Perodua Jangka Jalin Perjanjian Kerjasama Dengan Proton Tahun Ini Atau Awal 2012



Perodua menjangka menandatangani perjanjian kerjasama dengan Proton Holdings Bhd dalam beberapa aspek tertentu pada tahun ini atau awal tahun depan. Menurut kata Pengarah Urusan Datuk Aminar Rashid Salleh, perbincangan ini telah mencapai ke peringkat tertinggi dan ia akan memanfaatkan para pemegang saham. 

Katanya lagi pendirian Perodua mengenai penggabungan dengan Proton masih tidak berubah kerana Perodua mempunyai pelan halatuju tersendiri. Aminar juga berkata Perodua akan mengumumkan butiran kilang transmisi automatik elektronik (EAT) dalam tempoh satu atau dua bulan akan datang. Menurutnya, syarikat itu akan mendedahkan butiran mengenai struktur ekuiti kilang itu dan lokasi sebenarnya. Perodua akan menubuhkan satu syarikat usahama namun masih dalam rundingan. 

Pengumuman akan dibuat mengenai struktur ekuiti kedua-dua Perodua dan rakan dari Jepun (Daihatsu) serta lokasi kilang itu dalam tempoh satu atau dua bulan akan datang sama ada ia akan terletak di Selangor atau tidak. Aminar berkata Perodua juga sedang berbincang sama ada kilang itu akan dibina mengikut beberapa fasa atau sekaligus. Katanya sekurang-kurangnya RM200 juta akan dilaburkan membina kilang itu yang akan membuat pengeluar bagi pasaran domestik dan eksport. Pembinaannya dijangka bermula tahun depan.
Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger