Proton Exora Turbo?!



 

Kali ini saya ingin kongsikan dengan anda gambar yang saya perolehi semalam ketika berada di sekitar Behrang. Exora ini sedang menuju ke arah Tanjung Malim.  Exora ini dapat saya lihat pada jarak dekat dan ternyata ia tidak mengecewakan. Kita mungkin selalu melihat gambar-gambar Exora sebelum ini dengan rekaan baru bumper hadapan. Kali ini ia disertakan dengan grill hadapan dengan logo Proton chrome bar seakan trademark model global P3-21A.

Inikah yang disebut-sebut sebagai Exora Turbo atau ia sekadar model facelift? kerana saya sudah seringkali terserempak dengan model ini sebelum ini. Info yang saya ketahui adalah pada hujung tahun ini akan muncul varian baru bagi Exora.

Untuk semalam sahaja kita dapat lihat di beberapa blog auto tempatan memaparkan spyshot tiga model Proton iaitu Saga FLX 1.6 SE, P3-21A dan Exora ini.



Share this article :

+ comments + 4 comments

Tanpa Nama
25 Oktober 2011 8:25 PG

yg ni exora turbo.

Tanpa Nama
25 Oktober 2011 12:01 PTG

lepas adanya turbo ni, org ramai mungkin x komplen dh pasal pickup. exora tu je yg org selalu dok bisingkan..

Tanpa Nama
25 Oktober 2011 1:06 PTG

rim mcm myvi?

Tanpa Nama
25 Oktober 2011 3:22 PTG

proton mempertaruhkn tiga model utama saga, p3-21a dan exora untuk pasaran besar mereka. semestinya mereka bersungguh-sungguh.

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger