Jaminan Seumur Hidup 'Power Windows' Oleh Proton


Berikut ialah beberapa perkara penting yang anda perlu tahu berkenaan jaminan yang diberikan, antaranya semua jenis model kereta Proton yang masih berada di bawah jaminan pengeluar pada 1 September 2011, kini dilindungi oleh jaminan seumur hidup power window (Power Window Lifetime Warranty). Model-model kereta tersebut termasuklah Wira, Perdana, Waja, Iswara, Savvy, Gen2, Satria Neo, Persona, Saga, Exora dan Inspira. Jaminan tersebut pula hanya terpakai di pasaran Malaysia sahaja.

  • Jaminan seumur hidup terpakai untuk tempoh 10 tahun usia kereta, atau perjalanan kereta sehingga 250,000km bermula dari tarikh pendaftaran (yang mana lebih awal)
  • Jaminan tersebut adalah tertakluk kepada pematuhan penuh jadual berkala perkhidmatan penyelenggaraan yang disyorkan sebagaimana yang dinyatakan dalam Buku Perkhidmatan (Sercive Booklet) yang akan dijalankan di mana-mana pusat servis PROTON yang bertauliah dan sah.
  • Mana-mana model kereta Proton yang didaftarkan sebelum 31 Ogos 2011 dan masih di bawah waranti pengilang akan memerlukan pendaftaran jaminan sistem power window (Power Window System Warranty Registration) yang sah.
  • Jaminan seumur hidup power window hanya meliputi empat komponen mekanisma cermin tingkap kuasa iaitu ; run channel, power window motor, door regulator and power window switch.
  • Jaminan seumur hidup power window hanya boleh dituntut di semua pusat servis bertauliah Proton.

sumber : arenakereta
Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger