Proton tandatangani MoU bersama Hawtai Motor Group Ltd.


Sebelum ini  khabar angin mengenai Proton yang bakal mengadakan kerjasama strategik dengan Hawtai Motor Group Ltd sibuk dikatakan oleh ramai blogger. Hari ini Proton & Hawtai Motor Group Ltd. menandatangani MoU bersama untuk mengadakan kolaborasi pembangunan produk, secara tidak langsung mengembangkan lagi sayapnya di China. 

Dibawah MoU tersebut mereka bakal menubuhkan satu syarikat usahasama di China dengan pelaburan dalam pembangunan model baru bersama, melalui rekaan bersama serta perkongsian modal. Kedua-dua syarikat memerlukan 3 bulan untuk memuktamadkan kajian perniagaan mereka.

Proton bakal melesenkan model sedia ada kepada Hawtai untuk dipasang dikilangnya & dipasarkan di China dengan jenama Hawtai. Antara model yang bakal dipasang ialah Proton Exora & P3-21A (Persona R). Seterusnya kedua-dua syarikat bakal membangunkan model baru bersama pada masa akan datang. Selain itu kerjasama ini dilihat sebagai usaha Proton mendapatkan vendor tempatan China untuk membekalkan komponen mereka selain meneroka potensi pertukaran pembekalan antara vendor Malaysia dengan China.
Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger