dengan teknologi ini juga dapat membantu penjimatan minyak kerana dengan hanya enjin 1.6 pengguna mendapat kuasa seumpama enjin 2.0. Kelebihan CVT pula, ia memberikan pelbagai pilihan ratio yang terbaik serta sesuai mengikut gaya pemanduan.

Exora BOLD juga mempunyai variant 1.6 Campro CPS dengan transmisi automatik & manual selain versi standard yang juga menggunakan enjin yang sama tetapi hanya terdapat transmisi manual.

Exora PRIME yang merupakan versi ekslusif hanya mempunyai 6 tempat duduk dengan pelbagai penambaikan yang dilakukan seperti rekaan bumper depan & belakang yang baru, lampu depan (black-out), lampu belakang (smoked),  cermin sisi boleh dilipat secara elektonik, rim 16″ warna emas,  disc brek belakang & ditawarkan dengan tambahan warna baru Absolute Brown. Untuk bahagian dalaman pula, kerusi & panel pintu dibalut kulit dua tona, panel tengah dengan kemasan walnut, Captain Seat untuk kerusi baris kedua, monitor pada headrest & sistem audio yang mempunyai fungsi sebagai navigasi serta kamera undur.

Exora BOLD Premium juga mempunyai ciri-ciri yang hampir sama dengan PRIME, cuma mengekalkan 3 tempat duduk baris kedua, tanpa monitor pada headrest & juga mempunyai kamera undur serta cermin pandang belakang dengan LCD. Kedua-dua model ini mempunyai rekaan ekslusif & elegan dengan kombinasi Lotus Ride and Handling untuk pemaduan yang lebih tangkas, stabil, selamat & responsif.

Untuk pengetahuan semua model ini  hanya boleh didaftarkan OTR bermula pada minggu kedua Januari 2012. Sempena dengan pelancaran kedua-dua model ini, Proton akan mengadakan Hari terbuka Proton 4 U bermula esok hingga 18 Disember ini di bilik pamerannya seluruh negara. Cenderahati akan diberikan kepada sesiapa yang memandu uji model Exora BOLD. Untuk Exora PRIME, tiada unit pandu uji, hanya boleh dilihat dibilik pameran yang terpilih sahaja iaitu di Crystal Showroom, Juru Branch, Plentong Branch & Mutiara Damansara.
Share this article :

+ comments + 6 comments

Tanpa Nama
19 Disember 2011 12:30 PTG

saya nk ucapkan syabas dan tahniah kpd proton kerana proton berjaya keluarkan model yang diyakini. saya dah pandu exora bold dan ia sangat memuaskan.

Tanpa Nama
20 Disember 2011 8:59 PG

Berikut beberapa spesifikasi Exora :
1. STANDARD B-Line
Engine: Campro CPS
Gearbox: MT Only

2. BOLD M-Line
Engine: Campro CPS
Gearbox: MT & AT
*New Front Bumper & Grille (improve air flow)
*New Blacked Out headlamp
*New Rear Skirting
*New rear Combi Lamp

3. BOLD H-Line
*Engine: 1.6 Campro CFE (205 torque @ 2000rpm)
*Gearbox: CVT Only
New Front Bumper & Grille (improve air flow)
New Blacked Out headlamp
New Rear Skirting
New Rear Combi Lamp
*Leather Wrapped Steering wheel
*New finishing (Center Panel)
*Reverse Camera projected on Rear Mirror
*Electric Folding Side Mirror
*New 16″ Sport Rim
*4 Disc brake
*4 wheel ABS + EBD

4. PRIME
Engine: 1.6 Campro CFE (205 torque @ 2000rpm) Gearbox: CVT Only
New Front Bumper & Grille (improve air flow)
New Blacked Out headlamp
New Rear Skirting
New Rear Combi Lamp
*Rear Garnish (Warm Grey)
Leather Wrapped steering wheel
*Leather Wrapped gear shift
*New Walnut Finishing (Center Panel)
*Electric Folding Side Mirror
*Integrated Touch screen Monitor + Navigation + Reverse Camera
*Headrest Monitor on driver & front passenger head rest *2nd row captain seat (6 Seater)
*16″ sport rim (Riche Gold)
4 Disc brake 4 wheel ABS + EBD

Tanpa Nama
20 Disember 2011 9:12 PG

1.6 Campro CPS Standard MT RM 59,998
Bold 1.6 Campro CPS Executive MT RM 70,998
Bold 1.6 Campro CPS Executive AT RM 74,998
Bold 1.6 Premium CFE CVT RM 79,998
Prime 1.6 Premium RM 88,998

Exora MC 1.6 CPS MT (B-Line) – RM58,998
Exora MC 1.6 CPS MT (M-Line) – RM65,998
Exora MC 1.6 CPS AT (M-Line) – RM70,998
Exora MC 1.6 CPS AT (H-Line) – RM76,998

saya rasa perubahan harga pada model m line jauh sgt beza sebab enjin sama, gearbox sama, cuma bumper dan bodykit je. saya harap proton akan turunkan harga bg model bold m line executive mt/at.

Tanpa Nama
20 Disember 2011 9:22 PG

saya nak tanya.. camera kat belakang dekat plat no tu kan? apa jaminan proton kalau ia hilang dicuri/rosak?

Tanpa Nama
20 Disember 2011 4:12 PTG

tak silap aku harga di atas cuma harga pengenalan. belum rasmi lg rasanya. harap2 proton ubah harga bg m-line. kalau nak harga sama mcm tu jugak, bg cvt kat model m-line..

Tanpa Nama
21 Disember 2011 8:53 PG

aku harap exora Bold executive mt/at harga sekitar 66500 dan 72500. -cadangan-

Catat Ulasan

 
www.azelery.com dahulu dikenali saluran07.blogspot.com
Copyright © 2007-2014 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Azelery Published by Shin Chan
Proudly powered by Blogger