Gaurav Gill terkeluar dari saingan angkara insiden teknikal - Proton Juarai APRC 2011!!


Inilah yang dikatakan tuah manusia siapa yang tahu! Keputusan yang tidak dijangka telah berlaku dalam perlumbaan Rali Hokkaido APRC 2011, apabila pemandu India Gaurav Gill telah dibatalkan kemenangannya akibat pelanggaran peraturan teknikal pada jentera Mitsubishi Evolution X yang dipandunya.

Ini menjadikan McRae yang sebelum itu menduduki podium di tempat ketiga, telah ditabalkan sebagai pemenang di tempat kedua. Dengan Gill telah kehilangan peluang untuk bersaing dalam perebutan takhta kategori pemandu APRC 2011 di Rali China pada November depan, persaingan kini hanya tertumpu kepada dua pemandu Proton iaitu McRae dan Atkinson yang ketika ini hanya dipisahkan dengan tujuh mata. 

Cabaran Proton seterusnya ialah untuk menjuarai kategori pengeluar pula setelah kategori pemandu secara teknikalnya sudah dalam genggaman.

sumber dipetik : arena kereta
Share this article :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
www.azelery.com Info Automotif Tempatan Dan Antarabangsa
Copyright © 2007-2017 azelery.com - All Rights Reserved
Template Created by Shin Chan Published by Azelery
Proudly powered by Blogger