Akhirnya SAAB Automobile Tersungkur..


Selepas lebih 60 tahun SAAB Automobile dalam perniagaan akhirnya diisytihar bankrap, walaupun ada cubaan terakhir oleh pelabur Cina Zhejiang Youngman Lotus Automobil tidak menjadi kerana cuba disekat oleh bekas pemilik dan pemegang lesen utama General Motors. Pembuat kenderaan Sweden itu, yang tidak membuat apa-apa kenderaan sejak April, memfailkan untuk muflis dan mahkamah meluluskan permohonan kebankrapan.
 
Pemilik Saab berkata dalam satu kenyataan, pembiayaan untuk meneruskan dan menyempurnakan penyusunan semula Saab Automobil tidak boleh dilaksanakan Youngman. Youngman Lotus, sebuah usahasama antara Lotus Engineering dan Youngman Auto. Jika pengambilalihan tersebut berlaku, maka manfaat yang cukup baik bagi Proton kerana teknologi dalam SAAB itu sendiri. Mungkin pengembangan teknologi Proton mampu lebih cepat dari sekarang.

Jika diukur pencapaian, SAAB pernah dapat Top 10 WORLD'S BEST ENGINE in the world pada tahun 1995, 1996 dalam majalah Ward's AutoWorld magazine. Pada tahun 1976, SAAB adalah syarikat pertama di dunia yang buat teknologi enjin TURBO. Pada tahun 1979 Stig Blomqvist menang Rally Sweden dengan kereta TURBO Saab 99. Kereta turbocharged di dunia yang menang World Rally Championship (WRC). Pelbagai teknologi enjin terutama sistem TURBO telah SAAB buat setakat ini dan amat terkenal dengan sistem TURBO yang paling maju di dunia. SAAB juga maju dalam teknologi enjin, kapal terbang. KLIK PADA GAMBAR UNTUK BESAR


 
Share this article :

+ comments + 2 comments

Tanpa Nama
20 Disember 2011 3:10 PTG

kalau Proton beli pun sukar sebab ada sekatan dr GM. diorang lbh suka jd bankrap, teknologi dh ada.. buat je kompeni lain. sebelum bankrap x kan diorang diam camtu je.. mesti ada buat sesuatu..

Tanpa Nama
20 Disember 2011 4:00 PTG

saab ada anak syarikat. anak syarikat ikut sama ke?

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger