Exora Reev Juara Keseluruhan!!


LONDON: Kecemerlangan kereta Exora Range-Extender Electric Vehicle (REEV) sebagai kereta "terbaik keseluruhan REEV" dengan satu lagi keluaran kenderaan automotif berkelas dunia di Cabaran Kereta Masa Depan London, Brighton 2011, menjadi bukti standard dan keupayaan PROTON di dalam bidang itu.

Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, berkata kejayaan yang mengejutkan selepas REEV Exora diumumkan sebagai Kenderaan E-Rev Terbaik pada tahun lalu tidak melekakan PROTON untuk mencapai kejayaan pada tahun ini.
Pada 5 November, REEV Exora diumumkan sebagai pemenang bersama dengan Toyota Prius 2012 hibrid plug-in petrol sebagai Kenderaan Extender Range/Hibrid Plug-in Keseluruhan Terbaik dan Kereta Prototaip Pelbagai Guna Paling Efisien Tenaga pada majlis makan malam penyampaian anugerah itu.
Cabaran kereta masa depan itu dihoskan oleh Kelab Automobil Diraya Britain (RAC).

"Kejayaan sekali lagi tahun ini REEV Exora dan ditambah penerimaan dua lagi anugerah adalah kejayaan cemerlang sebenar PROTON," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau sangat bangga dengan kemunculan sulung Persona Elegance REEV di depan orang ramai di pertandingan itu, juga sebagai satu keupayaan PROTON memasang kenderaan berteknologi hijau tanpa bantuan yang biasa dihulurkan oleh rakan teknikal, Frazer-Nash Research Limited.

"Ia melambangkan keberkesanan pemindahan teknologi kepada jurutera kami sebagai salah satu manfaat kerjasama strategik itu."
Syed Zainal turut berterima kasih kepada pasukan jurutera dan pemandu PROTON dan Frazer-Nash terhadap komitmen dan dedikasi mereka di dalam pembangunan kenderaan Teknologi Hijau PROTON.

"Saya percaya mereka bekerja keras untuk mencapai kejayaan ini dan mereka berhak mendapat pengiktirafan itu. Mereka berjaya membuat PROTON dan rakyat Malaysia merasa bangga."

"Kami merasa rendah diri terhadap kejayaan ini," katanya.

Beliau berterima kasih kepada kerajaan Malaysia terhadap sokongan dan kepercayaan di dalam Program Ujian Kumpulan Kenderaan Yang Banyak sekali gus membantu perkembangan PROTON di dalam bidang ini.

Hasil kejayaan itu, PROTON akan menjadi lebih berazam di dalam komitmennya untuk menjadi lebih baik dan di dalam usahanya untuk terus relevan pada lanskap industri automotif global yang sentiasa berubah-ubah, katanya. - BERNAMA 



Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger