Spyshot ini berjaya dirakamkan oleh saudara Shah Azril tengah hari tadi. Sebuah model Exora Turbo berwarna emas (gold)
sedang dipandu uji dikesan di Lebuh Raya PLUS dari naik ke terowong menora menghala ke utara kemudiannya keluar melalui tol Kuala Kangsar dan menghala ke sg siput.
Jika dilihat pada gambar yang diberikan, Exora ini menggunakan lampu belakang jenis smoke lamp dan tertera emblem yang masih dirahsiakan kerana masih berpelekat hitam. Kelihatan juga tape hitam turut kurang pada bumper. Spyshot sebelum ini, menunjukkan Exora warna emas ini hanya menggunakan lampu belakang biasa.
Mungkin juga Exora ini sedang dipandu uji untuk test oil consumption kerana laluan di lebuh raya di negeri Perak adalah berjarak panjang dan berbukit. Dan apakah yang mungkin tertulis pada emblem Exora ini?
Catat Ulasan